Tuesday, December 30, 2008

My dear goldfish part II

asalamualaikum.. hehe dh lame tak buat post pasal my dear pet.. saje je nak kongsi.. herm sejak one of my goldfish mati, saya cm bosan sebab ade sekor je goldfish.. jadi saya pun g la beli lagi sekor, saya amik yang size besar sket dari yang sedia ada

mula-mula ble letak diorg tak gaduh, tapi lame-lame dh mula gaduh.. saya pun tak tau nape yang lama tu ske attack yang baru.. yang baru plak, size je besar tp die duduk diam je kene attack.. pastu saya pun cm terfikir saya kene buat something ni.. tak leh duduk diam sakgi mati plak lagi sekor

so saya pun ubah suai sket design dalam aquarium tu, saya letak artificial seaweed tu kat center, haha this time diorg dah tak gaduh, tapi dorg main kejar2! haha seriusly best sangat-sangat tengok.. kejar-kejar pusing sekelliling seaweed.. yang peliknye tak pulak diorg pening hehehe

time saya bela ikan dulu ramai gak tanye, nape nak bela ikan? ikan dahla bosan, berenang je keje.. hehe sebenarnye kalau nak tau ni bukan kali pertama saya bela ikan, tapi ni kali pertama la saya bela goldfish.. kalau nk tau sebenarnye, saya tak tau nak mention cmne tp ble tengok ikan-ikan ni rase cm damai je dalam hati.. ble korg tgk die kejar-kejar memang korang akan tersenyum sendiri.. lagipun jaga ikan ni senang je..

hehe nak ikutkan dulu saya pernah gak rase bosan ngan ikan-ikan ni [time saya belum letak seaweed kat tengah-tengah] siap ade terfikir nak bela kura-kura, tapi rasenye skang ni tak payahla bela kura-kura.. haha bukan pe, sebab skang ni memang free nanti ble dah busy.. takut tak terjaga sume-sume tu.. dapat dosa je.. plus, skang ni my goldfish dah best.. :D hehe k tu je.. rasenye pasni cm lambat sket nak post yang baru sebab it's a hectic week actually.. i have practical exam this upcoming saturday and i haven't read anything yet! hoho k tu je... babai!


ni time diorg tengah main kejar-kejar hehe

Monday, December 29, 2008

Salam maal hijrah


assalamualaikum.. salam maal hijrah untuk kawan-kawan...Awal Muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. If dulu umur kita baru 20, skang dh jadi 21 la.. hehe ni bermakne, semakin meningkat umur kita.. tapi adakah amalan kita meningkat sejajar dengan amalan kita semua? ok, ni juz saya nak kongsi sket pasal sirah penghijrahan Nabi Muhammad saw dari kota Mekah ke kota Madiah.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka, pembela dan pelindung Nabi. Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish (iaitu dengan sarang labah-labah yang terbina di depan gua).

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Jadi untuk maal hijrah ni.. jom kawan-kawan kita perbaiki diri, semoga tahun ini lebih bagus dari tahun-tahun yang lepas. Sama-sama kita lebih mendekati Allah swt, beramal kepadaNya, meninggalkan segala maksiat, mudah-mudahan kita semua menjadi penghuni syurgaNya insyaAllah..

surah Ar’- Ra’d: 11:

"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha merubahnya sendiri"

k, ni saya sertakan sekali lirik lagu dan lagu dari kumpulan in team bertajuk hijrah satu wawasan.. sama-sama kita hayati lirik lagu ni mudah-mudahan masing-masing mendapat iktibar insyaAllah


Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang

Mulakan hijrah dengan niat
Yang suci dan pasti
Membina kehidupan harmoni
Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
Sejahtera hidup aman sentosa

C/O
Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran

Contohilah Rasulullah
Berhijrah dari Makah ke Madinah
Demi menegakkan kalimah yang suci

Hijrah satu perubahan
Dalam meniti arus kemodenan
Dari kemunduran kepada kemajuan

Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni

Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainement)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

sumber: http://www.hijjaz.co.my



Hijrah Satu Wawasan - In-Team



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, December 28, 2008

Jogging + waterfalls= jog falls

salam bicara untuk sume.. pagi ni saya juz nak cite sket pasal trip yang saya dan kawan-kawan yang lain(11 orang gurls) pergi semalam.. it's a place called jogfalls.. i have no idea mane diorg dapat name tu tapi rasenye nama tu derived from jogging + waterfalls because we have to do a little bit 'jogging' to reach the bottom of the waterfalls.. [ske-ske ati je buat teori sendiri haha]

Jogfalls, created by sharavti river mempunyai ketinggian sebanyak 253meters (829 ft), is the highest waterfall in india, one of the highest waterfall in the world. Terletak kat Shimoga district of karnataka. Name lain dia, Gerusoppe falls, Gersoppa falls, Jogada Gundhi.

herm, we suppose to leave from manipal at 6.15.. tapi ade hal sket with our transportation, sume orang pun dah panas, haha akhirnye bertolak dalam kol 7 lebih camtu.. perjalanan amik mase 4 jam pergi dan balik (balik i'm not sure because he used different route.. which i think longer than 4 hours).

On the way g situ, kitaorg ade lalu kat turtle beach, so kitaorg singgah jap untuk amik gambar hehe.. oh yeah.. disebabkan my digital camera tibe2 rosak, saya terpaksa gune camera hp saya untuk tangkap.. sedih2.. huhu

turtle bay with no turtle :P


Pastu kitaorg continue journey, time dah nak sampai tu jalan dia cm ular kene palu.. lame plak tu, dalam sejam setengah jalan dia cmtu (jalan cm kat ulu chepor,perak). Saya tak pernah muntah time journey, tapi untuk kalini saya muntah! huaaa tapi bukanla muntah dalam kete, muntah time dah sampai waterfalls tu kat toilet. Oh yeah, saya bangga saya dapat tahan lame cmtu (clap2! haha)

Then sampai dekat-dekat kol 12, kitaorg tak tau jalan nak turun bawah, so kitaorg pun amikla tour guide. Bayar kat die rs300.. Dia ni memang baikla haha sebab bertanggungjawab btol..

saat pertama kitaorg kat jogfalls

p/s: sebelum turun adilah nye kepala kene berak ngan burung hahahahaha

Ni gambar jogfalls from atas




pastu ble dh dapat tour guide, kitaorg pun turunla bawah.. half of it ikut tangga, half lagi panjat2 batu turun, seriously bahaya gila sebab saya rase kalau miss step boleh mati huhu.. according to adilah, ade 500 tangga, yang lain tu kitaorg panjat2 batu je






kitaorg kene turun ikut batu-batu ni.. gerun tak?


haha berenti jap amik gambar.. cuak cmne pun posing still posing.. :)






ni gambar jogfalls yang saya amik time kat tangga.. (tengah2 perjalanan)


okay, akhirnya sampai gak.. haha sampai-sampai tu kitaorg cari port nak berkelah tapi cm sumenye batu n cm takde yang best, so bantai je duduk mane-mane.. hehe pas kitaorg lunch, ramai yang turun mandia.. saya setakat turun basahkan kaki jela.. malas btol nak mandi.. tapi air dia serius sejuk gle.. ahhaha.. k ni gambar-gambar jogfalls yang saya amik time kat bawah













tudung biru tu kepala sape? haha





muka-muka bahagia ble dh sampai bawah







aksi bergaya amik gambar.. fuh!!








sebelum mandi, makan2 dulu.. kat situ banyak gle monyet, kitaorg makan, diorg datang.. haih









monyet-monyet ni tunggu masa je nak attack

kitaorg stay situ sampai kol 4 cmtu, then kitaorg gerak balik.. haha sebab nak hiking n balik lagi takut sampai malam.. neway memang sampai malam pun kol 9.45.. k ni gambar terakhir :)


gambar ni saya amik dari tenet.. jogfalls during monsoon.. huhu sedihnya kitaorg tak datang time cmni.. takde rezeki i guess :(


k itu je.. babai jogfalls!! haha

Friday, December 26, 2008

Kekurangan berat badan


Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?
  • Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) mengikut umur (BMI -untuk-umur) anda berada di bawah garis 5 persentil ("BMI-for-age is <5th>
  • Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.
  • Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia") atau masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid).

Bagaimana hendak menaikkan berat badan?

Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memastikan bahawa anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan. Jika anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan, berat badan boleh dinaikkan dengan :

  • Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori.
  • Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
    • Cuba makan enam kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam ("supper").
    • Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat.
  • Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi.
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang. Sila rujuk Panduan Pemakanan Sihat.
  • Selalu bersenam. Senaman boleh meningkatkan selera anda.
  • Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.
  • Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik jika anda ingin mengambil diet tinggi protein atau makanan tambahan ("supplements") untuk meningkatkan berat badan anda.

Contoh menu untuk menaikkan berat badan
Sila rujuk jadual di bawah :


Contoh menu untuk menaikkan berat badan : (1600 kilokalori)

Sarapansarapan
½ cawan Cornflakes + buah yang dipotong
½ cawan Susu lemak rendah
1 keping Roti mil penuh ("wholemeal")
1 sudu kecil marjerin
1 sudu kecil jem
1 cawan Kopi / Teh dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula


Minum Pagi
1 biji kuih cucur badak
1 cawan Koko dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula

minum pagi

Makan Tengahari
1 cawan Nasi Putih
½ cawan Kailan (menumis reneh - "braised")
¼ cawan kerabu taugeh
1 senduk Kari ayam + tomato
1 potong nenas
Air Kosong
makan tengahari

minum petang

Minum Petang
1 biji kuih keria
1 cawan Kopi / Teh dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula


Makan Malam
1 cawan Nasi Putih
1 mangkuk Sup bayam
½ keping tauhu
1 keping saiz sederhana Terung bakar dengan sambal
1 keping Ikan kembong masak Asam pedas
Air Kosong

Minum Malam
1 cawan susu lemak rendah


sumber: kementerian kesihatan

Buah turunkan berat badan

Assalamualaikum.. ramai sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Sumber: Berita Harian


apple

Thursday, December 25, 2008

Kebahagiaan


assalamualaikum, dalam kita mencari kebahagian, adakah kita tahu sebenarnya kebahagian terbahagi kepada dua? iaitu kebahagian 'luar' dan 'dalam'

Kebahagiaan 'luar'

Kebahagiaan pertama ialah makan, kerana sekiranya kita lapar dan kita makan, nescaya kita akan kenyang. Tapi hendaklah makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang, kerana if kita makan sampai terlebih kenyang, kebahagiaan yang dikecapi kerana nikmat makan itu tiada lagi. Nape? Sebab ble terlebih makan, kita selalu kekenyangan sampai kadang-kadang terlentang atas katil tak larat bangun, mata pula menjadi berat, badan menjadi letih dan pemalas.

Kebahagiaan kedua ialah minum, kerana selepas makan kita perlukan minuman. Bahkan kita tak boleh hidup lama tanpa air. Pernah diceritakan oleh Ustaz Ismail Kamus mengenai seorang pemerintah Baghdad.

Beliau ditanya oleh seorang pemuda, " Bagaimana sekiranya negara ini kering tanpa air, tapi aku mempunyai segelas air, dan aku mahu jual segelas air ini kepada tuanku dengan syarat air ini ditukarkan dengan separuh negara ini? Mahukah tuanku membeli air ini?"

Pemerintah itu pun menjawab," Ya beta sanggup"

Bayangkanlah sahabat-sahabat, ketika dalam keadaan krisis macamtu, nilai sebuah negara tak tertanding dengan nilai segelas air. Renungkanlah, selama ini kita dikurniakan dengan nikmat kemudahan untuk mendapat air. Kadang-kadang bosan minum air masak, kita minum pula air oren, air kelapa dan sebagainya, Tapi pernahkah kita bersyukur selama ini?

Kebahagiaan yang terakhir adalah kebahagiaan pernafasan, iaitu kita bernafas di muka bumi ini. Sedangkan, if kita tak bernafas selama sejam tanpa alat bantuan pernafasan sudah tentu kita akan mati. Hidung pula dijadikan dengan struktur yang ke bawah, pernahkan kita terfikir kebaikannya dicipta begitu? Haha salah satu sebab yang saya dengar dari penceramah ialah apabila ketika hujan, hidung yang dicipta ke bawah sudah tentu tidak akan menakung air hujan. Bayangkan sekiranya hidung kita menghala ke atas? Haha

Kebahagian 'dalam'


Kebahagiaan yang pertama ialah makan, iaitu makan rohani. Makanan rohani ini adalah dengan menuntut ilmu, contohnya ialah mendengar ceramah, kuliah agama.

Kebahagiaan yang kedua ialah minum, iaitu minuman rohani yang bermaksud mengamalkan segala ilmu yang kita tahu

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Aisyah r.a., Nabi saw bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit"

Kebahagiaan yang ketiga ialah pernafasan.

  • Merenung kepada ciptaan Allah swt menambahkan tauhid kita
  • Merenung kepada nikmat pemberiaan Allah swt menambahkan rasa syukur di hati
  • Merenung kepada sikap lalai kita selama ini menambahkan rasa malu kita kepada Allah swt
  • Merenung kepada seksaan Allah swt menyebabkan kita takut untuk melakukan dosa
  • Merenung kepada balasan syurga Allah swt menyebabkan kita semakin kuat untuk beribadat



sunset

Pet popularity

Around 63% of all US household (71.1millions) are pet owners, and more than half of these households have more than one animal. The two most popular pets in most Western countries have been cats and dogs. In US, a 2007-2008 survey shows that dog-owning household outnumbers those owning cats, but that the number of pet cats is higher than dogs. Combined reptiles are the next popular followed by birds, followed by horses.

According to a 2007-2008 pet owners survey:
(Number of US households that own a pet [millions])
  • Birds [6.4]
  • Cats [38.4]
  • Dogs [44.8]
  • Equine [4.3]
  • Freshwater fish [14.2]
  • Saltwater fish [8]
  • Reptiles [4.8]
  • Small animal [6.0]
Total number of pets owned in US (millions)

  • Birds [16]
  • Cats [88.3]
  • Dog [74.8]
  • Equine [13.8]
  • Freshwater fish [142]
  • Saltwater fish [9.6]
  • Reptiles [13.4]
  • Small animal [24.3]

sumber: wikipedia.com