Thursday, September 10, 2009

nuzul quran dan lailatul qadar




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.

Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah dalam surah al- An'am ayat 38:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)"

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran



Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Mencari Malam Al-Qadar


Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


sumber: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Friday, August 21, 2009

bila hati mula menangis




assalamualaikum....


ketika hati mula menangis:

ketika di uji dengan Allah
ujian berkaitan hati..
berkaitan iman dan taqwa
berkaitan sejauh mana mantapnya pegangan di jalan Allah

aku jatuh begitu sahaja
leka diulik buaian mimpi yang hanya indah di mata dunia
membiarkan para syaitan menguasai diri
melupakan segala yang dipelajari oleh guru agama di sekolah
mengenai tujuan kita dicipta di muka bumi Allah

hati demi hari
aku semakin leka
diulik mimpi indah dunia
sedang aku lupa... bahawa mati itu tidak akan menunggu kita
apakah yang aku mahu?
syurga atau neraka?
kebahagiaan dunia atau kebahagiaan hakiki?

ketika nafsu gembira diulik mimpi indah dunia
hati mula menangis mengenang kan dosa-dosa yang dipikul..
ketika hati mula menangis...

Ya ALLAH!
mengapakah aku begitu lemah sekali dalam melalui ujianMu ini
saban hari aku semakin terleka
Ya ALLAH!
janganlah Kau pesongkan aqidah aku Ya ALLAH!
janganlah Kau biar syaitan menguasai minda ku
janganlah Kau biarkan nafsu melebihi imanku


Demi cinta suci ku kepadaMu Ya ALLAH!
aku memohon...
bantulah aku...
bukakanlah pintu kepada kerumitan ini
seandainya perkara itu yang terbaik untukku
kau lekaskan lah ia ya Allah
seandainya perkara itu hanyalah mainan di muka bumi ini
kau jauhilah ia dengan sebaik-baiknya

YA ALLAH!
terimalah taubat ku Ya ALLAH
janganlah Kau tutup hatiku dari taufiq dan hidayah Mu
sesungguhnya aku hanyalah insan yang alpa, yang hina tanpa petunjuk dariMu

YA ALLAH!
MAHA SUCI ALLAH!
AMPUNILAH DOSA-DOSAKU YA ALLAH!
KEMBALIKANLAH AKU KE JALAN KEBENARAN..


ameen...

-insan yang hina... wani-


I'tiraf-Raihan



Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku, terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosa ku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu





di kesempatan ini... saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.. marilah kita sama-sama memperbaiki diri, muhasabah diri... menjauhi apa yang dilarang Ilahi, mendekati apa yang disuruhNya.. come guys, seize the opportunity..

moga ramadhan ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya.. ramai-ramai kita mengejar malam lailatul qadar insyaAllah...

surah al-zumar ayat 39:53

"Katakanlah(wahai muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"








Wednesday, August 19, 2009

Selamat datang Ramadhan...



Assalamualaikum.. dah lama rasanya saya tak update blog ni.. Busy dengan exam yang baru je abis petang tadi.. herm, mungkin kerana usaha yang kurang dan cara study yang agak salah, saya jawab tak brape bagus tadi.. hehehe takpelah, cube lagi masa akan datang

Pejam celik dah nak sampai bulan ramadhan rupe-rupenya.. bulan di mana sume orang berebut-rebut melakukan amalan ibadah.. Arini dah 29 syaaban.. insyaAllah sabtu ni dh 1 ramadhan..

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Baihaqi, Ahmad, Malik, Nasai'e:

Dari Abu Hurairah " Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya (ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang lalu"


Surah al-Baqarah ayat 285:

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur ”


marilah kita sama-sama mengejar peluang yang ada ini, melipat kali gandakan amalan, bersama-sama mengejar syurga Allah.. jadikanlah dunia ini sebagai senjata untuk menghadapi hari akhirat..


Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir:


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu.. merayu..
kepadaNYA Tuhan yang satu..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan..
sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu..
bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil..
menangisi kecurangan janji innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa..
tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang.. bakal kau syairkan..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. berqiamullail.. bertahajjud.. mengadu.. merintih..
meminta belas kasih

Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU..


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru..
kita cari.. suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri..
rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan..
lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi..

Andai ini Ramadhan terakhir..
buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti.. paling berseri..
menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi..
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya..
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha.. bersedia..
meminta belasNYA andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita..


Surah Al-Anfal ayat 2:


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”


Ya Allah Ya Tuhanku
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi
KepadaMu aku bermohon
KepadaMu aku panjatkan doa

Peliharalah agamaku
Peliharalah tindak tanduk ku
Peliharalah keputusan ku dalam kehidupan ku
Peliharalah pergaulan ku
Perihalah imanku
Periharalah minda ku

Agar aku sentiasa di jalanMu Yang Allah..
Wahai Tuhan yang sentiasa mendengar
Ku rintihkan doa ini kepadaMu
Janganlah Engkau pesongkan aqidahku setelah Engkau letakkan aku di jalan kebenaran ini
kurniakanlah taufiq dan hidayahMu kepadaKu untuk aku mengharungi perjalan hidup ini berlandaskan ajaran ISLAM

JAUHILAH AKU DARI MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN YA ALLAH..
amin...



Sunday, August 02, 2009

it's ketot's birthday!

assalamualaikum..

esok birthday hasmidar razak @ ketot @ doralin @ cadul @ ape2 ajelah banyak sangat dh nama panggilan die hahaha

petang tadi.. saya n hanif azizi / jiji plan nak sambut birthday die kat picolo kol 5.30.. konon2 nak buat surprise lah.. tp saya tersilap send sms kat die.. patut anta kat jiji.. haha kantoi lah sudeh..

hehe minah tu bukan main lagi suke ye? sengih2.. haha tak senonoh sungguh.. tak sabar2 die nak g picolo tu sambut.. ble dh sampei sane... wahhh hahahaha suke bukan main ble nampak kek.. tambah2 ble si jiji tu bagi die hadiah.. ekekeke excited abis... budak ni memang tak senonoh lah.. hahahaha neway, hepi birthday na.. nak panggil kakak tak sesuai, panggil adk pun tak sesuai.. panggil ketot aje lah.. :p


p/s: ade ajak hariz jaafar join tp die malu2 nak datang ahahaha


birthday cake: chocolate fantasy coffee day


ketot yang sangat2 suke.. tu bukti die dok sengih2



tgk tu, makin menjadi2 suke.. sampai tudung pun senget2




me and ketot





mr hanif aziz/jiji: mamat ni dah muscle2 dah badan die.. dh hot dah boboy ni.. tapi slek gambar ni nampak cm die nak cover braces hahahaha


selamat hari lahir-saujana


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

salam imtihan!

assalamualaikum..

post kalini juz nak ckp gudluck untuk kawan2 batch 21 yang akan ber unis 14 ogos ni.. and untuk kawan2 batch 22 yang akan ber block exam 12 ogos ni.. study rajin2 guys.. all the best!





Ya Allah

kurniakan kepadaku


fahaman para nabi


hafazan para rasul


dan ilham para malaikat


yang dekat denganMu..


ameen..