Friday, December 12, 2008

Cerita Lawak

Lailatul Qadar

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh,” sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.


Telefon

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru. Al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business. Tak tahu lah business apa, nanti saya tanya..!!

Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya. Ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu. Almarinya, stationerynya la, tong sampahnya la, dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon…!!

Dia ni boss kat pejabat tu. Selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu. Ye laaa boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu berangan ni…!! Tiba-tiba pintu pejabat diketuk dari luar. Ah!!. Mesti pelanggan datang ni. Lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk. Masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar, juta2x.

Pura-pura kat depan orang yang datang tadi. Orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa. Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi, Errr!… maaflah, sibuk sikit. Maklumlah projek tu projek ni tak boleh nak biar. Kena arrange appointment dengan client. So, boleh saya bantu?? Dengan selamba pelanggan itu kata…

“Err…encik…saya ni dari Syarikat Telekom… datang nak sambung talian talipon…!!

Lawak Kentut
Seorang calon untuk suatu jawatan pegawai tidak sampai seminit tiba-tiba keluar dari bilik temu duga. Rakan-rakan yang berada di luar pun bertanya, “Eh!!!Cepatnya ngko keluar? Kenapa?”

Jawab calon itu, “Aku dapat jawab soalan yang ditanyakan dgn betul jadi aku boleh keluar awal”.

Tanya rakan-rakan lagi, Wahhh!!Bestnyer ngko,soalan apa?????”
“Senang jer soalannya, pengerusi sesi temu duga tu tanya aku, Engkau ker yang kentut ni??? Aku pun jawab la, “Ya tuan, sayalah yang terkentut tadi!!!” Pastu dia suruh aku keluar!!!!


Lawak Kanggaru
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, “Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?”.

Kanggaru itu menjawab, “Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya.

No comments:

Post a Comment