Tuesday, December 23, 2008
Marah
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Tiada marah seorang itu melainkan hampir dia kepada api neraka"
Assalamualaikum, petang ni saya juz nak kupas sket pasal marah.. Marah seperti mana yang kita sume tau, merupakan antara sifat yang dicela oleh syara'. Kenapa? kerana marah itu datangnya sebenarnya daripada syaitan yang membisikkan kepada kita ayat-ayat yang membuatkan kita menjadi marah kepada seseorang atau sesuatu. Sebagaimana sabda nabi muhammad saw,
" Marah itu daripada syaitan dan bahawasanya padam api itu dengan air"
Nabi saw sendiri bersabda bahawasanya sekiranya kita marah, hendaklah kita berwudhu'. Sekiranya masih belum hilang marah itu, hendaklah kita duduk, sekiranya masih belum hilang, hendaklah kita baring.
Sabda Nabi Muhammad saw:
"Bermula marah itu membinasakan akan iman seperti binasakan burung petrawali akan air madu"
Dalam satu ceramah yang disampaikan oleh ustaz ismail kamus, beliau ada menceritakan mengenai sebuah kisah yang mengenai nabi muhammad saw yang ketika itu sedang berehat-rehat di bawah pokok, tiba-tiba datang seorang pemuda memegang pedang kepada baginda rasulullah saw, lalu berkata
"Kalau aku bunuh engkau sekarang siapa nak tegah aku?"
lalu baginda menjawab ," Allah"
apabila baginda sebut sahaja nama Allah, pedang itu terus jatuh ke tanah. Rasulullah saw kemudiannya mengangkat pedang itu, lalu bertanya
"Kalau aku bunuh engkau sekarang siapa nak tegah aku?"
pemuda itu pun menjawab ," Siapa pun tidak"
lalu baginda pun memaafkan pemuda itu.
Dalam sebuah buku yang pernah saya baca yang ditulis oleh Tok Guru Nik Aziz mengenai perang khandak. Beliau menceritakan bahawa ketika perang itu, ketika Saidina Ali hendak membunuh musuhnya, tiba-tiba mukanya diludah oleh musuhnya itu. Ini menimbulkan rasa hairan di hati musuh yang hendak dibunuhnya, padahal ketika itu Saidina Ali telah menghayunkan pedangnya.
Orang itu bertanya," Mengapa engkau membatalkan hasratmu?"
Saidina Ali menjawab," Pada awalnya aku berniat untuk membunuh semata-mata kerana Allah swt, kerana engkau adalah musuh Allah dan Rasul-Nya, tetapi apabila engkau ludah kepadaku, hatiku menjadi terlalu marah, sedangkan Islam tidak membenarkan umatnya melakukan sesuatu kerana dorongan nafsu marah"
Oleh kerana itu, Saidina Ali membatalkan hasratnya untuk membunuh kerana ketika itu muncul pengaruh lain yang bukan lagi ikhlas kerana Allah swt
Jadi, ingatlah setiap kali kita marah, semua perasaan itu didorong oleh bisikan syaitan. Jangan sesekali kita membenarkan syaitan menakluki pemikiran kita. Setiap kali kita marah, segeralah mengambil wudhu', mengaji al-quran, menunaikan solat sunat, mudah-mudahan dengan izin Allah swt hati kita akan menjadi tenang. Sekiranya kita marah kepada sesama manusia pula, sebaik-baiknya kita cuba berfikir positif, semoga dengan ini dapat melawan rasa marah tersebut.
Sabda Nabi Muhammad saw:
"Ahli syurga itu orang yang lembut dan yang orang mudah dan mesra. Ahli neraka itu orang yang kasar dan keras kepada keluarganya"
Firman Allah swt:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan tabahlah dalam sabar itu, dan bertakwalah kepadaKu. Semoga kamu menjadi orang-orang yang berjaya"
Hadis riwayat Ibn Majah:
Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi saw bersabda: "Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah"
Sebagai penutup kata, saya juz nak kongsi satu doa yang diberi oleh Ustaz Ismail Kamus dalam satu ceramahnya untuk orang-orang yang tengah marah
"Ya Allah, hilangkanlah kemarahan hatiku, dan selamatkanlah diriku daripada syaitan yang menyesatkan dan membawa fitnah"
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment