Thursday, March 12, 2009

Jom kawin awal!

ni artikel yg saya copy n paste dr website iluvislam..





Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)

Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:

Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya(QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)


Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.

Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !

Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah


Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

7 comments:

  1. Anonymous6:41 AM

    Laki kene ade kemampuan untuk memberikan nafkah bukan untuk bini die jek, untuk family die jgk.. Perempuan bile kawin, syurga dibwh telapak kaki suami, tp lelaki still same dibawah telapak kaki ibu.. So kawin awal ni releven tapi bergantung pada situasi n perlula betul2 berkemampuan.. Statistik jg menunjukkan kadar penceraian di Malaysia semakin hari semakin meningkat especially pasangan muda.. So fikir fikirkan.. dan selamat beramal.. tiru ayat prof izzi.. hehe

    ReplyDelete
  2. hmmm
    kena betul2 cukup bersedia

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:09 PM

    yup kene btol2 dh bersedia br leh kawin.. kawin ni banyak tanggungjawab die..

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:16 AM

    dlm menafsir ayat2 al quran atau hadis,kita x bole terima direct translation je...rezeki dan kekayaan tu byk maksud die...anak itu sndr rezeki dr Allah,bukan wang ringgit semata-mata..kahwin bukan semudah yg dilihat atau disangka...kalau x,xkn ada hukum haram berkahwin apabila tidak mampu secara zahir dan batin...hukum kahwin kn boleh berubah mengikut keadaan...dr wajib,ke sunat,harus dan last skali haram...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum anonymous,

    yup saya setuju ngan awak, ayat quran takleh ditafsir direct cmtu je..

    neway artikel ni bukan dr saya, saya cume copy n paste dari website i luvislam

    dan tujuan saya letak artikel ni kat blog saya ni, sebab saya nak buka mata semua org yg kawin itu indah, kalau sudah bersedia n cukup syaratnye, hendaklah kite percepatkan perkahwinan ni.. dr terus menerus dengan hubungan tak sah seperti kapel. yg lebih membawa kepada zina.. yg sudah cm jadi budaya plak kat remaja skang ni..

    tp dlm masa yg saya, memang kawin ada hukum2nya.. sunat, makhruh,haram,wajib,harus.. cm yg kita semua dh belajar kat sekolah dulu.. bab perkahwinan.. rasanya semua pun sedia maklum mengenai perkara ini.. thanks neway for d comment

    saya mintak maaf if artikel ni memberi kekeliruan kepada sume, n if ada kekeliruan, mintak rujuk kepada ustaz or ustazah..

    saya cume nak membentangkan kat sini bahawa perkahwinan itu indah.. tu saja.. sekian :D

    ReplyDelete
  7. terbuka blog ini.
    nak cakap..
    sy setuju kawin awal..even sy sndiri lum kawin.

    ReplyDelete