Friday, August 21, 2009

bila hati mula menangis




assalamualaikum....


ketika hati mula menangis:

ketika di uji dengan Allah
ujian berkaitan hati..
berkaitan iman dan taqwa
berkaitan sejauh mana mantapnya pegangan di jalan Allah

aku jatuh begitu sahaja
leka diulik buaian mimpi yang hanya indah di mata dunia
membiarkan para syaitan menguasai diri
melupakan segala yang dipelajari oleh guru agama di sekolah
mengenai tujuan kita dicipta di muka bumi Allah

hati demi hari
aku semakin leka
diulik mimpi indah dunia
sedang aku lupa... bahawa mati itu tidak akan menunggu kita
apakah yang aku mahu?
syurga atau neraka?
kebahagiaan dunia atau kebahagiaan hakiki?

ketika nafsu gembira diulik mimpi indah dunia
hati mula menangis mengenang kan dosa-dosa yang dipikul..
ketika hati mula menangis...

Ya ALLAH!
mengapakah aku begitu lemah sekali dalam melalui ujianMu ini
saban hari aku semakin terleka
Ya ALLAH!
janganlah Kau pesongkan aqidah aku Ya ALLAH!
janganlah Kau biar syaitan menguasai minda ku
janganlah Kau biarkan nafsu melebihi imanku


Demi cinta suci ku kepadaMu Ya ALLAH!
aku memohon...
bantulah aku...
bukakanlah pintu kepada kerumitan ini
seandainya perkara itu yang terbaik untukku
kau lekaskan lah ia ya Allah
seandainya perkara itu hanyalah mainan di muka bumi ini
kau jauhilah ia dengan sebaik-baiknya

YA ALLAH!
terimalah taubat ku Ya ALLAH
janganlah Kau tutup hatiku dari taufiq dan hidayah Mu
sesungguhnya aku hanyalah insan yang alpa, yang hina tanpa petunjuk dariMu

YA ALLAH!
MAHA SUCI ALLAH!
AMPUNILAH DOSA-DOSAKU YA ALLAH!
KEMBALIKANLAH AKU KE JALAN KEBENARAN..


ameen...

-insan yang hina... wani-


I'tiraf-Raihan



Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku, terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosa ku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu





di kesempatan ini... saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.. marilah kita sama-sama memperbaiki diri, muhasabah diri... menjauhi apa yang dilarang Ilahi, mendekati apa yang disuruhNya.. come guys, seize the opportunity..

moga ramadhan ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya.. ramai-ramai kita mengejar malam lailatul qadar insyaAllah...

surah al-zumar ayat 39:53

"Katakanlah(wahai muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"








No comments:

Post a Comment