assalamualaikum..
lama rasanya saya tak menulis entry untuk blog... sibuk ataupun sudah boring agaknya untuk memeras kepala menulis di blog ini.. haha macam mana pun, kalini terlintas idea untuk menulis.. berikutan semalam (hariwesak) berlansungnya program fiqh perubatan ajuran i-medik dan isma..
sebuah program yang bermanfaat dan berguna untuk para pengamal perubatan.. hakikatnye kepada yang terlibat kepada bidang ini, doktor mahupun juru rawat perlu lah mempunyai ilmu agama juga.. supaya kita bukan sahaja merawat pesakit, malah dapat menyebarkan dakwah sesekali..
sebut pasal fiqh perubatan, saya teringat kepada kisah saya dan seorang pesakit encik Y yang di admit kan ke hospital melaka tahun lepas sebab leukemia..
nasibla pakcik ni ada anak yang mengambil perubatan di ipta mesia, jadi dia fahamlah keadaan saya sebagai student.. nak kene amik history dan examine.. alhamdulillah dia izinkan.. isterinya juga baik dengan saya, selalu nak bagi kuih kat saya hahaha ok, jom kite dgr kisah pasal pakcik ni..
pakcik ni sebenarnye datang sebab jaundice.. lama2 dia jadi gatal2 satu badan, abis berdarah2 badan dia digarunya.. matanya, kulitnya memang sangat kuning.. tu satu2 nya pesakit yang pernah saya jumpa selama saya masuk medik ni kuning mcm tu..
dulu dia datang ke hospital kl, dia di diagnose ada obstructive jaundice.. memang die juga mengadu susah nak buang air kecil.. dan najisnya sudah berwarna kelabu.. pakcik ni datang masa Hb level 4 gm je.. terkejut juga saya masa tu, pakcik masih gagah berjalan ke opd..
ok, lame2 sebab jauh dia terpaksa dtg ke hospital melaka sebab dekat sikit ngan umah.. disebabkan Hb level yang sangat kurang, hospital ni pun transfuse la darah kat dia.. dia tolak sungguh2 blood transfusion ni..
saya pun datang dia, duduk sebelah dia.. tanya..
"pakcik, napa pakcik tolak darah tu? pakcik perlukan darah sekarang, darah pakcik dalam badan dh kurang sangat2 ni.. bahaya"
pakcik tu pun senyum dan pandang saya,
"anak, anak tau tak sebenarnye kita ni tak boleh main terima je darah dari sesiapa... kamu tau ke sapa penderma darah tu? tak tau kan? mana tau dia datangnya dari org kafir? senang2 kamu nak izinkan darah org kafir masuk dlm badan kamu?"
saya terkejut... saya pun ckp,
"pakcik.. islam rasanya tak membebankan ummatnya sampai macam ni.. kalau dh darurat boleh kita terima pakcik.."
pastu pakcik tu senyum lagi,
"kamu masih muda.. kamu tak tau.. "
saya pun dengan tak puas ati, niat dalam hati balik ni saya nak cari bukti yang transfusion of blood adalah dibenarkan dalam islam..
alhamduliah petang itu juga, saya terjumpa fatwa mengenai blood transfusion.. ni saya kongsikan..
Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Menderma darah hukumnya harus.
- Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam
- Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan.
malangnya, keesokannya saya pergi ke ward untuk jumpa pakcik ni, tp nurse inform saya pakcik ni dah ditukar ke HKL atas permintaannya sendri.. saya tanya apa final diagnosis pakcik ni? nurse pun tunjuk result trephine biopsy: leukemia..
sedih saya tak sempat nak tunjuk fatwa ni kepada pakcik, harapnya ada yang memberi tahu kepada pakcik bahawa adalah dibernarkan untuk menerima darah walau dari bukan islam..
saya ingat lagi, ada satu hari masa saya sembang ngan pakcik ni, pakcik ni pernah tanya saya
"nak, medik ni senang ke? pak cik tgk kamu ari2 dtg jumpa pakcik"
saya pun jawab, "saya seronok bercakap dengan pesakit, tp nak blaja dia susah pakcik.."
pakcik ni pun ckp, "itulah kamu, kamu blaja tak ikhlas.. cuba kamu ikhlaskan diri... mesti segalanya jadi mudah.. tak ada yang susah dlm dunia ni nak.. "
saya tersentap mendengar teguran pakcik, alhamdulillah pertemuan saya dengan pakcik ni walaupun hanya sekejap tp banyak memberi manfaat kepada saya..
semoga lepas ni saya ikhlas dalam semua yang saya lakukan.. lg satu, sejak pakcik ni tolak penerimaan darah, saya sedar bahawa doktor bukan sahaja perlu pakar dlm bidang perubatan tp juga dlm bidang agama.. untuk kita membantu pesakit2 mcm ni di akan datang.. mungkin kekurangan ilmu saya di bidang feqah menyebabkan saya tak dpt nak berdebat dengan pakcik sebelum pakcik pergi ke HKL.. sedih juga sebenarnya..
insyaAllah semoga selepas ini dipermudahkan segalanya..
saya kongsikan sebuah hadis yang saya dpt dari sebuah website (maaf lupa linknya) mengenai keikhlasan dalam beribadat
Rasulullah SAW bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya. Wahai Muaz!”
Jawabku: “Ya Saiyidil Mursalin.” Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: ‘Saya penjaga tukang umpat (membicarakan keburukan orang). Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’
Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.’
Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena dia seorang yang sombong’.”
Rasulullah SAW meneruskan sabdanya: “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub (merasa diri hebat). Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.’
Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata: ‘Ini adalah amalan tukang hasad (iri dengan nikmat orang lain). Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.’
Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: ‘Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.’
Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak (setia) dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata: ‘Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riyak (pamer kebaikan). Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak.’
Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.
Tetapi firman Tuhan: ‘Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui. Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah ter- jadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya? Laknat-Ku tetap padanya.’
Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: ‘Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.’ Dan semua yang di langit turut berkata: ‘Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat’.”
Sayidina Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”
Sabda Rasulullah SAW: “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”
Muaz bertanya kembali: “Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”
Sabda Rasulullah SAW: “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ‘Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia’.”
Muaz berkata: “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”
Jawab Rasulullah SAW: “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”
barakallahu fik.. insyaAllah
No comments:
Post a Comment