Wednesday, July 06, 2011

sudah jatuh ditimpa tangga


assalamualaikum..


surah an-Nisa' ayat 79:


"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
"


setiap yang jadi di muka bumi semuanya di bawah kekuasaan Allah, Allah Maha Mengetahui (al-'alim) dan Maha Berkuasa (al-malik) terhadap semua yang di muka bumi.

bulan ni, bukanlah bulan yang mudah untuk saya, diuji dengan ujian yang datang bergolek secara tiba2.. sudah hampir 2 minggu saya tak ada kereta dengan saya, berikutan ada sikit masalah, tak ada kereta memang bukan satu masalah, tp yang jadi masalahnya kepada golongan yang menggunakan kereta secara keperluan bukannya kemahuan..

sebagai contoh, minggu lepas baru sahaja berlansung ceramah agama di masjid al-alami MITC oleh prof sidek baba, sudah sebulan saya menghitung hari untuk ke ceramah tu, tp apakan daya impian saya terkubur macam tu je, lepas tu saya tidak lagi bebas ke masjid untuk mendengar kuliah fardhu ain, kuliah2 maghrib seperti yang selalu saya lakukan dulu.. bukannya niat disini untu bermegah dengan segala kebaikan, sungguh riak itu walaupun hanya sebutir zarah mampu menempah satu seat terus ke neraka jahanam


Hadis riwayat Muslim:


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi saw bersabda : "Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takbur"


minggu lepas juga, cafe tutup.. saya pun tak tau nk makan mana dah.. dengan tak tau malunya minta kawan2 yang nak ke kedai mana2 tolong tapaukan.. lepas tu pula, nak ke posting pun susah, nak ke kedai juga susah..


minggu ni pula, saya kene food poisoning.. twice... ari ahad kene masa makan bakso, muntah dan diarrhea dlm 12-13 kali, sangat dehydrate, tp doktor juz bagi tablet dan ORS.. pelik sebenarnye, kalau pesakit mengadu muntah2, with difficulty in swallowing, coz lepas makan mesti muntah, nape pula doktor bg ubat via oral? bukankah secara injection tu lagi bagus method die kalau dlm situasi mcm ni?

papepun, saya juz makan je ubat tu.. as expected, keadaan tak berubah pun.. saya gagahkan ke kelas.. dengan pening, loya dan diarrhea.. semalam, again saya muntah2 dan diarrhea.. once again food poisoning,.. awalnya doktor nk bagi tablet lg, tp saya berdebat dengan dia, ckp cara injection is the method of choice in this situation.. akhirnya doktor mengalah dan memberi saya iv infusion.. insyaAllah saya mengharapkan ari2 yang mendatang mampu memberikan sinar kebahagiaan kepada saya.. semoga bulan ini, bulan dimana nikmat kehidupan saya ditarik sedikit, mampu memberikan saya pengajaran supaya lebih menghargai nikmat ini kelak..

ameen...

Monday, July 04, 2011

hanya kerana mulut


assalamualaikum...

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: “Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: “Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?” Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan”

*****

Alisya memasuki rumah dengan tergesa-gesa. Langkahnya laju menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dibantingnya pintu itu sekuat hatinya, hampir bergegar seisi rumah dengan dentuman yang kuat itu. Syahid yang berada di dalam bilik membuka pintu dan menjenguk ke luar, hairan dengan suasana itu. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik dan menghampiri bilik adiknya itu. Ketukan demi ketukan bergema di ruangan bilik Alisya tetapi tidak diendahkan langsung olehnya. Alisya hanya mendiamkan diri, cuba meredakan kemarahannya sebentar tadi. Ketukan bergema kembali.

“Adik, bukalah pintu ni. Kalau ada masalah tak elok buat perangai macam ni. Ceritalah kat abang, mana tahu abang boleh tolong”, kedengaran suara pujukan abangnya itu dari luar bilik. Alisya mengeluh kecil lalu bangun dan membuka pintu apabila memikirkan apa yang dikatakan oleh abangnya itu. Pintu sudah terbuka luas, dilarikan susuk wajahnya daripada pandangan abangnya. Bagi Syahid pula, dia faham benar dengan kerenah adiknya itu. Pasti ada perkara yang tidak memuaskan hatinya.

“kenapa ni? Muka dah macam cencurut lapar je ni”, kata Syahid cuba bergurau tetapi ianya tidak member kesan langsung kepada Alisya. Perlahan-lahan Syahid membelai lembut kepala Alisya.

“Okeylah, apa masalahnya ni? Cuba cerita kat abang”, Alisya mengeluh sekali lagi cuba mengingati apa yang terjadi di kelas pagi tadi.

“Abang kenal Raudhah kan?” Syahid menjawab dengan anggukan. Dia tidak mahu bersuara, takut menghilangkan ‘mood’ Alisya untuk bercerita.

“Alisya rasa dia ada buat guna-guna la kat En. Hisham tu”, terbelik mata Syahid mendengar kata-kata adiknya itu. Inilah kali pertama Alisya berani mengeluarkan perkataan seperti itu.

“Astaqfirullahhala’zim..Alisya, cuba bawa mengucap. Tak elok menuduh orang sesuka hati, boleh jadi fitnah tau. Abang rasa Alisya yang kena guna-guna ni”, Alisya hanya mencebik, tidak berminat dengan gurauan abangnya itu.

“Abang tahu tak, tiap-tiap semester dia je yang dapat perhatian. Dia tu pun bukan pandai sangat pun”, kata Alisya cuba mengawal kemarahannya. Syahid hanya menggelengkan kepalanya.

“Tak elok mengata dia macam tu dik. Mungkin itu rezeki dia,rezeki kita tak tahu bila lagi. Mungkin lebih hebat dari apa yang dia dapat. Kita kena banyak sabar dan tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Adik tak boleh bercakap sesuka hati, itu sudah dikira mengumpat tau”, nasihat Syahid. Dia tidak mahu kata-kata adiknya itu memakan dirinya sendiri.

Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; “Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai”.

“Ala rezeki apa, tiap kali exam dia asyik meniru je”, kata Alisya penuh dengan perasaan ketidakpuashati. Syahid hanya menggelengkan kepalanya. Dia tahu adiknya itu dibelenggu dengan perasaan marah jadi tidak hairanlah kalau adiknya itu mengeluarkan kata di luar jangkaannya.

“Adik ada bukti?” Alisya membisu tetapi kepalanya pantas menggeleng. Syahid hanya tersenyum.

“Adik tahu tak, Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)”, kata-kata itu masih belum dapat mengunci mulut Alisya. Dia masih lagi mahu menegakkan benang yang basah.

“Tapi abang, apa yang adik cakapkan ni semuanya betul”, kata Alisya tegas, masih tidak mahu mengalah.

“Adik,adik…Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” lalu jawab baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebut itu benar?” jawab baginda, “Sekiranya apa yang disebut itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi) Jadi, tidak kiralah perkara itu benar ataupun tidak. Ianya tetap berdosa kerana adik telah membiacarakan soal ini dibelakang tanpa mengetahuinya. Adik tahu apa akibatnya?” Akhirnya mulut Alisya terkunci, hanya gelengan kepalanya sahaja yang menjawab soalannya itu. Syahid hanya tersenyum manis kerana telah berjaya melembutkan hati adiknya itu daripada terus melakukan kesalahan.

“Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)”, kali ini Alisya benar-benar terkena. Dia memandang abangnya yang duduk tidak jauh darinya.

“Adik tak ada niat pun nak mengumpat dia. Adik tak puas hati je. Adik tak pernah langsung diberi peluang walaupun sudah berusaha keras tapi nama Raudhah juga yang jadi perhatian”, Syahid tahu, adiknya itu berkecil hati apabila usahanya selama ini tidak dipandang langsung oleh orang sekeliling.

“Jangan disebabkan ketidakpuasanhati adik tu, memakan diri adik sendiri. Kalaulah benar dia membuat kesalahan, dia pasti akan dapat balasannya. Cepat atau lambat, itu saja. Kalau adik berterusan mengumpat macam ni, adik juga yang rugi”, ada kerutan muncul di dahi Alisya.

“Kenapa pula?” tanya Alisya inginkan kepastian.

“Diriwayatkan oleh Abu Ummah Al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”. Adik nak ke kalau pahala adik berkurang dan menambahkan pahalanya tanpa dia sedar?” Alisya menundukkan dan menggelengkan kepalanya. Malu benar dia dengan sikap yang ditunjukkan di hadapan abangnya itu.

“Maafkan Alisya ye, mungkin bukan rezeki Alisya lagi untuk mendapat tempat yang terbaik kat universiti tu”, kata Alisya dengan lembut. Dia lega kerana Syahid dapat menenangkan hatinya dengan serta-merta.

“Macam itulah adik abang. Abang tahu adik abang ni bijak sangat. InsyaAllah, suatu hari nanti mungkin Alisya akan dapat lebih baik lagi dari apa yang Raudhah dapat tapi ingat jangan sesekali gunakan cara ini sebab mulut itu adalah satu senjata yang sangat tajam,lebih tajam dari pisau. Jadi kalau ada apa-apa masalah tak elok kalau adik bercerita di belakangnya. Kan elok kalau adik merapatkan silaturrahim dengannya, boleh bertukar pandangan. InsyaAllah, berkongsi ilmu itu lebih nikmat”, Alisya hanya tersenyum manis mendengar nasihat abangnya yang panjang lebar itu. Dia mulai sedar dengan kelancangan mulutnya itu yang boleh membawanya ke pintu neraka.


sumber: http://www.fikrahislam.com/kreatif/hanya-kerana-mulut/




Saturday, July 02, 2011

munajat



assalamualaikum..


rabbani - munajat:


Tuhan...
kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Bisikkanku untukMu

Munajatku mohon restu

Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu

Gelombang lautan rinduku


Munajatku dalam syahdu

Merindui maghfirahMu

MardhiaMu dalam restu

Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu

KeagunganMu dalam doaku

Kebesaran pada kudratMu

Ia membina rohaniku


Tuhan...
kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...
kusembahkan pengorbanan

Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan

Padanya ada kamanisan

Ketenangan dan kebahagian

Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu

Merindui maghfirahMu

MardhiaMu dalam restu

Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu

KeagunganMu dalam doaku

Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan...
kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...
kusembahkan pengorbanan

Membuktikan kecintaan



Hadis riwayat al-tirmizi:



Daripada abdullah bin busr r.a, seorang lelaki bertanya: "wahai rasulullah! sesungguhnya syariat islam (perkara wajib dan sunat) terlalu banyak ke atasku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat kubergantung dengannya."


lalu rasulullah saw bersabda: "Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir pada Allah"




"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." - surah ar- ra'd ayat 28

isra' mikraj



Hijjaz, In - Team, UNIC , Mestica - ISRA' MIKRAJ



Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha B
uraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra? mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya



surah al isra' ayat 1:


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
"

Sunday, June 26, 2011

saudara



assalamualaikum... tadi masa nak pergi pasar malam, saya on radio ikim dalam kereta myvi kesayangan... masa dalam perjalanan, dengar hadis pasal persaudaraan, jadi saya nak kongiskan kat sini hadis tu.. bagus sangat2.. buat masa sama dengar2 lah lagu dari KRU kita bersaudara, walaupun agak rancak tp ada mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ni..



Hadis Muslim:


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa seorang Muslim itu menjadi saudara seorang Muslim lainnya, kerana itu tidak diperbolehkan seorang Muslim itu menganiaya saudara Muslim yang lainnya. Juga tidak boleh seorang Muslim itu menghin...a saudara Muslim lainnya. Dan barang siapa memberikan pertolongan yakni memenuhi hajat keperluan saudaranya, maka Allah pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya dan barangsiapa yang memberikan kemudahan atau memberikan kelapangan bagi kesusahan seorang Muslim, nescaya Allah melapangkan kesusahannya di hari Kiamat.”





KRU- kita bersaudara

Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima

Oh kita bersaudara

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus