mata termenung, hati terkunci
sepi tanpa bicara
hati bergolak2 menahan ombak yang melanda
ingin sahaja ombak ini memukul dengan lebih kuat
mendung di hati ini seolah2 mahu dilanda puting beliung
halilintar dan guruh memancar2
awan di langit masih lg menahan kelompok titisan air dari turun menerjah bumi
minda ligat memainkan kata2
menguatkan hati
seraya alunan ayat suci al-quran di perdengarkan
supaya hati kuat dengan ujian sebentar tadi
luahan hati berbisik
namun mungkin tiada siapa yang memahami
air suci wudhu' diambil
lantas sejadah dibentangkan
solat dan doa serta bacaan suci al-quran di alunkan
bisikan, rontaan hati diluahkan
kepada Yang Maha Satu
sesungguhnya... walaupun tiada siapa yang memahami
hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami
hati terus menerus dipujuk
supaya dpt dikuatkan n bangun untuk menerajui liku2 hidup yang bakal timpa kelak
mungkin ujian kali ini sebagai pemacu untuk kejayaan di masa hadapan
semangat mula dibina perlahan2
namun hati masih belum mampu bangun dari kejatuhan
masih merana mengenangkan nasib lalu
semoga Allah menguatkan diriku untuk menempuhi ujian diturunkan..
-luahan hati 27/10/2010 5.51 pm
No comments:
Post a Comment