Friday, February 12, 2010

muhasabah diri




assalamualaikum...


dah lama rasanya tangan ini tidak menaip untuk post terbaru kat blog ni.. sibuk dengan final exam agaknya.. alhamdulillah teori paper dh lepas, tinggal lagi praktikal..

harini time kemas rumah tiba-tiba hati tersentap, melihat kalimat suci al-quran, memerhati sudah betapa lama saya tidak menjinakkan diri mendengar ceramah-ceramah agama, tidak membaca buku-buku agama yang kini sudah berhabuk atas almari tu

kadang-kadang saya terfikir, risau juga kalau-kalau saya melebihkan dunia dari akhirat. Benar, study juga satu ibadah.. tapi tanpa penjinakkan hati kepada ayat suci al-quran hari-hari hati juga boleh menjadi hitam.. hati yang pernah suci itu boleh sahaja diganti dengan tompok-tompok hitam, bisikan dari para syaitan yang menyesatkan.. nauzubillah

mungkinkah saya sudah lalai sekarang? Ya Allah, janganlah kau pesongkan hatiku setelah Engkau meletakkan aku di dalam jalan kebenaran ini Ya Allah.. sesungguhnya aku takut dengan azab seksa nerakaMu..

semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya yang lepas.. dan semoga masih dipanjangkan umur, untuk memperbaiki segala kelemahan diri.. semoga hati ni juga kekal di jalan Allah.. kepada para sahabat, maaf seandainya ada tersalah tutur bicara atau perlakuan.. diri ini juga hanyalah insan biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan.. semoga ikatan ukhwah yang terjalin kekal selamanya.. amin ya rabbal alamin..