Saturday, July 17, 2010

حي على الصلاة





assalamualaikum..


juz nak kongsi artikel khutbah jumaat mengenai solat yang saya amik dari website jais... meh2 baca

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t diatas segala nikmat yang telah dikurniakannya kepada kita, semoga dengan kurniaan tersebut akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kita kepadanya, disamping mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang menjadi larangannya.

Makna solat dari segi bahasa adalah doa. Dan dari istilah syarak ialah solat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi pula dengan salam. Solat juga adalah suatu kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat islam, tidak kira ianya miskin,kaya,hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya. Sabda rasulullah s.a.w:

"Ditegakkan islam atas lima perkara : pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan ramadhan".

Daripada hadis yang dibacakan sebentar tadi jelas menunjukkan kepada kita bahawa kewajipan solat amat penting sekali dalam kehidupan seharian bagi setiap individu muslim. Bagi mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa besar kerana ia menjadikan seseorang itu tidak ada keislamannya kecuali mengerjakan solat pada setiap waktu disamping menunaikan rukun islam yang lain. Dalam ertikata lain, rukun islam mestilah dikerjakan dan wajib menjadikannya sebagai amalan harian yang berkekalan, supaya tidak cacat sifat keislamannya sebagai seorang muslim.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Sebahagian daripada masyarakat kita hari ini menganggap bahawa solat itu sebagai ibadat untuk perseorangan sahaja, namun sebenarnya ada beberapa hikmah dari segi kemasyarakatan yang terjalin dengan cara berhimpun (berjemaah didalam masjid-masjid dan surau-surau.Semua ini adalah menjadikan satu jalinan untuk mempereratkan silaturrahim dan kesedaran bersama bagi mencapai keredhaan allah s.w.t. Begitu juga allah s.w.t mewajibkan keatas mereka supaya melakukan solat jemaah sekali dalam seminggu, disamping mereka berkumpul untuk mengabadikan diri kepada allah s.w.t, dapat juga mereka berkenal-kenalan diantara satu sama lain, disamping mendengar panduan dan nasihat daripada teks khutbah dibacakan oleh khatib demi kebajikan bersama dalam usaha mencapai keredhaan allah s.w.t. Rasulullah s.a.w:

"Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat seorang diri dengan beroleh ganjaran 27 darjat".

Riwayat Al-Bahari

Sidang jumaat yang berbahagia,

Solat dalam kehidupan seseorang muslim bagaikan alat penggerak atau pemangkin kepada kecemerlangan ummah dan ianya juga merupakan tiang kepada agama kita. Sabda rasulullah s.a.w:

"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya".

Riwayat Al-Bahari Muslim

Daripada hadis yang dibacakan tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang benar-benar beriman kepada allah dan hari akhirat akan merasa bahawa solat itu adalah satu perkara yang mudah dan senang sekali untuk dikerjakan, berbanding dengan sikap orang-orang yang berjiwa kotor serta keji, yang mana akan merasakan begitu sukar dan amat susah sekali untuk melakukan ibadat solat, seolah-olah ibadat solat itu menjadi beban kepada kehidupan mereka, bertepatan dengan firman allah s.w.t:

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipudaya (terhadap agama) allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riya' (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka oleh orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati allah s.w.t (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)".

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Kalau kita renungi dan amati, bahawa ibadat solat yang kita lakukan lima kali sehari semalam dapat melahirkan beberapa sifat kemanusiaan yang unggul, antaranya:

Pertama : sesungguhnya ibadat solat itu boleh melahirkan umat islam yang terbaik, kerana ibadat solat dapat mendidik setiap individu memiliki peribadian yang cemerlang didunia dan akhirat.

Kedua - Solat juga boleh mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar sebagaimana firman Allah s.w.t :

"Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar".

Al-Ankabut ayat 45


Ketiga - Solat itu dapat membantu kita samada dalam keadaan senang atau pun susah. Firman allah s.w.t :

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan ) sembahyang, kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".

Al-Baqarah ayat 153


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang,kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".

Keempat - Solat mendidik dan melatih kita menjadi orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dengan hati yang tenang dan sabar serta dapat menghilangkan tabiat sombong dan takabur. Ini kerana orang yang benar-benar mendirikan solat tidak sekali-kali takut akan kemiskinan dan keperitan hidup didunia ini.

Kelima - Solat boleh menghasilkan sifat tetap pendirian, mengekalkan kita dalam mengerjakan sesuatu kebajikan dengan memberi kekuatan, kemahuan serta menyuruh kita memelihara peraturan-peraturannya menguatkan sifat displin diri, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan.

Keenam - Bagi menjadikan hati manusia itu baik dan bersih, ianya perlu dibasuh melalui ibadat solat, membaca al-qurannulkarim dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Ini dapat memberikan ketenangan hati serta melahirkan rasa cinta kepada allah s.w.t, disamping akan memperolehi cahaya iman dengan penuh khusyuk dan tawaduk terhadap perintah allah dan larangannya.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Dengan ini jelaslah kepada kita, bahawa mereka yang tidak mengerjakan ibadat solat, maka sudah pasti selama-lamanya mereka dalam keadaan berdosa besar kerana hidup dalam kekufuran. Mereka hanya mengenal kebaikan islam, tetapi tidak terbuka hati untuk beramal ibadat dan menerima ajaran islam. Oleh itu, bagi mereka yang tidak melakukan solat, sudah pasti mereka tidak dapat mengenal allah s.w.t, maka selama itulah pula dia tidak akan pernah mengenal dirinya sendiri. Adakah dirinya seorang yang baik?, seorang yang jujur, seorang yang amanah atau pun dirinya adalah jahat dan penipu?. Seorang yang pendengki,pengkhianat,suka
melakukan maksiat dan lain-lain lagi. Itulah sifat dan kelakuan orang yang tidak mengenal allah s.w.t hasil daripada tindakannya tidak melakukan solat.

Sidang jumaat yang dirahmati allah s.w.t,

Sebagaimana yang kita maklumi, bahawa rukun islam yang kedua ialah solat lima waktu sehari semalam. Dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh imam bahari bahawa seorang lelaki telah bertemu rasulullah s.a.w lalu ia berkata:

"
Wahai rasulullah!, tunjukkanlah kepada aku satu amalan yang membolehkan aku masuk kesyurga". Maka rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda :

"Engkau hendaklah mengabadikan diri kepada allah s.w.t, jangan menyengutukannya dengan sesuatu pun, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardhukan dan keluarkanlah zakat serta berpuasa dibulan ramadhan". Lalu orang itu berkata: " Demi allah yang berkuasa keatas diriku, aku tidak akan menambah atau mengurangi sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku. "Setelah orang itu beredar, rasulullah s.a.w bersabda :"Siapa yang ingin melihat ahli syurga,maka lihatlah kepada lelaki itu".

Sidang jumaat yang berbahagia,

Akhirnya marilah sama-sama kita menilai semula solat fardhu yang telah kita kerjakan, kerana solat itu penghulu segala ibadat yang telah disyariatkan oleh allah s.w.t ketika rasulullah s.a.w dimakrajkan dan juga sekaligus mengangkat darjat solat sebagai ibadat yang terpenting kerana ibadat solat bukan hanya mempunyai nilai rohani, tetapi juga nilai pendidikan, kerana ia bukan sahaja membersihkan dosa, bahkan solat juga mempu mengubah peribadi manusia jika dia mengerjakannya dengan baik dan sempurna. Insya-allah , solat juga merupakan penawar kepada umat islam demi mencapai kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat.

Ya-Allah , engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera. Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, tetapkanlah iman kami,murahkanlah amal rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang beratseperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyakit,persengketaan,kem
iskinan dan lain-lain lagi supaya dengan demikian,, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.


sumber:
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=389&Itemid=72





Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, Lillahirabbil 'alamin






assalamualaikum...



saje nak kongsi pengalaman pertama saya masuk ke hospital ( Kasturba Hospital) 12 julai lepas sampai 14 julai atas diagnosis of acute gastroenteritis..

sebenarnye saya tak tau juga apa yang saya makan sampai sakit.. saya ingatkan sebab saya masak laksa.. maybe ada yang kurang sempurna masakannya.. tp seingat saya laksa tu saya bagi jugak dekat orang lain, diorg sihat je.. takkan sebab makan mangga? herm tak tau la sebab ape

tapi time masuk tu saya ada vomiting, diarrhea ngan fever.. so doc admit sebb dia nak masukkan iv infusion of dextrose and garam.. tu juga pengalaman pertama saya kene iv infusion.. and terus terang sakit! :(

nak solat susah, nak mandi susah, nak gerak pun susah.. bila flex palm, jarun yang panjang yang masuk ikut vein tu terus hit bone.. aduh... memang tak bermaya time tu.. saya nak solat duduk pn tak mampu time tu.. cuma mampu solat baring.. huhuhu

bila makan muntah, bila makan muntah.. bila tak makan spasm of muscle.. haih.. memang sedih juga time tu.. dan boring! memang ada tv tp cerita dia ulang2 je.. tak tau nak buat ape.. haha so bila saya rasa-rasa dh sihat, saya pun mintak izin doc nak keluar.. tp malangnya malam sebelum saya keluar tu saya muntah... (makan makanan hospital je time tu)

doc pagi tu keberatan nak bagi saya keluar.. tapi saya berdegil nak keluar, saya siap ckp kat dia saya akan datang balik if rasa tak sihat.. haha yey dapat juga keluar.. untuk esoknya saya dapat mc.. sebab doc kata saya blum okay lagi.. ada gastric lagi..

alhamdulillah, arini saya dah ok.. walaupun saya tak boleh makan banyak dan bebas mcm dulu, tapi alhamdulillah my condition is getting better.. thanks for all yang datang mengejuk, bawah buah makanan bunga dan sebagainya..


"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. " - surah Al-An'am ayat 162


mungkin saya diuji dengan kesakitan itu untuk menjadikan saya lebih bersyukur dengan nikmat kesihatan kurniaan Allah yang mungkin selamani saya kurang hayati.. insyaAllah akan saya gunakan masa dan nikmat yang ada dengan sebaiknya..

saya ada letak beberapa gambar dalam wad:





gambar ni diambil time mak datang melawat.. us in front of kasturba hospital




keadaan bilik.. gelap sikit gambar




dia ada bagi almari, meja study skali..





toilet dia kotor sikit..

walaupun keadaan wad tak bertaraf hotel haha tapi saya tetap bersyukur sebab ada tempat berehat yang bagi saya sempurna dan doctor and nurses yang baik2... yang selalu datang bersembang dengan saya bila kawan-kawan pergi ke kelas.. alhamdulillah ^_^



‎"Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilNya"-Saidina Umar ibni Abd al-Aziz

Tuesday, July 06, 2010

nobody is perfect..



assalamualaikum...


saya terfikir dengan isu ni "nobody is perfect"

perfect mcm mana? dari segi ape?

sebenarnye nak ikutkan perfect boleh dari pelbagai aspek.. contohnya dari segi sahsiah, cara bercakap, cara handle things dan sebagainya.. btol ke sebenarnye kita semua tak sempurna? takde sape pun antara kita yang tak sempurna?

kalau nak ikutkan kalau kita lihat alasan "nobody is perfect" selalu je dilemparkan sekarang ni.. saya cuma terfikir.. memang benar dalam dunia ni tiada siapa yang sempurna.. kerana sifat sempurna itu hanyalah milik Yang Maha Esa..

tapi kita semua boleh berusaha mengubah diri dan cara hidup ke arah yang sempurna.. sempurna dari segi dunia dan akhirat.. memang iman manusia naik turun, kadang2 kita lalai dalam dunia kehidupan sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada Ilahi.. tambah2 sebagai student medik.. kalau kata esok nak exam final, baru la semua orang kelam kabut nak berdoa, mengaji al-quran dan sebagainya.. cuba kalau dpt result tengok2 distinction.. brape ramai yang time tu terus ingat kepada Allah? yang mengucapkan kalimah "alhamdulillah?"

selalu mcm tu la manusia, bila susah baru kelam kabut mengingatiNya, kalau bukan je ibadah sunat tp ibadah wajib pun tunggang langgang.. kalau kata ada rancangan tv yang best time maghrib contohnya, solat pun seminit je dh abis semua, doa dan mengaji lansung takde.. semua kelam kabut lepas solat lari ke hadapan tv.. kalau time terawih pula (sunat mua'akad) kalau malam tu ada cerita best kat tv, saf kat masjid tinggal beberapa kerat jemaah sahaja..

berbalik kepada isu "nobody is perfect", memang benar setiap insan sebenarnye banyak kekurangan.. sebab tu lah kita sebagai masyarakat islam bertanggungjawab untuk saling tegur menegur sesama kita.. teguran itu juga patutnya secara berhemah.. bukannya tanpa adab, perlu dengan budi bicara yang indah supaya mesejnya sampai dan tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan ape yg ingin kita sampaikan.. tak perlu marah2 atau tidak perlu membuat muka, kalau boleh kita tegur secara berdepan.. takperlu menjatuhkan air muka seseorang itu dengan kata-kata yang kurang manis atau tegur secara public.. only if ramai yang terlibat barulah kita tegur depan public.. tp itupun kene guna bait-bait yang indah untuk diucapkan... pendakwah hendaklah menampilkan imej yang baik depan masyarakat.. dan bagi saya kita semua adalah pendakwah, bukan sahaja berdakwah kepada masyrakat, tetapi juga kepada diri sendiri.. tampilkanlah kepada umat yang lain bahawasanya islam itu adalah indah.. InsyaAllah

Hadis riwayat al-Bukhari:

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi saw bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israel. Tiada sebarang kesempitan dan dosa"

kepada diri sendiri, kita juga perlu fikir.. sebelum kita bagi alasan "nobody is perfect", or "aku juz insan biasa, tak lari dari buat kesilapan" kite fikir dulu, kita dh cuba avoid belum kesilapan tu? kita sedar atau tak time buat silap tu? kita tau tak kita tgh buat silap? atau kita sengaja buat2 tak tau kita tgh buat silap? benda-benda ni perlu ditanya kepada diri.. sebab kalau diri sendiri tak mampu memberikan jawapan yang sewajarnya, mcm mana pula kalau di padang mahsyar soalan-soalan ini ditanya oleh Yang Maha Esa? adakah jawapan yang bakal kita berikan itu diterima olehNya? mcm mana pula kalau Allah tanya, kenapa solatmu tidak sempurna? boleh ke kita jawab "Ya Tuhanku, nobody is perfect?" boleh ke jawapan itu diterima oleh Yang Maha Esa? tepuk dada tanyalah iman..

akhir kata, saya menyeru kepada sahabat-sahabat dan kepada diri sendiri terutamanya, jagalah pergaulan kita dengan lelaki or perempuan, jagalah kelakuan, jagalah pakaian dan jagalah nikmat kurniaan Allah - mata, hati, telinga, tangan, kaki,lidah.. mata kurniaan Allah itu dikurniakan untuk melihat keindahan ciptaanNya, sebaliknya kita gunakan untuk melihat maksiat.. hati kurniaaNya itu adalah untuk mengingatiNya, sebaliknya kita gunakan untuk memikirkan perkara-perkara maksiat.. telinga kurniaaNya itu dikurniakan untuk mendengar bacaan suci al-quran dan kalimah-kalimah mulia sebaliknya digunakan untuk mendengar maksiat, umpatan-umpatan.. lidah kurniaaNya sepatutnya digunakan untuk memuji Yang Maha Esa, melafazkan kalimah al-quran sebaliknya digunakan untuk mengumpat, mencaci,mencarut, mengucapkan kata-kata maksiat... tangan dan kaki kurniaaNya sepatutnya digunakan untuk melakukan dan pergi ke tempat-tempat mulia, melalakukan ibadah-ibadah suci sebaliknya digunakan untuk pergi ke tempat-tempat maksiat, melakukan perkara-perkara maksiat..


hargailah nikmat ini sebaiknya sebelum semuanya ditarik semula oleh Yang Maha Esa.. kepada diri masing2,again.. tepuk dada tanyalah iman.. adakah syurga yang dicari ataupun neraka.. kepada yang ditegur.. jangan selalu sangat marah apabila ditegur, sebaliknya terimalah dengan hati yang terbuka.. fikirkanlah kebenaran kepada semua teguran itu.. jangan dipandang kepada siapa yang menegur sebaliknya pandangalah kepada apa yang ingin disampaikan.. dan kepada yang menegur.. guna lah bahasa-bahasa yang indah semasa menegur.. saya juga tak terlepas dari buat silap, so kita sebagai masyarakat yang hidup sekali marilah saling tegur menegur.. insyaAllah saya juga akan sedaya upaya memperbaiki kelemahan diri yang sememangnya banyak ni.. huhu semoga kita semua berjaya menempatkan diri ke syurganya tapi bukan ke nerakanya.. insyaAllah.. maaf if ada mana-mana perkataan di atas yang menyinggung mana-mana pihak.. biarlah kita menangis sekarang kerana menyesal dengan kesilapan-kesilapan kita, jangan menangis di padanag mahsyar.. nau'zubillah..


Hadis riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim:

Daripada Aisyah r.a., Nabi saw bersabda: "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau menyukai keampunan maka ampunkanlah daku"



Saturday, July 03, 2010

saya suka masak, ari ari saya masak haha





assalamualaikum..


alhamdulillah harini saya berjaya siapkah juadah laksa penang yang bagi saya sangat sedap!!!! alhamdulillah terubat rasanya hati ni bila dpt rasa laksa setelah hampir setahun tak makan makanan kegemaran saya tu.. hahaha tiada yang lebih membahagiakan saya selain dari memasak makanan yang mampu mengukir senyuman dibibir saya.. hahahaha

lepas ni tak payahla beli lagi! dh boleh masak sendiri dah.. hahaha owh ada jugak buat tepung pelita tadi tp atas dia agak keras n saya juga daun pisang sebab daun pandan tak jumpe kat india.. huhuhuhu

ni saya letak gambar sikit.. :)






tepung pelita yang agak tak kemas huhu T____T




laksa penang yang best!

Thursday, July 01, 2010

mari belajar bahasa 'arab!




assalamualaikum.. malam ni tiba-tiba teringat pulak peristiwa time kat mesir.. saje nak kongsi kat sini.. time saya dan kawan-kawan kat dahab ( tempat kitaorg snorkeling dan sebagainya), dekat tepi2 tu ada kedai jual cenderahati.. memang banyak sangat kedai kat situ.. saya time jalan2 ternampak satu kedai jual permaidani ni.. lalu saya pun masuk.. owh kedai ni time saya masuk terdengar bacaan al-quran melalui radio.. terusik juga hati ni

saya: assalamualaikum..

orang kedai: waalaikumusalam.. (dia ada cakap lagi dalam bahasa 'arab tapi saya tak paham.. maybe dia nak tanya saya nak beli apa kot)

saya: maalish.. i cant speak 'arab sir

orang kedai: u cant speak 'arab? but u are malayzie ( mcm mana ntah eja).. many malayzie students can speak 'arab but u cant?

saya: i am malayzie but i cant speak 'arab.. because i am not studying here sir.. im sorry

orang kedai: u are islam right? so u should know 'arab.. then how u recite al-quran without knowing 'arab? do u understand what are u read about in al-quran?

-time ni dia bukak radio yang tengah berkumandang bacaan al-quran tu kuat2.. -

saya: i have book which translate the content inside al-quran sir.. (dalam hati dh sedih n malu T____T)

orang kedai: so u juz recite al-quran without knowing what are u read about.. then everytime u want to know the meaning u juz read the book? is that so? can u tell me why dont u learn 'arab?

saya: i used to learn 'arab when i was small but i've forgot what i learned sir.. it was about 11 years back sir..

orang kedai: why is that so? is 'arab so difficult to u? it is quran language and u should learn it.. promise me when u going back to u country u will learn 'arab..

saya: insyaAllah sir..

-lepas tu barula dia slow kan volume radio tu.. then barulah kami berurus niaga.. alhamdulillah, ada la beberapa perkataan yang dia ajar kat saya sebelum saya balik.. mcm" maashi" dia kata maknanya okay.. hahaha.. owh dia siap bagi satu permaidani free lagi maybe pasal saya mintak maaf banyak kali kat dia kot sebab tak reti ckp 'arab (huhuhu malunya)

kesimpulannya...

sejak dari mesir aritu, saya tekad nak belajar bahasa 'arab.. selama ni bagi saya 'arab ni susah.. tapi itu kan bahasa syurga? bahasa yang digunakan dalam al-quran.. kalau nak kata 'arab ni susah, kenapa buku medik yang tebal2 saya boleh usaha untuk baca, padahal 'arab tak start lagi dh bising kata susah.. hahaha

pendeknya nak seribu daya tanak seribu dalih.. marilah belajar bahasa 'arab.. seronok kalau kita fasih berbahasa 'arab.. nak baca al-quran pun senang.. tak payah belek2 tafsir al-quran dah.. (mcm pak arab tu ckp) hahaha..

semoga dipermudahkan urusan insyaAllah.. haiyya nata'allamu al- allughota al- 'arrabiyyah ya ashabii! (mari belajar bahasa 'arab sahabat!)