Saturday, July 04, 2009

Nilai sebuah persahabatan




Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:



Daripada Nu'man bun Basyir r.a., Nabi saw bersabda: "Kemesraan, kasih sayang dan saling berbelas kasihan antara orang Mukmin diibaratkan seperti satu jasad, apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar"



Kisah rumput dan orang yang disayangi:


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya

Makna dari cerita ni:

-apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.

-Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.

- Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.

-Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

-Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

-Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Riwayat al-Bukhari dan Muslim:


Daripada Anas r.a., Nabi saw bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya sepertia ia mengasihi dirinya sendiri"


UNIC-Jalinan

Indahnya suasana
Kita di hari ini
Ceria bersama bermesra

Erat silaturrahim
Saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia

Yang tua di hormati
Yang muda sayangi
Cetuskan suasana harmoni

Oh mari bersama
Kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan

Di hari ini
Kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira
Di dunia ini.

Lagi indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
Di akhirat sana.




3 comments:

  1. so nice. keep it in your heart

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. ^_^

    ReplyDelete
  3. manusia selalu begitu...
    selalu mengharap pada yang sempurna
    andai sekali terdetik...
    'betapa tak sempurna nya aku...'
    mungkin manusia itu akan lebih tahu menghargai...
    kita sendiri kadang-kadang menghargai bila apa yang kita pernah ada hilang dalam genggaman...saat itulah baru kita terfikir,"betapa bodoh nya aku tak menghargai dia"

    hehe...luahan rasa diri sendiri...keskeskes
    ^pEaCe^
    ayat poyo run^nia in wonderland =p

    ReplyDelete