Wednesday, October 27, 2010

menangislah wahai hati

mata termenung, hati terkunci
sepi tanpa bicara
hati bergolak2 menahan ombak yang melanda
ingin sahaja ombak ini memukul dengan lebih kuat
mendung di hati ini seolah2 mahu dilanda puting beliung
halilintar dan guruh memancar2
awan di langit masih lg menahan kelompok titisan air dari turun menerjah bumi

minda ligat memainkan kata2
menguatkan hati
seraya alunan ayat suci al-quran di perdengarkan
supaya hati kuat dengan ujian sebentar tadi

luahan hati berbisik
namun mungkin tiada siapa yang memahami
air suci wudhu' diambil
lantas sejadah dibentangkan
solat dan doa serta bacaan suci al-quran di alunkan
bisikan, rontaan hati diluahkan
kepada Yang Maha Satu
sesungguhnya... walaupun tiada siapa yang memahami
hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami

hati terus menerus dipujuk
supaya dpt dikuatkan n bangun untuk menerajui liku2 hidup yang bakal timpa kelak
mungkin ujian kali ini sebagai pemacu untuk kejayaan di masa hadapan
semangat mula dibina perlahan2
namun hati masih belum mampu bangun dari kejatuhan
masih merana mengenangkan nasib lalu

semoga Allah menguatkan diriku untuk menempuhi ujian diturunkan..

-luahan hati 27/10/2010 5.51 pm

kisah hidup pelajar medik part 1

assalamualaikum...



harini sedang saya tgh mengambil case patient tiba2 dpt sms examination tgh jalan... terkejut dia cuma Allah yang tau.. tiba2 ada exam? now? n started already? and I havent prepared anything?

terus saya berlari ke tempat exam n sangat2 terkejut.. exam dh start 15 min dh pun.. patient yg ditugaskan kepada saya ada gestational hypertension ataupun tekanan drh yg tinggi hanya time mengandung..

saya cuba tenangkan diri.. tambah2 patient tu adalah ustazah.. saya ceritakan kepada dia, saya medical student n saya kene amik maklumat kat kakak sebab arini saya exam.. n makcik tu cuba tenangkan saya.. dia ckp boleh dik, jangan takut.. Allah ada

dengan tenang saya mengambil n alhamdulillah everything went well.. tp masalahnya time berhadapan dengan cikgu, bukan case mak cik tu yg cikgu mahukan tetapi theory mengenai penyakit tu yang cikgu mahukan..

astagfirullahal 'azim.. cuma Allah yang tahu.. betapa saya rasa nak nangis, hati dikoyak2.. macm mana nak jawab? saya tak pernah baca topic tu pun! ada juga soalan yang saya boleh jawab tp majoriti saya tak leh jawab..

cikgu ckp u have to read, hypertension in pregnancy is very2 common here.. ada kawan2 saya bila cikgu tanya nape tak tau ni? senang je jawab cikgu2 kat india tak pernah ajar..

saya bila dgr sangat2 geram... cikgu tak pernah ajar? ye la memangla cikgu tak pernah ajar tp cikgu ada sebut topic2 tu penting n kene tau.. takkanla semua nak kene ajar? memang tanggungjawab cikgu untuk mengajar tp mana tanggungjawab kita sebagai studnet nak blaja? kene la blaja sendiri mana2 yg penting n tak di ajar tu.. janganla asyik2 nak salahkan cikgu kat india..

aritu ada cikgu obg n anat saya kat india ckp.. dia sedih.. kenapa student kalau balik mesia n tak leh jawab cikgu tanya, mesti ckp "cikgu manipal tak ajar".. dia ckp kenapa mesti nak salahkan diorg kalau apa yang kitaorg ajar korg tak ingat? nape tanak ngaku je korg tak ingat?

betul cikgu saya tu ckp.. saya kesiankan diorg.. saya pun bila tak leh jawab soalan2 td... saya tak salahkan cikgu.. memang benar cikgu tak pernah ajar topic2 ni tp dia pernah mention... topic tu penting n kene tau sebb memang akan jumpa patient macam ni...

saya rasa sdih n geram kat diri sendiri.. kenapa saya tak baca? masa banyak tp selalu di abiskan kat benda tak berfaedah.. insyaAllah mulai arini saya berazam untuk melipatgandakan usaha.. saya tak kisah kalau saya dh usaha n masih belum mencapai tahap kerana tawakal itu juga penting.. tp saya geram sebab masa banyak n saya selalu buang macam tu je..

mungkin apa yang jadi harini untuk menyedarkan saya dari terus lena di buai mimpi... ingin sahaja ari mata ni berderai keluar tp biarlah buat masa ni nangis di hati dulu.. akan saya tunjukkan pada masa depan, saya mampu menjadi doctor yg hebat, menaikkan nama Islam n Melayu.. insyaAllah..