Monday, December 22, 2008

Terbaik dalam yang baik



assalamualaikum... untuk post kalini, saya tertarik dengan suatu isi yang disampaikan oleh professor dato' doktor haron din dalam satu ceramahnya, iaitu beliau menyentuh mengenai perkara asas yang perlu kita tahu sebagai seorang muslim..

1. Perkara pertama yang perlu kita tahu ialah, antara banyak-banyak ungkapan yang diucapkan, apakah ungkapan yang terbaik untuk diucapkan?

Nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya sebaik-baik ungkapan yang merupakan satu ayat yang aku disuruh sebut dan nabi-nabi sebelum aku juga menyebutnya, iaitu ungkapan laillahaillallah"

Laillahaillallah yang bermaksud tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt

2. Dalam banyak-banyak ungkapan ungkapan 2 patah perkataan, apakah ungkapan 2 patah perkataan yang paling baik?

- iaitu alhamdulillah

Nabi saw bersabda:

"Kalau kami ambilkan dunia ini dengan segala isi dunia ini, kamu letakkan di suatu penimbang, kemudian kamu ambilkan pula alhamdulillah, letakkan di suatu penimbang, nescaya timbangan alhamdulillah adalah lebih berat daripada timbangan dunia dengan segala isinya"

3. Dalam banyak-banyak ungkapan satu perkataan, apakah ungkapan satu patah perkataan yang paling baik?

-iaitu Allah

Prof Dato' Dr Haron Din ada menyatakat sekiranya kita tidak mampu menyebut 'Allah" kerana sebab-sebab seperti sakit atau sebagainya, cukuplah dengan menyebut 'Hu'

4. Dalam banyak-banyak tempat di alam ini, apakah tempat yang baik baik?

-iaitu Mekah

5. Dalam banyak-banyak manusia, siapakah manusia yang paling baik?

-sudah semestinya Rasullullah saw

Nabi saw bersabda:

" Orang yang paling bakhil ialah orang yang disebut dihadapannya, didengarinya oleh telinga mereka, mereka tidak menyebut sallallahualaihiwassalam, dan orang bakhil ini menjadi musuh kepada Allah dan aku"

6. Dalam banyak-banyak rumah, apakah sebaik-baik rumah?

-iaitu tidak lain dan tidak bukan masjid iaitu rumah Allah swt. Masjid yang paling baik ialah masjidil haram, kemudiaan masjid al-nabawi (madinah), yang ketiga ialah masjid al-aqsar




masjidil haram






masjid al-aqsar

No comments:

Post a Comment