Monday, December 29, 2008

Salam maal hijrah


assalamualaikum.. salam maal hijrah untuk kawan-kawan...Awal Muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. If dulu umur kita baru 20, skang dh jadi 21 la.. hehe ni bermakne, semakin meningkat umur kita.. tapi adakah amalan kita meningkat sejajar dengan amalan kita semua? ok, ni juz saya nak kongsi sket pasal sirah penghijrahan Nabi Muhammad saw dari kota Mekah ke kota Madiah.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka, pembela dan pelindung Nabi. Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish (iaitu dengan sarang labah-labah yang terbina di depan gua).

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Jadi untuk maal hijrah ni.. jom kawan-kawan kita perbaiki diri, semoga tahun ini lebih bagus dari tahun-tahun yang lepas. Sama-sama kita lebih mendekati Allah swt, beramal kepadaNya, meninggalkan segala maksiat, mudah-mudahan kita semua menjadi penghuni syurgaNya insyaAllah..

surah Ar’- Ra’d: 11:

"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha merubahnya sendiri"

k, ni saya sertakan sekali lirik lagu dan lagu dari kumpulan in team bertajuk hijrah satu wawasan.. sama-sama kita hayati lirik lagu ni mudah-mudahan masing-masing mendapat iktibar insyaAllah


Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang

Mulakan hijrah dengan niat
Yang suci dan pasti
Membina kehidupan harmoni
Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
Sejahtera hidup aman sentosa

C/O
Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran

Contohilah Rasulullah
Berhijrah dari Makah ke Madinah
Demi menegakkan kalimah yang suci

Hijrah satu perubahan
Dalam meniti arus kemodenan
Dari kemunduran kepada kemajuan

Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni

Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainement)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

sumber: http://www.hijjaz.co.my



Hijrah Satu Wawasan - In-Team



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

1 comment:

  1. salam tuan empunye blog

    dah lama saya nak carik lirik lagu ni,
    thanks sebab publish dekat post anda :)

    saya copy ya

    ReplyDelete