Friday, December 19, 2008

Iman dan Amal


Assalamualaikum.. saya mulakan post kalini dengan sebuah hadis..

Riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia lebih mencintaiku daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya."

Untuk post kalini, saya juz nak kongsi dengan sahabat-sahabat berkenaan satu ceramah agama oleh ustaz ismail kamus berkenaan topik iman dan amal..

Nabi Muhammad saw bersabda:

"Singgahlah di taman-taman syurga"

sesungguhnya tempat untuk menuntut ilmu ini adalah salah satu daripada taman-taman syurga

Luqman al-Hakim berpesan kepada anak-anaknya:

"Engkau singgahlah ke tempat-tempat yang ada menyebut nama Allah, nanti sekiranya rahmat turun engkau akan tumpang sama. Janganlah singgah ke tempat-tempat yang tidak ada menyebut nama Allah, nanti sekiranya bala turun engkau pun akan tumpang sama"

Beribadat kepada Allah swt bermakna tunduk, menyerah dan patuh kepada segala perintah dan menjauhi laranganNya. Mengapa kita diperintah untuk menyembah Allah swt? Banyak sebabnya, antaranya ialah
-kerana Allah yang mencipta, memelihara, memberi kelapangan, kegembiraan dan sebagainya kepada kita
-adalah suatu kezaliman menyembah selain dari Allah swt

Ustaz ismal kamus ada menerangkan mengenai pembahagian beribadat, iaitu terdapat tiga pembahagian beribadat:
(i) beribadat kerana ingin memasuki syurga Allah
(ii) beribadat kerana takut akan neraka Allah
(iii) beribadat sebagai tanda syukur kepada Allah

Ketiga-tiga pembahagian ibadat di atas tidak salah, cuma pembahagian ibadat yang paling tinggi ialah beribadat kerana bersyukur kepada Allah swt kerana dilahirkan sebagai seorang yang beriman.

Terdapat seorang pemuda miskin ketika di zaman Rasulullah saw, datang kepada baginda dan berkata, " Ya Rasullullah saw, sesungguhnya orang yang kaya itu lebih banyak mendapat pahala"

Rasulullah saw bertanya, " Mengapa engkau berkata begitu?"

Pemuda itu menjawab, " Kerana apabila orang kaya solat, kami org miskin juga solat, apabila orang kaya berpuasa kami juga berpuasa, tapi apabila orang kaya bersedekah kami tidak bersedekah kerana tidak mempunyai wang"

Rasullullah saw menjawab, " Sesunggunya cukuplah sedekah itu dengan berwirid"

Firman Allah swt dalam surah al-waqiah:

".. dan orang yang berlumba-lumba untuk mendapat kebajikan merekalah orang yang dekat dengan Allah swt"

Firman Allah swt

"Bersegeralah untuk mendapat keampunan Allah swt, syurga setinggi 7 langit disediakan untuk orang yang bertakwa"

Nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya Allah swt menyembunyikan empat perkara dalam empat perkara"

Perkara pertama ialah Allah menyembunyikan keredhaan Allah dalam ibadat. Jadi maksudnya kita lakukanlah ibadat sebanyak mungkin kerana kita tak tau yang mana satu mendapat keredhaan Allah swt. Amalkanlah sekurang-kurangnyaistigfar sebanyak 100kali sehari, tahlil sehari sekali sebelum tidur mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa kita insyaAllah

Perkara kedua ialah Allah menyembunyikan kemurkaaan dalam maksiat.

Ada satu kisah ni, ada dua org sahabat berjalan-jalan.. tiba2 mereka terserempak dengan kumpulan yang membawa berhala. Lalu orang yang membawa berhala itu menyuruh mereka mempersembahkan sesuatu kepada patung berhala itu, sekiranya tak berbuat demikian mereka akan dipancung.
Salah seorang sahabat itu bertanya, " Apa yang patut kami bagi? kami tidak mempunyai apa-apa"
Orang yang membawa berhala itu menjawab, "Sembahkanlah apa-apa"
Lalu sahabat yang bertanya tadi menangkap dan membunuh seekor lalat lalu mempersembahkan kepada patung berhala tadi.
Kawannya yang seorang lalu enggan mempersembahkan apa-apa lalu dipancung kepalanya.. sahabat ini dimasukkan ke syurga Allah akhirnya, tapi sahabat yang mempersembahkan lalat itu dimasukkan ke neraka kerana syirik kepada Allah swt.. Nauzubillah..
Zaman modenisasi ni, makin banyak kita diuji, pelbagai dugaan datang berombak-ombak, tapi tak kira apa pun dugaan yang datang, jalan lupe kepada Allah swt dan yang paling jangan sesekali syirik kepada Allah swt! Nauzubillah

Perkara ketiga ialah Allah menyembunyikan mustajabnya doa pada suatu masa.

Riwayat al-Tirmizi:

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah saw ditanya oleh seseorang: "Apakah doa yang lebih didengar (lebih makbul dan mustajab)?" Baginda bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardhu"

Ustaz ismail kamus ada menyebut, sekiranya kita ditimpa musibah misalnya anak-anak yang degil, suami yang panas baran, isteri yang suka berleter, ingatlah bahawa Allah hanyalah tempat untuk kita memohon bantuan.

"Apabila dibacakan mereka ayat-ayat Allah, lalu tersungkurlah mereka dan menangis"

Baca ayat ini, dan tiupkan kepada anak-anak yang degil ini ketika mereka tidur, mudah-mudahan sikap mereka akan berubah

Perkara keempat ialah Allah menyembunyikan para walinya dalam kesemua hamba-hambanya. Terdapat tiga golongan iaitu
(i) Ada lisan, tiada nurani : Maksudnya golongan ini cuma pandai berkata-kata tapi tidak mengamalkan. Jauhilah golongan-golongan ini
(ii) ada nurani tiada lisan : Golongan ini banyak melakukan amalan tetapi kurang berkata-kata. Rapat-rapatkanlah diri dengan golongan ini, jangan sampai bertelagah dengannya
(iii) ada lisan, ada nurani: Golongan ini golongan yang berilmu, beramal dan belajar. Rapat-rapatlanlah diri dengan golongan ini, jangan sampai berselisihan faham dengannya.

Ingatlah wahai sahabat-sahabat bahawa amalan kita walau sedikit sekiranya diikhlaskan kerana Allah juga akan mendapat ganjaran.

Nabi saw bersabda: " Apabila berlaku hari khiamat, di tanganmu itu ada sebiji benih tamar, engkau tanamkanlah ia kerana menanam itu ada unsur akhirat, menanam itu ada ganjarannya"

Misalnya, petani yang bersawah padi, menanam padi, sekiranya padinya itu dimakan oleh burung-burung, dan dia tidak merungut, maka dapatlah pahala kepadanya. Sama juga sekiranya pekebun yang menanam pokok durian, tapi buah durian itu dimakan oleh monyet, tetapi dia tidak merungut, maka dapatlah pahala kepadanya. ( syaratnya TIDAK MERUNGUT)

Renung-renungkanlah sahabat-sahabat berapa banyak amalan yang kita lakukan, adakah semuanya di terima Allah? adakah amalan kita setakat ini mampu menjadikan kita ahli syurga? Ketika di padang mahsyar nanti, amalan-amalan kita ini akan ditimbang melalui tiga proses:
(i) Soal jawab : pelbagai soalan akan ditanya misalnya apa yang engkau buat dengan umurmu?
(ii) Didengarkan dengan 'tape', disuruh bace then kita lihat 'tape' itu
(iii) Timbang

Ketika dibangkitkan di padang mahsyar kelak, kita dibangkitkan dalam keadaan tanpa seurat benang, dalam keadaan yang panas terik, kecuali kepada golongan yang Allah memberi perlindungan kepadanya iaitu
(i) pemimpin yang adil
(ii) orang yang bersedekah
(iii) orang yang muda-muda sudah beramal
(iv) orang yang hatinya bergantung-gantung di masjid
(v) orang yang dipelawa oleh wanita untuk berbuat jahat tapi ditolaknya kerana takutkan Allah
(vi) orang yang bersahabat baik kerana Allah, berpisah dan berkumpul kerana Allah
(vii) orang yang bangun tengah-tengah malam meleleh air matanya kerana memikirkan dosa dan pahalanya

5 tanda orang-orang yang dikasihi Allah swt ialah
(i) orang yang suka berbuat baik
(ii) orang yang suka orang lain berbuat baik
(iii) orang yang suka kebajikan tersebar luas
(iv) orang yang yakin amalan diterima Allah swt
(v) orang yang rindu kepada Allah swt

Hadis riwayat al-Hakim:

Daripada Abdullah bin Abas r.a., Nabi saw bersabda: "Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara: Muda sebelum engkau tua, sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin,kelapangan sebelum engkau sibuk, hidup sebelum engkau mati "


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

Post a Comment