Thursday, December 11, 2008

Iman

Tak terasa bila dia pergi
Tapi sayu bila dia tak kembali
Mencarinya dengan hati suci lebih indah
Daripada memiliki tapi tidak menghargai
Dia datang tanpa seruan
Dia pergi tanpa alasan
Kejarilah dia sebelum hilang dari pandangan
Kerana kehadirannya adalah anugerah yang tiada tandingan..
Thank you Allah for the giving of iman..

Hadis riwayat muslim:

Daripada Anas bin Malik r.a.., bersabda Rasulullah saw.: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api"



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

2 comments:

  1. Anonymous11:01 PM

    iman satu anugerah yg amat2 berharga yge perlu kt hargai dan selalu pohon agar ianya sentiasa dipelihara Allah hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete