Sunday, October 16, 2011

samsung galaxy ace





assalamualaikum..


sudah lame tak post entry kat blog.... kalini saya juz nak post pasal hp baru yang saya beli menggantikan n95 yang sudah 4 tahun berjasa kepada saya, tapi dah rosak.. tak larat dah nak repair pasal dh 4 kali repair, duit pun dh abis dkt 800.. kalini rosak lagi, saya pun ambil keputusan untuk beli yang baru

henset yang kalini saya beli nak ikutkan lebih murah berbanding n95 yang saya beli dulu.. tp cukuplah dengan features yang dia ada, cukup dengan apa yang saya nak guna..

memperkenalkan...


SAMSUNG GALAXY ACE







SPECS:


Specs

Platform

  • Mobile PhonePlatformBandGSM&EDGE Band850/900/1800/1900 MHz Band
  • Mobile PhonePlatformBand3G Band900/2100 MHz Band
  • HSDPA 7.2
  • Android 2.2 OS
  • Internet Browser (Android Browser)

Display

  • TFT
  • 3.5" Display Size(Internal)

Camera

  • 5 Mega Pixel Camera
  • Flash(LED)
  • Auto Focus
  • Single/Smile/Continous/Panorama Shot Modes
  • Normal/Negative/Black&White/Sepia Photo Effects
  • White Balance: Auto/Daylight/Incandescent/Fluorescent/Cloudy

Fun & Entertainment

  • E MBedded Wallpaper Supported
  • FM Radio Supported
  • FM Radio RDS Supported

Connectivity

  • Bluetooth 2.1
  • High Speed USB 2.0
  • USB Mass Storage available
  • Internet Browser Supported
  • SyncML (DM) available
  • WIFI 802.11 b/g/n
  • GPS available
  • PC Sync(Kies) Supported

Call functions

  • Speakerphone available
  • Caller ID Supported
  • Call Time Supported
  • Multiparty Call Supported
  • Dialled/Missed/Received Calls supported

Design

  • Full Touch Bar Device

Battery

  • 1350 mAh Standard Capacity
  • Up to 620 Hours (2G), Up to 420 Hours (3G) Standard Battery

Video

  • Android Video Player
  • 320 x 240 Video Recording Supported
  • Video messaging available
  • Video strea ming available

Business & Office

  • Offline (airplane) Mode
  • Voice memo & voice support available

Memory

  • 158 MB + microSD User Memory
  • Depend on user memory(SMS Memory)
  • Depend on user Memory(Phone Book Entries)
  • Expandable Memory (MicroSD up to 32 GB)

Further Informations

  • Touch Screen available

Size

  • 113g Handset Weight
  • 112.4 x 59.9 x 11.5mm Handset Size

User Interface

  • User Interface Full touch

Music & Sound

  • Polyphonic ringtones available
  • MP3 Ringtones available

Messaging

  • SMS available
  • MMS Supported
  • Email Supported
  • Instant Messaging Supported

Personal Information Management

  • Calender available
  • Scheduler Supported
  • Clock Supported
  • Alarm Supported
  • Calculator Supported
  • Memo Book Supported

baru je beli semalam.. ohoho so tak boleh nak komen ape2 sangat ...


Sunday, August 14, 2011

bangun2 sahur!


assalamualaikum..

saya kongsikan artikel dari prof omar yaakob..


Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi (saw):

“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:

“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tin ggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan men gucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur”.(Hadis Riwayat Ahmad)

Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):

“Para saha bat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-o rang yang paling bersegera berbukanya dan paling lambat bersahurnya” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama, ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat. Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan.

Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a. Ambillah peluang bangunnya kita pada waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.

Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:

“ Bahawa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi pada waktu hari telah mulai terang.” ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi (saw):

“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi, melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya



video

Tuesday, July 26, 2011

depressed


dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang..


ya Allah.. berilah kekuatan untuk ku menghadapi semua ini.. seandainya ini adalah yang terbaik untukku permudahkanlah jalan ku ya Allah..

ya Allah... seandainya ini adalah yang terbaik untukku, berilah ketabahan kepadaku untuk menghadapinya..

ya Allah.. hanya Mu tahu betapa aku terasa nak buat sesuatu yang aku suka, tp manusia hanya merancang, sebaik2 perancang adalah Mu ya Allah..

ya Allah.. aku mendoakan untukMu memberi kekuatan, permudahkanlah ya Allah..

niatku ikhlas, permudahkanlah ya Allah...

amin..

Sunday, July 10, 2011

marilah menjadi dermawan seperti rasulullah saw





menurut uthman bin affan, semasa beliau sampai di rumah rasulullah saw, beliau melihat rasulullah saw sedang menjahit pakaiannnya. Pakaian itu sudah usang dan koyak di sana sini. Inilah satu-satunya pakaian yang dimiliki beliau bagi menutup auratnya semasa musim sejuk ataupun panas. Bukan beliau tidak mampu memiliki pakaian mewah seperti yang dipakai oleh Maharaja Rom dan Parsi, tetapi beliau ingin menjadi contoh tauladan kepada umatnya.

"Kemudian rasulullah saw bercadang hendak pergi ke pasar membeli barang keperluan untuk keluarganya. Beliau membawa wang sebanyak lapan dirham kerana itu sahaja wang miliknya yang ada. Sedangkan sekiranya beliau mahu, Allah boleh jadikan pasir dan gunung itu menjadi emas" kata Uthman bin affan

Menurut Uthman bin Affan lagi, dalam perjlanaan ke pasar, Nabi Muhammad saw bertemu seorang wanita yang sedang menangis kerana kehilangan wangnya. Lalu beliau memujuk wanita itu dengan memberinya dua dirham.

Apabila sampai di pasar, Nabi Muhammad saw membeli pakaian yang berharga empat dirham. Semasa dalam perjalanan pulang, beliau bertemu dengan seorang wanita lalu meminta pakaian itu dari Rasulullah saw. Beliau memberikan pakaian yang baru dibelinya itu. Kemudian beliau pergi semual ke pasar membeli sehelai pakaian yang lebih murah, berharga dua dirham

"Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Rasulullah saw bertemu dengan seorang hamba perempuan yang menangis. Menurut hamba perempuan itu, dia takut pulang ke rumah kerana bimbang dimarahi oleh tuannya. Maka Rasulullah saw menawarkan diri bagi menghantar perempuan hamba itu pulang ke rumah majikannya" cerita Uthman bin Affan

"Apa yang berlaku selepas itu?" tanya umar al-khattab

"Hamba perempuan itu kepunyaan keluarga kaum ansar. Rasulullah saw sanggup menghantar hamba perempuan itu hingga sampai ke perkampungan orang ansar" jawab Uthman bin Affan

Menurutnya lagi, semasa itu keluarga itu sedang berbual-bual. Melihat kedatangan Rasulullah saw merasa berasa terlalu gembira. Apabila Rasulullah saw memberi salam, mereka tidak menjawab. Selepas tiga kali beliau memberi salam baru mereka menjawab. Apabila ditanya mengapa mereka berbuat begitu, mereka menjawab ingin mendengar Rasulullah saw mengucapkan banyak kali salam pada mereka.

"Diringkaskan cerita, hamba perempuan itu dimerdekakan oleh tuannya" kata Uthman Affan menamatkan ceritanya.

"Hanya dengan wang lapan dirham, Rasulullah saw dapat membantu mereka yang dalam kesusahan, memberi pakaian kepada orang miskin dan dapat memerdekakan seorang hamba" kata Abu Bakar as-siddiq pula



sumber: buku khalifah-khalifah yang benar



Rasulullah - Hijjaz


Rasulullah dalam mengenangmu

Kami susuri lembaran sirahmu

Pahit getir perjuanganmu

Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu

Untuk umat mu yang tercinta

Biar terpaksa tempuh derita

Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu

Tidak tergambar indahnya akhlak mu

Tidak terbalas segala jasa mu

Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan

Mengajar erti kesabaran

Menjulang panji kemenangan

Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu

Walau tak pernah melihat wajah mu

Kami cuba mengingatimu

Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu

Walau kita tak pernah bersua

Tapi kami tak pernah kecewa

Allah dan rasul sebagai pembela

Friday, July 08, 2011

namun ku punya hati...




senyuman...
sejauh mana lagi mampu ku lemparkan..
sejauh mana lagi mampu ku bersabar..
acap kali ada saja salahku..

senyuman..
sejauh mana lagi mampu ku ukirkan?
salahkah ku untuk bertanya?
salahkah ku kerana dahagakan ilmu?
mengapa kata-kata perlu dilemparkan secara kasar, bernada tinggi..

namun ku punya hati...
hati ini begitu sedih
niat di hatinya hanya mahu belajar
sebaliknya kata-kata kesar yang ku dapat
maafkanku kerana bertanya
kepada siapa lagi mahuku bertanya
kalau bukan kepada yang lebih mengetahui

namun ku punya hati..
terlalu banyak luka di hati ku pendamkan
biarpun hatiku terluka ku cuba ukirkan senyuman
kerana pergaduhan itu adalah kesukaan syaitan

namun ku punya hati..
malam ini air mataku mengalir
hati ku sedih..
salahkan ku untuk bertanya?
seandainya tidak mahu membantu, jawablah dengan sopan..
kerana aku juga punyai hati..

kepada siapa mahu kuluahkan semua ini?
hanya kepadaMu Ya Allah ku bersujud
kurniakanlah fahaman para nabi dan hafazan para malaikat
agar ku tidak lagi membebankan org-orang sekelilingku dengan pertanyaanku..

Wednesday, July 06, 2011

warkah untuk ibu dan ayah



assalamualaikum..



Surah al-isra' ayat 23-24:


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


UNIC- lafaz yang tersimpan:


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan




gambar masa raya 2 tahun lepas kot (tak ingat hehe)

sudah jatuh ditimpa tangga


assalamualaikum..


surah an-Nisa' ayat 79:


"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
"


setiap yang jadi di muka bumi semuanya di bawah kekuasaan Allah, Allah Maha Mengetahui (al-'alim) dan Maha Berkuasa (al-malik) terhadap semua yang di muka bumi.

bulan ni, bukanlah bulan yang mudah untuk saya, diuji dengan ujian yang datang bergolek secara tiba2.. sudah hampir 2 minggu saya tak ada kereta dengan saya, berikutan ada sikit masalah, tak ada kereta memang bukan satu masalah, tp yang jadi masalahnya kepada golongan yang menggunakan kereta secara keperluan bukannya kemahuan..

sebagai contoh, minggu lepas baru sahaja berlansung ceramah agama di masjid al-alami MITC oleh prof sidek baba, sudah sebulan saya menghitung hari untuk ke ceramah tu, tp apakan daya impian saya terkubur macam tu je, lepas tu saya tidak lagi bebas ke masjid untuk mendengar kuliah fardhu ain, kuliah2 maghrib seperti yang selalu saya lakukan dulu.. bukannya niat disini untu bermegah dengan segala kebaikan, sungguh riak itu walaupun hanya sebutir zarah mampu menempah satu seat terus ke neraka jahanam


Hadis riwayat Muslim:


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi saw bersabda : "Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takbur"


minggu lepas juga, cafe tutup.. saya pun tak tau nk makan mana dah.. dengan tak tau malunya minta kawan2 yang nak ke kedai mana2 tolong tapaukan.. lepas tu pula, nak ke posting pun susah, nak ke kedai juga susah..


minggu ni pula, saya kene food poisoning.. twice... ari ahad kene masa makan bakso, muntah dan diarrhea dlm 12-13 kali, sangat dehydrate, tp doktor juz bagi tablet dan ORS.. pelik sebenarnye, kalau pesakit mengadu muntah2, with difficulty in swallowing, coz lepas makan mesti muntah, nape pula doktor bg ubat via oral? bukankah secara injection tu lagi bagus method die kalau dlm situasi mcm ni?

papepun, saya juz makan je ubat tu.. as expected, keadaan tak berubah pun.. saya gagahkan ke kelas.. dengan pening, loya dan diarrhea.. semalam, again saya muntah2 dan diarrhea.. once again food poisoning,.. awalnya doktor nk bagi tablet lg, tp saya berdebat dengan dia, ckp cara injection is the method of choice in this situation.. akhirnya doktor mengalah dan memberi saya iv infusion.. insyaAllah saya mengharapkan ari2 yang mendatang mampu memberikan sinar kebahagiaan kepada saya.. semoga bulan ini, bulan dimana nikmat kehidupan saya ditarik sedikit, mampu memberikan saya pengajaran supaya lebih menghargai nikmat ini kelak..

ameen...

Monday, July 04, 2011

hanya kerana mulut


assalamualaikum...

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: “Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: “Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?” Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan”

*****

Alisya memasuki rumah dengan tergesa-gesa. Langkahnya laju menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dibantingnya pintu itu sekuat hatinya, hampir bergegar seisi rumah dengan dentuman yang kuat itu. Syahid yang berada di dalam bilik membuka pintu dan menjenguk ke luar, hairan dengan suasana itu. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik dan menghampiri bilik adiknya itu. Ketukan demi ketukan bergema di ruangan bilik Alisya tetapi tidak diendahkan langsung olehnya. Alisya hanya mendiamkan diri, cuba meredakan kemarahannya sebentar tadi. Ketukan bergema kembali.

Adik, bukalah pintu ni. Kalau ada masalah tak elok buat perangai macam ni. Ceritalah kat abang, mana tahu abang boleh tolong”, kedengaran suara pujukan abangnya itu dari luar bilik. Alisya mengeluh kecil lalu bangun dan membuka pintu apabila memikirkan apa yang dikatakan oleh abangnya itu. Pintu sudah terbuka luas, dilarikan susuk wajahnya daripada pandangan abangnya. Bagi Syahid pula, dia faham benar dengan kerenah adiknya itu. Pasti ada perkara yang tidak memuaskan hatinya.

kenapa ni? Muka dah macam cencurut lapar je ni”, kata Syahid cuba bergurau tetapi ianya tidak member kesan langsung kepada Alisya. Perlahan-lahan Syahid membelai lembut kepala Alisya.

Okeylah, apa masalahnya ni? Cuba cerita kat abang”, Alisya mengeluh sekali lagi cuba mengingati apa yang terjadi di kelas pagi tadi.

Abang kenal Raudhah kan?” Syahid menjawab dengan anggukan. Dia tidak mahu bersuara, takut menghilangkan ‘mood’ Alisya untuk bercerita.

Alisya rasa dia ada buat guna-guna la kat En. Hisham tu”, terbelik mata Syahid mendengar kata-kata adiknya itu. Inilah kali pertama Alisya berani mengeluarkan perkataan seperti itu.

Astaqfirullahhala’zim..Alisya, cuba bawa mengucap. Tak elok menuduh orang sesuka hati, boleh jadi fitnah tau. Abang rasa Alisya yang kena guna-guna ni”, Alisya hanya mencebik, tidak berminat dengan gurauan abangnya itu.

Abang tahu tak, tiap-tiap semester dia je yang dapat perhatian. Dia tu pun bukan pandai sangat pun”, kata Alisya cuba mengawal kemarahannya. Syahid hanya menggelengkan kepalanya.

Tak elok mengata dia macam tu dik. Mungkin itu rezeki dia,rezeki kita tak tahu bila lagi. Mungkin lebih hebat dari apa yang dia dapat. Kita kena banyak sabar dan tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Adik tak boleh bercakap sesuka hati, itu sudah dikira mengumpat tau”, nasihat Syahid. Dia tidak mahu kata-kata adiknya itu memakan dirinya sendiri.

Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; “Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai”.

Ala rezeki apa, tiap kali exam dia asyik meniru je”, kata Alisya penuh dengan perasaan ketidakpuashati. Syahid hanya menggelengkan kepalanya. Dia tahu adiknya itu dibelenggu dengan perasaan marah jadi tidak hairanlah kalau adiknya itu mengeluarkan kata di luar jangkaannya.

Adik ada bukti?” Alisya membisu tetapi kepalanya pantas menggeleng. Syahid hanya tersenyum.

Adik tahu tak, Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)”, kata-kata itu masih belum dapat mengunci mulut Alisya. Dia masih lagi mahu menegakkan benang yang basah.

Tapi abang, apa yang adik cakapkan ni semuanya betul”, kata Alisya tegas, masih tidak mahu mengalah.

Adik,adik…Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” lalu jawab baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebut itu benar?” jawab baginda, “Sekiranya apa yang disebut itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi) Jadi, tidak kiralah perkara itu benar ataupun tidak. Ianya tetap berdosa kerana adik telah membiacarakan soal ini dibelakang tanpa mengetahuinya. Adik tahu apa akibatnya?” Akhirnya mulut Alisya terkunci, hanya gelengan kepalanya sahaja yang menjawab soalannya itu. Syahid hanya tersenyum manis kerana telah berjaya melembutkan hati adiknya itu daripada terus melakukan kesalahan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)”, kali ini Alisya benar-benar terkena. Dia memandang abangnya yang duduk tidak jauh darinya.

Adik tak ada niat pun nak mengumpat dia. Adik tak puas hati je. Adik tak pernah langsung diberi peluang walaupun sudah berusaha keras tapi nama Raudhah juga yang jadi perhatian”, Syahid tahu, adiknya itu berkecil hati apabila usahanya selama ini tidak dipandang langsung oleh orang sekeliling.

Jangan disebabkan ketidakpuasanhati adik tu, memakan diri adik sendiri. Kalaulah benar dia membuat kesalahan, dia pasti akan dapat balasannya. Cepat atau lambat, itu saja. Kalau adik berterusan mengumpat macam ni, adik juga yang rugi”, ada kerutan muncul di dahi Alisya.

Kenapa pula?” tanya Alisya inginkan kepastian.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah Al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”. Adik nak ke kalau pahala adik berkurang dan menambahkan pahalanya tanpa dia sedar?” Alisya menundukkan dan menggelengkan kepalanya. Malu benar dia dengan sikap yang ditunjukkan di hadapan abangnya itu.

Maafkan Alisya ye, mungkin bukan rezeki Alisya lagi untuk mendapat tempat yang terbaik kat universiti tu”, kata Alisya dengan lembut. Dia lega kerana Syahid dapat menenangkan hatinya dengan serta-merta.

Macam itulah adik abang. Abang tahu adik abang ni bijak sangat. InsyaAllah, suatu hari nanti mungkin Alisya akan dapat lebih baik lagi dari apa yang Raudhah dapat tapi ingat jangan sesekali gunakan cara ini sebab mulut itu adalah satu senjata yang sangat tajam,lebih tajam dari pisau. Jadi kalau ada apa-apa masalah tak elok kalau adik bercerita di belakangnya. Kan elok kalau adik merapatkan silaturrahim dengannya, boleh bertukar pandangan. InsyaAllah, berkongsi ilmu itu lebih nikmat”, Alisya hanya tersenyum manis mendengar nasihat abangnya yang panjang lebar itu. Dia mulai sedar dengan kelancangan mulutnya itu yang boleh membawanya ke pintu neraka.


sumber: http://www.fikrahislam.com/kreatif/hanya-kerana-mulut/




Saturday, July 02, 2011

munajat



assalamualaikum..


rabbani - munajat:


Tuhan...
kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Bisikkanku untukMu

Munajatku mohon restu

Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu

Gelombang lautan rinduku


Munajatku dalam syahdu

Merindui maghfirahMu

MardhiaMu dalam restu

Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu

KeagunganMu dalam doaku

Kebesaran pada kudratMu

Ia membina rohaniku


Tuhan...
kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...
kusembahkan pengorbanan

Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan

Padanya ada kamanisan

Ketenangan dan kebahagian

Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu

Merindui maghfirahMu

MardhiaMu dalam restu

Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu

KeagunganMu dalam doaku

Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan...
kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...
kusembahkan pengorbanan

Membuktikan kecintaan



Hadis riwayat al-tirmizi:



Daripada abdullah bin busr r.a, seorang lelaki bertanya: "wahai rasulullah! sesungguhnya syariat islam (perkara wajib dan sunat) terlalu banyak ke atasku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat kubergantung dengannya."


lalu rasulullah saw bersabda: "Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir pada Allah"




"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." - surah ar- ra'd ayat 28

isra' mikraj



Hijjaz, In - Team, UNIC , Mestica - ISRA' MIKRAJ



Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha B
uraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra? mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya



surah al isra' ayat 1:


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
"

Sunday, June 26, 2011

saudara



assalamualaikum... tadi masa nak pergi pasar malam, saya on radio ikim dalam kereta myvi kesayangan... masa dalam perjalanan, dengar hadis pasal persaudaraan, jadi saya nak kongiskan kat sini hadis tu.. bagus sangat2.. buat masa sama dengar2 lah lagu dari KRU kita bersaudara, walaupun agak rancak tp ada mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ni..



Hadis Muslim:


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa seorang Muslim itu menjadi saudara seorang Muslim lainnya, kerana itu tidak diperbolehkan seorang Muslim itu menganiaya saudara Muslim yang lainnya. Juga tidak boleh seorang Muslim itu menghin...a saudara Muslim lainnya. Dan barang siapa memberikan pertolongan yakni memenuhi hajat keperluan saudaranya, maka Allah pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya dan barangsiapa yang memberikan kemudahan atau memberikan kelapangan bagi kesusahan seorang Muslim, nescaya Allah melapangkan kesusahannya di hari Kiamat.”





KRU- kita bersaudara

Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima

Oh kita bersaudara

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus


Friday, June 24, 2011

sabar...



assalamualaikum...


harini rasa mood agak tak baik, macam2 jadi.. tadi masa pulang dari hospital muar, saya drive agak laju sebab nak lepaskan tensen agaknya.. sambil2 tu dengar lagu nasyid yang berkumandang di radio...

memang tak dinafikan setiap kali kalau ada masalah, ataupun bad mood, memang lagu nasyid yang jadi pilihan saya, tak pernah sesekali lagu ni gagal menceriakan kembali mood yang telah hilang...


lagu sami yusuf-asma Allah berulang kali saya putarkan, sebab betul2 mendamaikan.. kepada sesiapa yang belum pernah lagu ni, sebenarnya lagu yang saya pasang di blog ni, nilah lagu sami yusuf-asma Allah.. best kan?

haha ok nak kongsi satu artikel yang saya dpt dari satu blog, agak bagus untuk topik SABAR


Oleh Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad


Tabah terhadap segala dugaan, syukuri nikmat lambang ketinggian iman umat


IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur.


Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak tercapai melainkan dengan iman.


Allah berfirman yang bermaksud:


“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)


Firman-Nya lagi yang bermaksud:


“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)


Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Sabar itu sebahagian iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)


Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:


“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)


Perkataan sabar disebut enam belas bentuk dalam al-Quran, iaitu perintah supaya bersabar (merujuk ayat 35 surah al-Baqarah, surah al-Imran (ayat 200), sementara larangan daripada bersikap sebaliknya pada ayat 35, surah al-Ahqaf dan surah al-Anfal, ayat 15.


Allah memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.


Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah tanpa batas kepada orang yang sabar.


Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah, Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.


Sabar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sabar dalam mentaati Allah, sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan sabar menghadapi ujian Allah. Patut diingat bahawa mengadu dan merayu kepada Allah tidak menafikan sifat sabar.


Ini seperti mana berlaku kepada Nabi Ya’kub ketika baginda berkata:


“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,” (Surah Yusuf, ayat 86).


Adapun yang menafikan sifat sabar adalah merungut terhadap Allah, manakala bersabar terhadap ujian Allah seperti menghadapi bencana alam seumpama banjir besar, gempa bumi, sakit dan lain sebagainya, mangsa perlu menghadapinya dengan mengharapkan balasan sebaiknya daripada Allah.


Mangsa juga perlu mengharapkan penyelesaiannya daripada Allah dan ketiga menganggap ringan ujian itu dengan cara mengingati segala nikmat yang dikurniakan Allah selama ini. Dengan demikian akan terasa bahawa ujian itu bagaikan setitik air daripada luasnya laut.


Tanpa senjata sabar dalam perjalanan hidup ini, kehidupan seseorang tidak akan tenang dan damai kerana jalan hidup tidak selalunya mendatar, ada kalanya mendaki dan kadang-kadang jatuh.


- Penulis ialah pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


sumber: http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/01/sabar-senjata-mulia-hadapi-ujian/



Sunday, June 19, 2011

Permata Untuk Isteri





assalamualaikum... kalini saje nk kongsi lagu ni, sedih.. khas buat isteri2..


Kopratasa - permata untuk isteri


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku





Surah ar-rum ayat 21:


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.."


Friday, June 10, 2011

doa selepas wudhu'





asslamualaikum..



DOA SELEPAS WUDHU'


sebaik sahaja selesai mengambil wudhu', disunatkan mengangkat tangan dan menghadap kiblat lalu membaca doa seperti berikut:








sesiapa yang membaca doa ini selepas berwudhu' maka akan keluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wudhu'nya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad.

dalam erti kata ia akan mati dalam beriman, dan wudhu'nya alam diangkat ke langit dan air wudhu' itu sentiasa bertasbih dan bertafakur dan dituliskan baginya pahala sehingga hari kiamat

sumber: Indahnya hidup bersyariat by ustaz ismail kamus


Sabda Rasullullah SAW:


"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.

(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))









Sabda Rasulullah SAW



"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya". [Riwayat Al-Bakhari dan Muslim]


Monday, June 06, 2011

Make me strong ya Allah!



Sami yusuf- make me strong



Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong



http://www.youtube.com./watch?v=TCaGmHE_NtE

Thursday, May 19, 2011

kisah pelajar medik part II




assalamualaikum...


ahaha arini terlintas lagi idea nak menulis.. kalini berkaitan dengan kehidupan saya sebagai pelajar tahun 4 perubatan.. skang ni saya dh masuk clinical dan sedang blaja kat general hospital.. kisah kalini panjang sket, sebab ada mesej penting yang saya nak sampaikan kepada para doctors dan bakal doctors sekalian..


kisah I


seperti biasa, pagi2 saya akan datang pukul 8, kebiasaanya pukul 8 ni saya akan merayau ke semua ward, saje nak tgk mana2 patient yang sudah bangun tidur.. haha

mase saya jalan2, saya ternampak seorang mak cik ni, sayu saja muka dia, jadi saya pun pergi dekat dia tegur,

"assalamualaikum makcik, makcik macam mana harini?"

mak cik tu terkejut, mungkin dia fikir siapalah yang sapa dia pagi2 ni,

"waalaikumusalam nak, alhamdulillah dah makin elok"

saya pun terus duduk di kerusi sebelah katilnya,

saya: "makcik dh makan? termennung jauh tadi saya nampak"

makcik: "makcik dah makan nak, takdelah, makcik fikir bila la agaknya makcik nak sihat, dh makin pulih tp sikit sangat bezanya dari semalam"

saya: "makcik datang kenapa ye?"

makcik: "nak, makcik dah lama batuk2, dekat seminggu dah nak.. dada ni sakit sangat2 dah rasanya"

pendek kata saya pun meneruskan mengambil history makcik ni lepas perkenalkan diri yang saya ini adalah student perubatan..


tiba2 ada seorang intern datang, dengan kasarnya tanya kepada makcik ni,

intern: "makcik, dulu kerja apa? "

makcik: "doktor, 10 ahun dulu saya kerja sebagai kerani, 5 tahun lepas saya kerja kampung je"

intern: "makcik pasti ke tempoh2 tu?"

makcik: "doktor, makcik tak brapa ingat sebenarnye"

intern: "makcik ni, benda senang pun susah nak ingat, dah tua sangat ke makcik ni? umur baru 40, gaya dh macam nenek"

saya terkejut tengok intern ni ckp kasar mcm tu, saya cuma pandang makcik ni... namun makcik masih tersenyum.. lepas intern tu dah pergi dari situ, saya pun mintak maaf bagi pihak intern tu, tapi makcik tu masih tersenyum..

makcik pesan, " nak, nanti kalau kamu dah jadi doktor, jangan macam tu... walaupun kamu hebat, tp jagalah adat.. hormatilah org yang lebih tua dari kita.. walaupun sibuk mcm mana, murahkanlah senyuman tu nak... "

saya hanya mampu tersenyum, "insyaAllah makcik"

4-5 hari lepas tu makcik pun keluar dari hospital... lepas result x-ray keluar makcik di diagnose menghidap pneumonia... saya faham macam mana deritanya sebab saya juga pernah menghidap pneumonia tahun lepas.. alhamdulillah sudah sembuh.. saya juga mendoakan makcik sembuh sepenuhnya.. insyaAllah


kisah II


kalini, sebab takde kelas petang, saya dan rakan-rakan decide untuk pergi ke hospital pada waktu petang.. masa kami merayau2 mencari pesakit yang sudi meluahkan sakitnya kepada kami, saya ternampak seorang makcik ni yang sedang senyum kepada saya dari jauh...

lalu saya pun datang dan salam tangan makcik ni, " assalamualaikum makcik, apa khabar?"

makcik, "waalaikumusalam nak... student ye? buat apa kat hospital petang2 ni? dh lewat"

saya: "ye makcik saya student... saja datang tengok2, takde kerja nak buat kat campus"

makcik: " rajin kamu ni ye.. anak orang mana?"

saya: "orang ipoh makcik.. hehe makcik sakit ape ye?"

makcik: " makcik sakit bila nak kencing nak, doktor kata ada batu"

pendekkan cite lagi skali, pas sembang2... saya pun tanya makcik ni,

"makcik bila operate, dktor dah ckp?"

makcik: "makcik tanak operate nak, makcik dh ckp makcik tak mau kat doktor"

saya terkejut, "nape makcik tanak operate?"

makcik, " sakit nak operate ni, makcik takut tengok darah, mcm mana makcik nak tengok darah makcik sendiri nanti masa operate? nanti makcik pengsan"

saya dh rase pelik time ni, "doktor tak ckp ke kat makcik nanti masa operation makcik tak sedar?"

makcik: "eh yeke nak? doktor tak ckp pun, betul ke makcik tak sedar?"

saya: " betul makcik, doktor bius nanti.. makcik apa kata makcik bincang semual dengan doktor, sebab surgery adalah yang terbaik untuk makcik... tanya doktor betul2 pasal bius tu makcik"

makcik: "kalau betul kamu ckp, makcik setuju operate nak!"

ketika pulang saya terfikir.. doktor tak explain ke kat makcik ni mengenai procedure?


kesimpulan yang boleh buat dari dua kisah ni, walaupun kita ni berpangkat besar, rendahkan lah suara bila bercakap dengan pesakit dan sentiasalah bersabar bila menghadap pesakit2... memang banyak karenah, dan kita pun kadang2 penat, banyak kerja nak kene buat, tp pada masa sama cuba la selami hati semua pesakit kita, diorg pun tanak duduk kat ward tu, takde sapa mintak sakit datang..

dan janganlah jadikan pesakit kita tu robot, diorg juga ada hati dan perasaan.. mungkin diorg asal dri kampung, kurang ilmu.. apa salahnya kita explain kepada diorg, mcm mana semua.. kene faham, untuk orang yang tiada pendedahan, semestinya operation tu adalah sesuatu yang menakutkan...

saya harap dan berdoa agar saya dan rakan-rakan dapat mengekalkan budi bahasa dan sentiasa bersabar nanti mase dh kerja insyaAllah..


Hadis riwayat Ahmad:


Daripada Aisyah r.ha., Nabi saw bersabda: "Ya Allah! Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka perelokkanlah akhlakku"


amin...

Wednesday, May 18, 2011

fiqh perubatan




assalamualaikum..


lama rasanya saya tak menulis entry untuk blog... sibuk ataupun sudah boring agaknya untuk memeras kepala menulis di blog ini.. haha macam mana pun, kalini terlintas idea untuk menulis.. berikutan semalam (hariwesak) berlansungnya program fiqh perubatan ajuran i-medik dan isma..

sebuah program yang bermanfaat dan berguna untuk para pengamal perubatan.. hakikatnye kepada yang terlibat kepada bidang ini, doktor mahupun juru rawat perlu lah mempunyai ilmu agama juga.. supaya kita bukan sahaja merawat pesakit, malah dapat menyebarkan dakwah sesekali..

sebut pasal fiqh perubatan, saya teringat kepada kisah saya dan seorang pesakit encik Y yang di admit kan ke hospital melaka tahun lepas sebab leukemia..

nasibla pakcik ni ada anak yang mengambil perubatan di ipta mesia, jadi dia fahamlah keadaan saya sebagai student.. nak kene amik history dan examine.. alhamdulillah dia izinkan.. isterinya juga baik dengan saya, selalu nak bagi kuih kat saya hahaha ok, jom kite dgr kisah pasal pakcik ni..

pakcik ni sebenarnye datang sebab jaundice.. lama2 dia jadi gatal2 satu badan, abis berdarah2 badan dia digarunya.. matanya, kulitnya memang sangat kuning.. tu satu2 nya pesakit yang pernah saya jumpa selama saya masuk medik ni kuning mcm tu..

dulu dia datang ke hospital kl, dia di diagnose ada obstructive jaundice.. memang die juga mengadu susah nak buang air kecil.. dan najisnya sudah berwarna kelabu.. pakcik ni datang masa Hb level 4 gm je.. terkejut juga saya masa tu, pakcik masih gagah berjalan ke opd..

ok, lame2 sebab jauh dia terpaksa dtg ke hospital melaka sebab dekat sikit ngan umah.. disebabkan Hb level yang sangat kurang, hospital ni pun transfuse la darah kat dia.. dia tolak sungguh2 blood transfusion ni..

saya pun datang dia, duduk sebelah dia.. tanya..

"pakcik, napa pakcik tolak darah tu? pakcik perlukan darah sekarang, darah pakcik dalam badan dh kurang sangat2 ni.. bahaya"

pakcik tu pun senyum dan pandang saya,
"anak, anak tau tak sebenarnye kita ni tak boleh main terima je darah dari sesiapa... kamu tau ke sapa penderma darah tu? tak tau kan? mana tau dia datangnya dari org kafir? senang2 kamu nak izinkan darah org kafir masuk dlm badan kamu?"

saya terkejut... saya pun ckp,

"pakcik.. islam rasanya tak membebankan ummatnya sampai macam ni.. kalau dh darurat boleh kita terima pakcik.."

pastu pakcik tu senyum lagi,

"kamu masih muda.. kamu tak tau.. "


saya pun dengan tak puas ati, niat dalam hati balik ni saya nak cari bukti yang transfusion of blood adalah dibenarkan dalam islam..

alhamduliah petang itu juga, saya terjumpa fatwa mengenai blood transfusion.. ni saya kongsikan..

Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya


Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Menderma darah hukumnya harus.
  2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam
  3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan.
sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/derma-darah-dan-penggunaan-darah-orang-islam-kepada-orang-bukan-islam-dan-sebalikny

malangnya, keesokannya saya pergi ke ward untuk jumpa pakcik ni, tp nurse inform saya pakcik ni dah ditukar ke HKL atas permintaannya sendri.. saya tanya apa final diagnosis pakcik ni? nurse pun tunjuk result trephine biopsy: leukemia..

sedih saya tak sempat nak tunjuk fatwa ni kepada pakcik, harapnya ada yang memberi tahu kepada pakcik bahawa adalah dibernarkan untuk menerima darah walau dari bukan islam..

saya ingat lagi, ada satu hari masa saya sembang ngan pakcik ni, pakcik ni pernah tanya saya

"nak, medik ni senang ke? pak cik tgk kamu ari2 dtg jumpa pakcik"

saya pun jawab, "saya seronok bercakap dengan pesakit, tp nak blaja dia susah pakcik.."

pakcik ni pun ckp, "itulah kamu, kamu blaja tak ikhlas.. cuba kamu ikhlaskan diri... mesti segalanya jadi mudah.. tak ada yang susah dlm dunia ni nak.. "

saya tersentap mendengar teguran pakcik, alhamdulillah pertemuan saya dengan pakcik ni walaupun hanya sekejap tp banyak memberi manfaat kepada saya..

semoga lepas ni saya ikhlas dalam semua yang saya lakukan.. lg satu, sejak pakcik ni tolak penerimaan darah, saya sedar bahawa doktor bukan sahaja perlu pakar dlm bidang perubatan tp juga dlm bidang agama.. untuk kita membantu pesakit2 mcm ni di akan datang.. mungkin kekurangan ilmu saya di bidang feqah menyebabkan saya tak dpt nak berdebat dengan pakcik sebelum pakcik pergi ke HKL.. sedih juga sebenarnya..

insyaAllah semoga selepas ini dipermudahkan segalanya..


saya kongsikan sebuah hadis yang saya dpt dari sebuah website (maaf lupa linknya) mengenai keikhlasan dalam beribadat

Rasulullah SAW bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya. Wahai Muaz!”

Jawabku: “Ya Saiyidil Mursalin.” Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: ‘Saya penjaga tukang umpat (membicarakan keburukan orang). Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’

Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.’

Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena dia seorang yang sombong’.”

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya: “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub (merasa diri hebat). Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.’

Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata: ‘Ini adalah amalan tukang hasad (iri dengan nikmat orang lain). Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.’

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: ‘Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.’

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak (setia) dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata: ‘Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riyak (pamer kebaikan). Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak.’

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan: ‘Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui. Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah ter- jadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya? Laknat-Ku tetap padanya.’

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: ‘Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.’ Dan semua yang di langit turut berkata: ‘Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat’.”

Sayidina Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”

Sabda Rasulullah SAW: “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali: “Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Sabda Rasulullah SAW: “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ‘Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia’.”

Muaz berkata: “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah SAW: “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”


barakallahu fik.. insyaAllah





muslim egyption solat di alexandria's train station mase krisis egypt dulu.. (sekadar gambar hiasan)