Saturday, May 16, 2009

renungan hati



Sebahagian org seperti ikan yang buta

Dia ingat dia berada dlm gelas yg kecil,
padahal dia berada di lautan.

Kita diciptakan di alam keimanan yg begitu luas,
namun acap kali kita menyempitkan jiwa kita dgn segunung-gunung kebencian, ketakutan, permusuhan dan kesedihan

Jika ada org yg menyakiti kita maka ingatlah akan qadha ALLAH,
keutamaan memberi ampunan,
pahala menjalaninya dgn tabah,
ganjaran bersabar,
ingat bahawa dia bertindak sebagai pihak yang menzalimi dan kita bertindak sebagai pihak yang dizalimi.
Dengan itu kita akan menjadi orang yang paling merasa bahagia....

Di saat-saat resah,
al-Quranlah yang paling mujarab,
kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta.
Allahlah kekasih yang paling memahami.
Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta.

Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya.
Betapa agungnya cinta Allah.
Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang
Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..
maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..
keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan

Surah Ar'Radhu ayat 28:

"Ingatlah wahai orang-orang yang beriman, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

Riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abdullah bin Abbas, sesungguhnya Nabi saw berkata ketika menghadapi kesusahan: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Agung dan Maha Penyabar. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan 'Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi serta 'Arasy yang mulia"


2 comments:

  1. alquran : warkah cinta dari pencipta. aduh betapa kerdilnya dr amin kerana tidak pernah terlintas untuk membuka dan menyelah ayat ayat cinta dariNya.

    ReplyDelete
  2. hehe masih ade peluang and masa amin.. insyaAllah.. :)

    ReplyDelete