assalamualaikum...
harini sedang saya tgh mengambil case patient tiba2 dpt sms examination tgh jalan... terkejut dia cuma Allah yang tau.. tiba2 ada exam? now? n started already? and I havent prepared anything?
terus saya berlari ke tempat exam n sangat2 terkejut.. exam dh start 15 min dh pun.. patient yg ditugaskan kepada saya ada gestational hypertension ataupun tekanan drh yg tinggi hanya time mengandung..
saya cuba tenangkan diri.. tambah2 patient tu adalah ustazah.. saya ceritakan kepada dia, saya medical student n saya kene amik maklumat kat kakak sebab arini saya exam.. n makcik tu cuba tenangkan saya.. dia ckp boleh dik, jangan takut.. Allah ada
dengan tenang saya mengambil n alhamdulillah everything went well.. tp masalahnya time berhadapan dengan cikgu, bukan case mak cik tu yg cikgu mahukan tetapi theory mengenai penyakit tu yang cikgu mahukan..
astagfirullahal 'azim.. cuma Allah yang tahu.. betapa saya rasa nak nangis, hati dikoyak2.. macm mana nak jawab? saya tak pernah baca topic tu pun! ada juga soalan yang saya boleh jawab tp majoriti saya tak leh jawab..
cikgu ckp u have to read, hypertension in pregnancy is very2 common here.. ada kawan2 saya bila cikgu tanya nape tak tau ni? senang je jawab cikgu2 kat india tak pernah ajar..
saya bila dgr sangat2 geram... cikgu tak pernah ajar? ye la memangla cikgu tak pernah ajar tp cikgu ada sebut topic2 tu penting n kene tau.. takkanla semua nak kene ajar? memang tanggungjawab cikgu untuk mengajar tp mana tanggungjawab kita sebagai studnet nak blaja? kene la blaja sendiri mana2 yg penting n tak di ajar tu.. janganla asyik2 nak salahkan cikgu kat india..
aritu ada cikgu obg n anat saya kat india ckp.. dia sedih.. kenapa student kalau balik mesia n tak leh jawab cikgu tanya, mesti ckp "cikgu manipal tak ajar".. dia ckp kenapa mesti nak salahkan diorg kalau apa yang kitaorg ajar korg tak ingat? nape tanak ngaku je korg tak ingat?
betul cikgu saya tu ckp.. saya kesiankan diorg.. saya pun bila tak leh jawab soalan2 td... saya tak salahkan cikgu.. memang benar cikgu tak pernah ajar topic2 ni tp dia pernah mention... topic tu penting n kene tau sebb memang akan jumpa patient macam ni...
saya rasa sdih n geram kat diri sendiri.. kenapa saya tak baca? masa banyak tp selalu di abiskan kat benda tak berfaedah.. insyaAllah mulai arini saya berazam untuk melipatgandakan usaha.. saya tak kisah kalau saya dh usaha n masih belum mencapai tahap kerana tawakal itu juga penting.. tp saya geram sebab masa banyak n saya selalu buang macam tu je..
mungkin apa yang jadi harini untuk menyedarkan saya dari terus lena di buai mimpi... ingin sahaja ari mata ni berderai keluar tp biarlah buat masa ni nangis di hati dulu.. akan saya tunjukkan pada masa depan, saya mampu menjadi doctor yg hebat, menaikkan nama Islam n Melayu.. insyaAllah..
Wednesday, October 27, 2010
Thursday, September 30, 2010
hulurkan secangkir senyuman, setalam budi bahasa
assalamualaikum...
bismillahirrahmanirrahim.. dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..
alhamdulillah, first stage saya dalam kehidupan medik ni dh pun berlepas.. sekarang ni saya continue ke second stage of medical life in malaysia pula.. baru je sebenarnye saya start posting ni.. tp ada banyak2 perkara yang saya pendam dalam hati, yang saya jadikan renungan..
memang nak ikutkan kehidupan di sini jauh lebih hectic dari kat manipal.. bukannya kat manipal tu rileks sangat (tapi ada org rileks je hahaha depends la kat org macam mana).. tp kat sini jauh lagi kelam kabut.. u have a lot n abundant to read.. and the course is becoming more tougher everyday..
ur life start at 6 am.. since u have to catch up the bus at 7 am.. then reached at 8 am.. straight you have to go to the ward and speak with the patient or juz looking on how the doctors interview the patient.. im speaking as i am currently in psychiatry ward..
terus terang, patient here are far more interesting than india.. maybe sebab they can speak malay, a language that u are very expert with.. hahahaha but the thing that very contradict here is the way the lecturer speak to us...
in india, diorg ada yang tegas n garang but we feel comfortable with them.. very very.. we do have respect to them.. but at the same time we feel like they are friends also.. suasana beljaar yang tenang kat sana memang best
kat sini, gaya cikgu memang jauh lain.. garang.. n ada sesetengah lecturer tu (not all) the speak harsh language when we cannot answer the question or when we do things wrongly.. i know that they have their own way in teaching but i would really appreciate if they juz scold us without using the harsh words.. we are human, we are malaysian... medicine moto "senyum selalu" what does it mean to you?
but again, they are great lecturer with great skills.. and we juz need to cope with their way.. if kene pukul or tumbuk or ketuk kepala pun kene tahanla.. but definitely i will cry which will make them more angrier to me hahahaha
classes for clinical ends at 12.30.. at 2 have to start again for lecture and ends at 5.00.. hahaha kadang2 balik pun tak sempat nak lunch, kalau bangun lewat tak sempat breakfast pun.. so makan kol 5 je nanti hahahaa balik kene kemas bilik ,basuh baju n tgk2 dh malam... then u have to study.. tgk2 dh tengah malam.. everything went so fast here..
hope everything will be fine and i will be a great doc one day insyaAllah.. ^_^

Thursday, July 29, 2010
Ilmu

assalamualaikum...
Sejak kecil kita diajar supaya meniatkan setiap langkah kita dalam mencari ilmu adalah kerana ALLAH SWT semata2. Apabila kita mengikhlaskn diri belajar kerana tuntutan agama insyaAllah ilmu yang diperolehi akan diberkati ALLAH SWt. Berapa ramai orang yang belajar semata2 atas tuntutan nafsu iaitu semata2 mengejar kemewahan dunia berbanding mereka yang belajar atas sebab tuntutan agama. Agama menuntut kita belajar kerana kepentingan ilmu itu sendiri. Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah Al-Mujaadalah: ayat 11, tafsirnya:
Dengan ilmu manusia dapat mengajak akal supaya berfikir dengan betul dan memandu hati kearah kebenaran. Kerana itu jugalah ilmu digelar sebagai cahaya yang menerangi hidup kita. Oleh itu kita dituntut supaya mencari ilmu sejak dari kecil hinggalah ke liang lahad.
Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah. Berapa banyak ilmu yang telah kita pelajari sejak dari lahir hingga kini. Namun berapa peratus yang benar2 melekat di hati kita dan berapa peratus pula yang kita amalkan. Sebaik2 ilmu adalah ilmu yang membawa kita dekat pada Pencipta…iaitu Allah SWT. Ilmu yang membawa kita dekat pada Allah SWT tidak kiralah ilmu matematik,fizik,biologi,kimia,pendidikan Islam dan apa sahaja…semuanya mengajar kita untuk menjadi manusia yang sempurna..insan kamil. Insan yang sempurna adalah yang sentiasa sedar tujuan dan tugas nya sebagai manusia di muka bumi ini. Setiap langkah hidupnya dimatlamatkan kearah mencari keredhaan ALLAH SWT yang telah menciptakan dirinya. Setiap perbuatannya menjadi ibadah yang menghampirkan diri pada Pencipta Yang Esa.
Orang yang memiliki ilmu yang diberkati akan menguasai ilmu itu untuk membimbing dirinya kea rah kehidupan bahagia dunia dan akhirat dan diredhai ALLAH SWT. Segala musibah yang datang juga akan dihadapi dengan tabah berbekalkan ilmu yang diberkati itu. Namun begitu orang yang memiliki ilmu yang dicari semata2 atas tuntutan nafsunya akan dikuasai ilmu itu hingga segala batas2 kebenaran dilangkaui. Semua perkara yang berlaku di dunia ini baginya mesti memerlukan penjelasan berdasarkan logic akal menurut ilmu yang dimilikinya. Sepatutnya dengan ilmu itu dia boleh menilai yang mana benar dan tidak,namun ia semakin membutakan mata hatinya daripada kebenaran ditambah dengan keangkuhannya dengan tahap ilmu yang dimiliki. Naudzubillah min zalik. Semoga ALLAH SWT memelihara diri kita daripada tergolong dalam golongan yang dikaburi dengan ilmunya sendiri.
Sesungguhnya beringatlah sebanyak mana pun ilmu kita tidak terbanding dengan ilmu ALLAH SWT. Ilmu di dunia ini ibarat setitis air dilautan berbanding Ilmu ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Jadilah kita golongan yang menguasai ilmu bukan dikuasai ilmu..insyaALLAH.
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat".

Semoga setiap ilmu yang dipelajari memberi manfaat pada diri kita serta orang2 di sekeliling kita dan membawa kita hampir pada ALLAH SWT. InsyaAllah. :)
Lahaulawalaquwwatailla billah.
Lahaulawalaquwwatailla billah.
“Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.?
(Muadz bin Jabal Radhiyyallahuanhu)
(Muadz bin Jabal Radhiyyallahuanhu)
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa akan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (Al-Hasyr: 19)”
Wednesday, July 28, 2010
down.. down.. mayday mayday

assalamualaikum..
post kalini juz luahan hati.. tak tahulah kenapa rase down sangat arini, rasa mcm sedih sangat2.. sekarang ni saya kat posting pediatric.. at first saya memang minat juga posting ni, sebab bg saya walaupun posting ni yg paling susah sebab banyak sangat2 benda nak kene baca, tp semua tu mcm hilang bila pandang senyuman baby2..
tapi arini..... one of the doctors asked question to me and she expect me to give the answer on the spot..
" how do we examine a neonate? "
saya jawab: "we asked the date of birth.. "
she quickly give me something like " what a stupid answer she gave"
saya pun rasa mcm adoi nape jawab mcm tu.. manada jawapan mcm tu.. ish2.. ari2 study, tp banyak mana yang study rupa2nya banyak lagi yang belum saya tau..
patutlah sabda Nabi " belajarlah walaupun sehingga ke negara China"
rupa2nya kerana ilmu itu sungguh luas.. untuk kalian yang bersabar dan yakin bahawa bantuan Allah sentiasa datang untuk hamba2Nya yang bertawakal insyaAllah segala yang susah itu akan dipermudahkan..
doa saya semoga Allah menguatkan diri supaya tidak berputus asa dalam menempuh dunia medik ni.. ni baru tahun ke tiga.. 3 years more to go.. insyaAllah..
Sabda Nabi Muhammad saw:
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
Saturday, July 24, 2010
berhemah dalam menegur

‘‘Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.” Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.
Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.
Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.
Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.
Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud; “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan, ‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.” Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.
Panduan
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur. Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.
Ini kerana kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan, ‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.” Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.
Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud; ‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
Rasulullah s.a.w bersabda, ‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’'.
Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.
Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.
Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.
Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.
Bangga
Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) - kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.
Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.
Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.
Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya; “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”
Subscribe to:
Posts (Atom)