Sunday, May 24, 2009

UNIC-Remaja




assalamualaikum.. hehe saya tengah bosan asyik study je ni.. lepak jap.. hehe nak kongsi satu lagu nasyid yang maybe sume orang dh tau, tapi saya sangat suka, rentak die best, isi die pun bagus..


UNIC-REMAJA



Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

C/O :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

(Ingatlah remaja semua)

sumber:hijjaz.com

lagu ni ade gak saya letak kat imeem player saya, tp if malas nak cari, klik je play kat bawah ni.. hehe enjoy!



Friday, May 22, 2009

Salam Imtihan!



assalamualaikum... untuk post kalini, saya tujukan untuk semua sahabat-sahabat yang mengambil exam especially kepada rakan seuniversity saya (batch 21 and 22) gudluck!!!! hehe


Firdaus-Menuju wawasan:



Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat kepada perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan akhirat

Wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya umat Islam cemerlang seluruh dunia
Umat Islam sentiasa boleh

Wawasan diri penuhi dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
Ulama' warisan anbiya' pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib dihindari
Umat Islam sentiasa boleh..
Umat Islam sentiasa boleh..


Ya Allah Ya Tuhanku

kurniakanlah kepadaku

fahaman para Nabi

hafazan para Rasul

dan ilham para malaikat yang dekat denganMu

ameen..


Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 159:

"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal"


Riwayat Ibn Hibban:


Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah saw bersabda: "Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau menjadikannya mudah. Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki ia mudah"


Bittaufiq wan najah!! hehe




Saturday, May 16, 2009

renungan hati



Sebahagian org seperti ikan yang buta

Dia ingat dia berada dlm gelas yg kecil,
padahal dia berada di lautan.

Kita diciptakan di alam keimanan yg begitu luas,
namun acap kali kita menyempitkan jiwa kita dgn segunung-gunung kebencian, ketakutan, permusuhan dan kesedihan

Jika ada org yg menyakiti kita maka ingatlah akan qadha ALLAH,
keutamaan memberi ampunan,
pahala menjalaninya dgn tabah,
ganjaran bersabar,
ingat bahawa dia bertindak sebagai pihak yang menzalimi dan kita bertindak sebagai pihak yang dizalimi.
Dengan itu kita akan menjadi orang yang paling merasa bahagia....

Di saat-saat resah,
al-Quranlah yang paling mujarab,
kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta.
Allahlah kekasih yang paling memahami.
Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta.

Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya.
Betapa agungnya cinta Allah.
Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang
Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..
maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..
keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan

Surah Ar'Radhu ayat 28:

"Ingatlah wahai orang-orang yang beriman, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

Riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abdullah bin Abbas, sesungguhnya Nabi saw berkata ketika menghadapi kesusahan: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Agung dan Maha Penyabar. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan 'Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi serta 'Arasy yang mulia"


ketika diuji dengan ujian kesakitan..



bismilahhirahmanirrahim...


dengan segala puji-puji kepada Allah swt yang mencipta sekelian alam..

minggu ni, ntah kenapa saya sakit btol dada, kadang2 sesak nafas.. ble jumpe doktor, saya tak brape faham apa yang tak kene ngan badan saya ni.. saya pun tak amik kisah, mintak die ulang balik.. hehe..

tapi ble saya sakit ni, setiap kali bangun dari tidur, rase bersyukur kerana Allah swt masih lagi memberikan saya peluang untuk hidup di muka bumi ini, mencari keredhaanNya, beribadat sebagai hambaNya sebagai bahan untuk dibawa ke alam akhirat nanti.. InsyaAllah..

saya bersyukur kerana walaupun kadang2 susah nak buat keje, tp alhamdulillah, sakit yang diuji ini menunjukkan Allah swt masih lagi mengingati saya..

Hadis riwayat al-Bukhari:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya"

Hadis ini bermaksud,Allah swt menguji orang tertentu dengan pelbagai musibah untuk memberikan ganjaran kepadanya. Sekadar peringatan buat sahabat-sahabat dan diri sendiri, ble sakit atau ditimpa musibah, janganlah kita mengeluh, tapi hendaklah kita bersyukur kerana Allah masih lagi mengingati kita, hambaNya.. alhamdulillah

Selain tu, ada lagi satu hadis yang saya nak kongsi, hadis dari riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., dan Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tidak menimpa seseorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya"

So, ble kite sakit, time ni banyak-banyak kanlah selawat, zikir, mengingatiNya, sesungguhnya setiap penyakit itu pasti ada ubatnya, seperti yang tercatat dalam hadis riwayat al-Bukhari:

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: "Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuh untuknya"

Doa melegakan kesakitan : Hadis riwayat Muslim

Daripada Uthman bin Abu al-Ass r.a., ia mengadu kepada Rasulullah saw akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah saw bersabda kepadanya: "Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit, dan katakanlah: 'Dengan nama Allah', sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: 'Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaanyaNya daripada keburukan yang aku dapati dan aku berwaspada"

Muhasabahlah diri sementara kita masih diberi peluang untuk bertaubat, diberi peluang untuk terus mengejar peluang mencari pahala, mencari keredhaanNya, bekalan untuk dibawa di alam akhirat nanti, ketika masa lapang, apakah yang kita lakukakan, apakah kita lebih banyak melakukan dosa daripada mencari pahala, fikir-fikir kanlah sementara masih ada...

Ingatlah firman Allah dalam surah al-'asr(103) ayat 1-3 yang bermaksud:


وَالْعَصْرِ : Demi masa!

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ : Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian


إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ : Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.






Saturday, May 09, 2009

mohon petunjuk dari Ilahi..



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu

dengan ilmuMu
dan aku memohon ketentuan daripadaMu
dengan kekuasaanMu
dan aku memohon daripadaMu
akan limpah kurniaanMu yang besar.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa
sedangkan aku tidak berkuasa
dan Engkau Maha Mengetahui
sedangkan aku tidak mengetahui
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.

Ya Allah,
seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku,
kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya
dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

amin...



menuntut ilmu

Bismillahhirrahmanirrahim...

sudah lame rasenye tak buat entry baru.. hehe sejak masuk second year medik ni, memang bz btol ngan study.. itu pun rasanya saya masih terkejar2 dengan apa yg diajar lecturer.. nak ikutkan, kadang2 rase cm nak give up course ni, penat sungguh rasanya.. tp bila difikarkan harapan mak ayah, dan pahala yang banyak yg boleh diperolehi ngan keje tu nanti, saya kuatkan gak semangat untuk terus belajar...

Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la:

Ertinya: Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah saw: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim"


antara buku-buku second year medik

kat sini saya nak kongsi antara akhlak penuntut ilmu yang saya jumpe dalam sebuah artikel..

Akhlak penuntut ilmu:

-Merasakan tanggungjawab ilmu:

Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah diperbuat dengannya.' -Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sahih

-Menjaga amanah ilmiah:

Sabda Rasulullah SAW : 'Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat.' - Riwayat Attabarani

Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut:-

i)Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya.
ii)Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan"tidak tahu" jika dia tidak mengetahuinya.

-Tawadduk

tawadduk dalam menuntut ilmu kerana ilmu adalah ibarat lautan, semakin banyak yang kite pelajari, masih banyak lagi sebenarnya yang belum kite pelajari..

Firman Allah swt dalam surah al-Isra' ayat 85:

"...Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja."

-Beramal dengan apa yang dipelajari:

Firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 44:

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"


-Sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu:

Firman Allah dalam surah ali-imran ayat 187:

"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit,amatlah buruk tukaran yang mereka terima."