Sunday, December 07, 2008

La Tahzan (jangan bersedih)

dugaan...
satu persatu datang..
menguji tahap kesabaran..
menguji sejauh mane tahap keimanan..
kadang kala dugaan datang tahan henti..
bak ombak tsunami menghentam2 jiwa..
La Tahzan!!

dugaan...
mengajar kita akan erti kesabaran..
mematangkan diri supaya lebih bersedia menghadapi pancaroba dunia..
kadangkala ketika diri cuba memperbaiki kelemahan diri..
kadangkala ketika diri cuba kembali ke jalanNya
kembali mencari sinar yg menyinari seribu satu warna kehidupan ini..
pelbagai2 tohmahan, jelingan, kata2 kurang enak didengar
La Tahzan!!

ingatlah wahai diri
sesungguhnya setiap yg terjadi itu adalah di bawah kekuasaanNya
setiap yg terjadi pasti ada hikhmahNya..
kerana Allah tidak pernah menginginkan keburukan untuk hambaNya
La Tahzan!!

Ya Allah...
sesungguhnya aku hamba yang lemah..
berilah aku kekuatan ya Allah ya Rabbi
berilah aku semangat untuk menempuhi dugaan ini..
menempuhi ujian Mu ya Allah
sesungguhnya tiada tempat lain untuk ku mengadu selain dari kepadaMu ya Allah..
bimbinglah ku ke jalan kebenaranMu..
janganlah Kau pesongkan aqidah ku, imanku ya Allah..
matikanlah ku dalam imanMu yg Allah..
amin..

Surah Ar-Ra'd ayat 24:

"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan"

Hadis riwayat mutaffaqun alaih:

"tiada musibah pun yg menimpa seorang mukmin itu baik kesedihan,kemurungan,keluh kesah sehinggakan duri yg mencucuk melainkan sume itu digantikan dgn dosa2.."

No comments:

Post a Comment