Thursday, October 15, 2009

Jom stop bergosip



assalamualaikum... dh lama rasanya saya tak upload blog ni.. terlalu sibuk menguruskan hidup agaknya.. malam ni, saya terfikir nak bercakap mengenai sesuatu perkara yang memang dh lame dh saya nak ckp pun.. cuma malam ni ade sket masa terluang.. berkenaan ape? berkenaan gosip..

sekarang ni saya hidup dalam dunia remaja. masing-masing tak lari dengan dunia gosip. Gosip tu macam dh jadi benda biasa dalam hidup skang ni.. sebenarnye gosip tu apakah kebaikan die dan apakah pula keburukan die?

gosip setakat yang saya tau, die memang ade banyak jenis. Gosip pasal seseorang (boleh kate mengumpat) or gosip pasal kisah seseorang (bawak mulut .. herm sama je maknanya macam former hoho) or ntah ape lagi jenis yang ada, saya kurang pasti.

saya cuma nak ckp secara terus terang mengenai pendapat saya pasal gosip ni. Maaf if ada mana-mana pihak yang terasa. Bukanlah niat saya nak kenekan sesiapa, tapi sekadar peringatan untuk saya dan diri sendiri kerana saya juga tak terlepas dari bergosip huhu

okay, first.. gosip pasal match match kan orang. Banyak sangat dah gurauan macam ni. Si dia dengan si dia.. konon-konon sepadan di mata kita diorg tu. awalnya kita cuma nak usik aja, kononya nak bergurau, tapi macam mana pula sekiranya benda ni spread kat orang ramai? orang yang tak tau usul periksa? tak mustahil benda yang sepatutnya hanyalah gurauan akan menjadi fitnah. Elok ke macam tu? pastu, macam mana pula kita nak tau sama ada orang yang kita gosip tu tak terasa hati dengan gurauan macam tu? Manusia ni banyak ragam, ada jenis yang suka berterus terang, ada pula jenis yang suka memendam rasa. Mcm mana kalau sebenarnye die tak suka lansung kene gosip macam tu? Dia kecik ati ngan kita? takut lama-lama melarat sampai boleh menjejaskan hubungan silaturrahim pula

second, gosip psal kisah hidup orang. Ha ni pun banyak gak terjadi. Kita tau kisah pasal kawan kita tu, pastu sibuk nak bercerita pasal dia kat ramai orang. Orang pulak bercerita kat orang lain dan akhirnya satu dunia terus tau. Saya tak faham benda ni. seronok sangat ke bergosip? kadang-kadang bila duduk-duduk, ada banyak masa lapang, banyak la pulak mulut yang bukak cerita pasal si polan ni, si polan tu.. kenapa ye? banyak lagi rasanya benda berfaedah yang boleh di bawa bicara... saya nampak keburukan die je lebih... ye lah, first kisah orang tu di heboh kan orang ramai, so leh membawa aib kepada orang tu.. second.. boleh jadi fitnah lama-lama sebab bila kisah lisan di bawa turun temurun ni, lama-lama cerita asal die pun dh jadi lain..

last skali, saya mintak maaf if ada kata-kata yang menyinggung mana-mana pihak, tapi inilah pendapat saya secara jujur dan berani. Kalau kita nak bergurau, lebih baik kita cari cara bergurau yang lebih appropriate, yang takkan menyinggung mana-mana pihak, yang memang seronok untuk di bawa bergurau.. gosip bukan caranya.. And if kita ada banyak masa terluang, daripada kita bergosip sana sini pasal orang, lebih baik rasanya if kita manfaatkan masa yang ada tu dengan sebaik-baiknya. Bace buku atau melipat ganda kan amalan sementara kita masih ada masa di muka bumi Allah ni

Ingatlah, sesungguhnya masa tidak akan menunggu kita semua dan ajal kite semua tak tau bila, lebih baik kite melipatgandakan amalan, menambahkan pahala, dari mengejar dosa free macam ni.. Bak kata seorang kawan saya - Kurangkan bergosip, tingkatkan prestasi

Riwayat al-Tirmizi:

Daripada Abu Hurairah r.a: Nabi saw bersabda: "Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya"

Riwayat Muslim:

Daripada Abu Said al-Khudri r.a.,: Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya dunia adalah manis dan indah. Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia. Lalu, Allah melihat bagaimana kamu beramal"

sekian teguran sayang dari saya, maaf sekali lagi if ada mana-mana pihak yang terasa..





No comments:

Post a Comment