Thursday, July 09, 2009

Have faith in Allah




asslamualaikum.. minggu ini.. saya didatangi dengan ujian yg sangat berat bg saya.. rasenye sangat susah untuk saya kembali senyum seperti biasa..
sekadar ingin berkongsi mengenai pegangan yang membuatkan saya bersemangat untuk mengharungi ujian Yang Maha Esa ini

Surah al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak akan membebani seseorang itu diluar kemampuannya"

Alhamdulillah, ayat ni sentiasa terngiang2 di telinga.. menjadi kekuatan untuk saya bangun menharungi ujian Pencipta Yang Maha Agung ni..

Surah at-Talaq ayat 23:

"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan membrikan jalan keluar baginya. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka"

saya teringat akan kata-kata seorang ustaz ni:

"
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita."

Hadis riwayat al-Bukhari:

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"

Saya teringat pasal kisah perang khandaq (perang parit) di mana ketika itu tentera al-Ahzab cume berjumlah kira-kira 10 000 orang, sedangkan kaum muslimin yang menyertai peperangan Khandaq itu hanyalah sekitar 3000 orang sahaja, tapi kerana keyakinan kaum muslimin yang tinggi kepada Allah , mereka teruskan juga berperang dengan semangat yang jitu, di mana akhirnya kemenangan jatuh kepada pihak muslimin..

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas semua ciptaannya, kisah perang ni, alhamdulillah telah menguatkan semangat saya, bahawa seandainya kita percaya dan yakin dan berserah kepada Allah setelah berusaha, insyaAllah, doa itu akan dimakbulkan kerana Allah sentiasa bersama orang-orang mukmin.. segala yang mustahil itu dengan begitu mudah dijadikan possible dengan izin dariNya yang Maha Berkuasa ke atas semua makhlukNya..



Surah al-Mu'min ayat 60:

"... dan Rabbmu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu"


Bantuan dari Allah datang dari pelbagai cara, mungkin kita tak sedar pun bila bantuan itu datang, so yakinlah dengan Allah.. sesungguhnya cuma Allah yang mengetahui kenapa ujian ini diturunkan.. bukanlah untuk membebankan hambaNya, tapi untuk menguji kita.



Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari,

Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis di mana matahari?
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita dengan PELANGI YANG INDAH

Alihkan pandangan matamu ke arah laut,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan,
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya

Jika rasa kecewa,
alihkan pandanganMu kearah sungai
airnya tetap mengalir walau berjuta batu menghalangnya

Jika rasa sedih
pandanglah ke arah langit
ingatlah bahawa ALLAH SENTIASA BERSAMAMU


Doa ketika ditimpa bala:


Riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban:

Daripada Abu Bakrah r.a., Nabi saw bersabda: "Ya Allah! Aku mengharapkan rahmat Engkau, janganlah Engkau membiar aku menentukan diriku sendiri walau sekelip mata. Perelokkanlah keadaanku seluruhnya, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau"

-semoga saya tabah menghadapi ujian ini, diberi kekuatan dari Yang Maha Esa, semoga juga semuanya kembali ke tempat asal.. amin-

2 comments: