Thursday, December 25, 2008

Kebahagiaan


assalamualaikum, dalam kita mencari kebahagian, adakah kita tahu sebenarnya kebahagian terbahagi kepada dua? iaitu kebahagian 'luar' dan 'dalam'

Kebahagiaan 'luar'

Kebahagiaan pertama ialah makan, kerana sekiranya kita lapar dan kita makan, nescaya kita akan kenyang. Tapi hendaklah makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang, kerana if kita makan sampai terlebih kenyang, kebahagiaan yang dikecapi kerana nikmat makan itu tiada lagi. Nape? Sebab ble terlebih makan, kita selalu kekenyangan sampai kadang-kadang terlentang atas katil tak larat bangun, mata pula menjadi berat, badan menjadi letih dan pemalas.

Kebahagiaan kedua ialah minum, kerana selepas makan kita perlukan minuman. Bahkan kita tak boleh hidup lama tanpa air. Pernah diceritakan oleh Ustaz Ismail Kamus mengenai seorang pemerintah Baghdad.

Beliau ditanya oleh seorang pemuda, " Bagaimana sekiranya negara ini kering tanpa air, tapi aku mempunyai segelas air, dan aku mahu jual segelas air ini kepada tuanku dengan syarat air ini ditukarkan dengan separuh negara ini? Mahukah tuanku membeli air ini?"

Pemerintah itu pun menjawab," Ya beta sanggup"

Bayangkanlah sahabat-sahabat, ketika dalam keadaan krisis macamtu, nilai sebuah negara tak tertanding dengan nilai segelas air. Renungkanlah, selama ini kita dikurniakan dengan nikmat kemudahan untuk mendapat air. Kadang-kadang bosan minum air masak, kita minum pula air oren, air kelapa dan sebagainya, Tapi pernahkah kita bersyukur selama ini?

Kebahagiaan yang terakhir adalah kebahagiaan pernafasan, iaitu kita bernafas di muka bumi ini. Sedangkan, if kita tak bernafas selama sejam tanpa alat bantuan pernafasan sudah tentu kita akan mati. Hidung pula dijadikan dengan struktur yang ke bawah, pernahkan kita terfikir kebaikannya dicipta begitu? Haha salah satu sebab yang saya dengar dari penceramah ialah apabila ketika hujan, hidung yang dicipta ke bawah sudah tentu tidak akan menakung air hujan. Bayangkan sekiranya hidung kita menghala ke atas? Haha

Kebahagian 'dalam'


Kebahagiaan yang pertama ialah makan, iaitu makan rohani. Makanan rohani ini adalah dengan menuntut ilmu, contohnya ialah mendengar ceramah, kuliah agama.

Kebahagiaan yang kedua ialah minum, iaitu minuman rohani yang bermaksud mengamalkan segala ilmu yang kita tahu

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Aisyah r.a., Nabi saw bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit"

Kebahagiaan yang ketiga ialah pernafasan.

  • Merenung kepada ciptaan Allah swt menambahkan tauhid kita
  • Merenung kepada nikmat pemberiaan Allah swt menambahkan rasa syukur di hati
  • Merenung kepada sikap lalai kita selama ini menambahkan rasa malu kita kepada Allah swt
  • Merenung kepada seksaan Allah swt menyebabkan kita takut untuk melakukan dosa
  • Merenung kepada balasan syurga Allah swt menyebabkan kita semakin kuat untuk beribadat



sunset

No comments:

Post a Comment