
Wahai muslimah dirimu ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Wahai muslimah jagalah tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Wahai muslimah jagalah tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Wahai muslimah jagalah pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Wahai muslimah simpalah secebis malu;
kerana malu itu, sebahagian daripada iman...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
baiklah 'kakak' wani.=)
ReplyDeletehaha.. nak exam esok sempat lg masuk blog org eh
ReplyDelete