Monday, December 08, 2008

Solat Wusto



asalamualaikum.. sekadar sembang2 petang.. saya ingin berkongsi ngan korg sume.. mengenai solat sunat wusto..

dalam surah al-baqarah (2:238)

maksudnya: "Periharalah semua solat(mu), dan peliharalah solat wusto. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk"

saya merujuk kepada sebuah buku yg ditulis oleh Tok Guru Nik Aziz, ketika beliau menceritakan mengenai Perang Khandak, Rasulullah SAW mengqhada' kan solat wusto (solat asar) ke dalam solat maghrib kerana tidak berkesempatan menunaikan solat asar pada waktunya kerana sibuk mempertahankan kubu dari pihak lawan..

merujuk kepada ayat solat wusto.. Solat wusto itu adalah solat asar, sesuai dengan apa yang telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam banyak riwayat.

Dalil:
1- Dari Ibnu Mas'ud, dia berkata, "Rasulullah s.a.w berkata : "Solat wusta itu adalah solat Asar." (HR Tirmidzi dan beliau menjelaskan bahawa hadith ini adalah Hassan Sahih)

2-Dari Saidina Ali, dia berkata, "Kami berpendapat solat wusta itu adalah solat subuh, lalau Rasulullah berkata: "Ia itu adlaah solat Asar, iaitu solat wusta." (HR Imam Ahmad dalam Musnadnya.)


Imam Bukhari, Ahmad, dan Daud menyetujui bahawa solat wusta adlah solat Asar melalui penelitian mereka terhadap semua hadith-hadith Nabi s.a.w.

Satu cetusan:
- saya sering mennayakan soalan ini..di antara orang yang meningati Allah dan juga orang yang "senentiasa meningati Allah" yang manakah dijaminn syurganya..?


Sudah tentu orang2 yang "senentiasa meningati Allah" dijam
in syurganya.

Sekiranya kita mati di dalam keadaan solat, sudah tentu kita mati dalam meningati Allah ketika itu. Tetapi sekiranya kita mati di saat kita berlari, bercinta, membuang hajat, berbual dengan kawan dan sebagainya, adakah kita mati di dalam keadaan "meningati Allah" ketika itu..?"


Allah sering meningatkan kita agar sentiasa meningatiNya. Adakah kita meningati Allah ketika kita berbual, mendengar muzik, berlari, membaca buku dan sebagainya..? Dan apa akan terjadi kiranya kita mati di saat itu..?

Minta maaf kiranya apa yang saya katakan memeningkan kepala. Sekadar mahu berkongsi pendapat sahaja. Saya tidak mengatakan apa yang saya katakan adalah benar dan saya juga tidak mengatakan apa yang saya katakan adalah salah. Sekadar renungan bersama dan muhasabah diri.

Adakah kita hanya meningati Allah ketika kita solat sahaja dan tatkala selesai solat kita tidak meningatiNya..? Sedangkan Allah senetiasa meningati kita setiap saat atau setiap nafas yang kita hembuskan. Di manakah adilnya kita dengan Allah..? Sedangkan Allah Maha adil dengan kita.

Inilah huraian yang dibuat oelah para ahli yang menjalankan jalan tasauf tentang solat wustha yang mana pada pendapat mereka semua solat 5 waktu perlu dijaga dan tiada keutamaan pada solat2 tersebut kerana mereka melakukan solat bukan kerana pertukaran amal, bukan kerana p
ahala, bukan kerana syurga dan bukan kerana kebaikkan. tetapi mereka solat kerana mencari keredhaan dan juga meningati kekasih(Allah).

Wallahu A'lam.

1 comment:

  1. Anonymous4:41 PM

    google pasal solat ni, eh termasuk sini huhu

    ReplyDelete