Saturday, January 31, 2009

Salam Imtihan!



assalamualaikum kawan-kawan.. post kalini saya juz nak ckp gudluck kat sahabat-sahabat yang amik university exam bulan depan.. di harap sumenye lipat gandakan usaha, banyak2la refresh memmory tu, dan banyakkan juga solat hajat dan doa kepada Allah mudah-mudahan usaha kita semua ni berbaloi..
:woooh:


Kejayaan bukan satu destinasi

tapi ia adalah satu perjalanan
semakin jauh anda berjalan,
semakin bagus anda akan jadi,
ianya tiada penghujung

Semoga tenang dalam mengharungi cabaran dunia
Semoga berjaya dalam peperiksaan
Berusahalah selagi mana terdaya
Bertawakallah untuk hasil yang sempurna

Jangan direnung letihnya usaha,
tapi renunglah betapa manisnya KEJAYAAN


Surah ali imran ayat 159:

"Kemudian setelah kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya"

Riwayat Ibn Hibban

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi saw bersabda: "Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau menjadikan mudah. Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki ia mudah"

jom lipatgandakan usaha.. -maaf gambar poyo di situ haha-








:wave: ALL THE BEST IN EXAM!! BITTAUFIQ WAN-NAJAH!!

Thursday, January 29, 2009

Adab bersahabat dalam Islam


Riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi saw bersabda: "Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang yang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat menyalakan api. Orang yang membawa kasturi, samada ia memberikannya kepada kamu, atau kamu membelinya, atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau mendapat bau yang busuk"

Adab bersahabat dalam islam:

  • melebihkan sahabatnya
  • menolong sahabatnya
  • menyembunyikan rahsia sahabatnya
- if kawan kita menceritakan sesuatu kepada rahsia kepada kita, hendaklah kita simpan elok-elok. jangan kita cerita kat sume orang even sorg pun akan rahsia itu sebab itu adalah amanah kawan kita kat kita.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tiga petanda orang munafik: Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia memungkirinya, apabila diberi amanah ia mengkhianatinya"
  • menutup aib sahabatnya
- macam biasa, kita semua manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan dan masing-masing ada kelemahan diri. sebagai sahabat yang baik, selama mana kita kenal kawan kita tu, kita tau kelemahan dia, hendaklah kita simpan kat diri sendiri, jangan bgtau semua orang mengenai kelemahan dirinya. Kalau kita nampak dia buat silap, tegurlah cuba perbaiki, itu yang sebaiknya

Hadis riwayat Muslim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tidaklah seorang hamba yang menutup keaiban hamba yang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari khiamat"
  • apabila mendengar orang lain mencela sahabatnya maka jangan sampaikan kepada sahabat itu
- nape sebenarnya kita tak leh bgtau kawan kita if kita dengar something buruk pasal die? sebab terus terang ckp, takde faedah pun.. ble kawan kita tau, dia akan marah, and timbullah pergaduhan di situ. Seelok-eloknya ble ade orang yang mencela kawan kita, kita perbetulkanlah orang itu.. jangan pulak kita pun tumpang sekaki kutuk kawan kita sudahlah.. hehe

Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad:

Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi saw bersabda: "Siapa yang melihat suatu keaiban lalu menutupnya, ia mendapat ganjaran seperti menghidupkan anak perempuan yang ditanam hidup-hidup"
  • apabila org berkata buruk mengenai sahabatnya, jangan termakan dengan perkataan itu
-herm yang ni selalu sangat terjadi zaman skang ni. Kita kawan ngan orang ni, tiba-tiba bila dtg pihak ketiga kutuk kawan kita cmni-cmni, kita pun tanpa berfikiran panjang terus je percaya dengan kata-kata orang ketiga itu. Jadi kat sini saya nak ckp, janganla cepat sangat percaya kat kata-kata orang lain... kadang-kadang syaitan ni yang mengapi-apikan kita.. sengaja syaitan itu hendak memutuskan ukhwah yang terbina
  • apabila mendengar orang memuji sabahatnya, hendaklah disampaikan kepada sahabatnya akan berita itu (if lebih bagus sekiranya disampaikan)
- yang ni rasenye semua pun faham kan? if berita baik itu bagus untuk disampaikan, maknanya if kawan kita dengar die akan bertambah melakukan perbuatan yang baik, baiklah kita sampaikan. Tapi if kita sampaikan n ble die dengar, die menjadi bongkak, lebih baik kita senyap je dari bgtau..

Hadis riwayat Ibn Majah

Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufian r.a., Nabi saw bersabda: "Berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh 'menyembelih'"
  • kalau sekiranya bertanya khabar hendaklah bersungguh-sungguh bertanya khabar
-ha yang ni.. maknenye kita slalu tanya khabar kawan kita time kita susah dan senang. Zaman skang ni, time senang takde pulak kita nak tanye kawan kita tu sihat ke tak.. tp ble susah, dan2 teringat kawan-kawan.. mula la nak bertanya khabar sume2.. lepas tu trus mintak tolong.. niat dh tak ikhlas..
  • jangan bertekak dengan sahabat kita itu
-if ada masalah, selesaikanlah dengan perbincangan yang elok-elok. Kalau boleh mengalah je la tak payahla nak menang, if due2 pun nak menang sampai ble2 pun tak selesai. Pernah diceritakan Rasulullah saw dengan Saidatina Aisyah r.a., ketika baginda nak keluar rumah, baginda berpesan kepada Aisyah supaya jangan tunggu, tidur terus. Tapi saidatina Aisyah r.a, berkeras untuk tunggu. Lama-lama Aisyah pun tertidur. Ketika Rasulullah saw pulang, baginda memberi salam sampai 3-4 kali masih tak berjawab, baginda pun tidur di luar. Aisyah yang kemudiannya tiba-tiba terjaga di tengah malam, pelik ble tgk Rasulullah saw tak balik-balik lagi, terus buka pintu dan terkejut melihat baginda tidur di luar.

Aisyah meminta maaf banyak kali, " Maaf ya Rasullullah, hamba tak dengar"

Rasulullah saw menjawab," Tidak bukan salahmu, aku yang pulang lewat"

  • hendaklah memanggil nama yang elok-elok
- hehe yang ni semua pun tahu kan? kalau dh nama kawan kita tu hazwani, panggil la dia seelok-eloknya nama penuh. semua nama tu kan ada maksud.. contohnya 'hazwani' bermaksud 'pemberianku', 'wani' bermaksud 'mutiara'. Haha jangan plak suka-suka kita je panggil die lembu,kambing, kera telinga capang, cicak kobeng berkepala dongga.. haha sume tu maksud yang ntah hape2.. if kita panggil dia nama yang elok-elok tu cm doa, kan bagus kita mendoakan sahabat kita. Ustazah saya pernah ckp kat saya, if kita panggil kawan kita tu dengan nama yang tak disukainya, kita mendapat dosa, mungkin secara zahirnya dia gelak2 je ble dengar, tapi dalam hati die tak suke sape tau? jadi pasni panggil la kawan-kawan kita dengan nama yang elok-elok ok? [maaf kepada yang terasa hahaha]
  • kalau melihat kebajikan sahabat kita itu hendaklah dia bersyukur
-bersyukur sebab dikurniakan sahabat yang baik budi pekertinya.. kan sejuk hati dapat kawan cmtu.. mudah-mudahan Allah buka hatinya untuk melipat kali gandakan amalan. Jangan plak ble kawan kita berbuat baik, kita rase dengki n benci plak ble tengok..
  • hendaklah ditegah orang lain dari mencela sahabat kita itu
- yang ni lebih kurang cm point kat atas, if kite dengar orang kutuk kawan kita, mintak dia berhenti dari terus mengumpat. Sebab kadang-kadang tu apa yang dicakapkan bukan betul pun, ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. Kita yang tumpang dengar ni pun tumpang sekaki mendapat dosa..

Hadis riwayat Muslim:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., Nabi saw bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengecam (menyebar fitnah)"
  • beri nasihat kepada kawan kita if dia melakukan kesilapan dengan cara yang lemah-lembut
-yang ni dh memang menjadi tanggungjawab seorang sahabat untuk menegur sahabat yang lain if buat silap. Jangan kita diam dan biar je dia terus buat silap. Tapi nak tegur pun kene la dengan cara berhemah, jangan terus marah-marah, maki-maki.. memang la die takkan dengar pun haha.. eloklah kita guna pendekatan yang lemah lembut.. sesungguhnya Allah suka kepada sikap lemah lembut itu

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Daripada Aisyah r.a., Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara"
  • memaafkan kesalahan sahabatnya
-if ada wat salah, sama-sama kita bermaaafan.. tak guna simpan dalam hati.. ambil yang jernih, buang yang keruh
  • mendoakan taulannya dalam solatnya pada ketika hidupnya dan pada ketika matinya
Nabi Muhammad saw bersabda:

"Apabila bersahabat rapat kerana Allah, nanti akan diletakkan di bawah tiang Arash di Padang Mahsyar"
  • hendaklah berbuat kebajikan kepada sahabat kita dan keluarganya ketika telah mati
- yang ni ketika sahabat masih hidup n mati pun, hendaklah kite membuat kebajikan kepadanya dan juga ahli keluarganya.

Hadis riwayat Muslim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seseorang Muslim Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong seorang hamba selagimana ia berusaha untuk menolong saudaranya"
  • jangan memberati seseorang taulan itu akan sesuatu hajatnya supaya senang hari taulannya dari kesusahannya
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa seorang muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan di hari khiamat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah akan menutup keburukannya di hari kiamat"

Nabi Muhammad saw bersabda:

"Bencikan kepada dunia ini, Allah sayang kepadamu. Bencikan barang-barang yang ada pada tangan sahabatmu dan saudaramu, mereka akan sayang kepadamu"

-hadis ni bermaksud, if kawan kita ada barang, kita janganla asyik mintak barang tu dari dia sampai bagi dia rimas... hehe
  • if kawan kita senang, kita pun tumpang senang
-yang ni, if kawan hepi kita pun hepi, if die sedih, kita pun sedih.. jangan plak ble die sedih kita hepi.. or secara zahirnya kita kita sedih ble die sedih, tapi dalam hati ble die sedih kita hepi.. haha dua2 pun jangan ok?.. ape ntah peribahasa melayu.. cubit peha kiri, peha kanan pun terasa.. hehe
  • jumpa kawan beri salam
Hadia riwayat al-Tirmizi:

Daripada Abdullah bin Salam r.a., Nabi saw bersabda: "wahai manusia! Ucapkanlah salam, berilah makanan, dan tunaikanlah solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu memasuki syurga dengan selamat"

-orang yang bawak kereta beri salam kepada orang yang berbasikal, orang yang berbasikal beri salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kaki beri salam kepada orang yang berhenti
  • if dalam satu tempat, kawan baru datang, berilah dia tempat duduk, if dh takde tempat duduk, hendaklah kita bangun dari situ dan berikan dia tempat duduk kita
  • apabila sahabat datang, hendaklah bangun menyambutnya. Apabila dia nak balik, hendaklah kita bangun menghantarnya ke muka pintu atau yang selayaknya
-yang ni, if orang dtg umah kita, tak kiralah sahabat or tetamu lain, hendaklah kita layan dia sebaik-baiknya. Jangan sampai dia rasa tak selesa kat umah kita
  • apabila kawan sedang berkata-kata jangan potong
-yang last skali ni, teguran untuk sume orang termasuk saya sendiri haha.. kalau orang ckp, janganla potong, biar dia ckp sampai abis dulu, then baru la kita mencelah.. kadang2 tu kawan tengah ckp, kite mencelah sampai dia pun dh lupa die nak ckp apa.. hehe..

Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat"

Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi:

Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi saw bersabda: "Sabahat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya"

Jalinan-UNIC

Indahnya suasana kita dihari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana

Erat Silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Kita jalinkan
Kasih sayang






Wednesday, January 28, 2009

Sekadar renungan..



Jika mereka sibuk mencari cinta,

Biar kita sibuk mencari iman.


Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biar kita sibuk mencari keredhaanNYA,


Jika mereka menangis kecewa bercinta.

Biarlah kita menangis mengenang dosa semalam.


Jika mereka cintakan kemanusian,
Biarlah kita cintakan tuhan,


Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi.

Biar kita dambakan ukhrawi...
carilah cinta yg hakiki hanya pada Tuhan yg Esa




Sunday, January 25, 2009

Fenomena alam menurut al-Quran




Firman Allah swt yang bermaksud:


"Tidak menimpa kamu satu musibah, tidak kene kamu satu musibah walaupun suatu kecil-kecil musibah melainkan dengan apa yang kamu sendiri usahakan"

menurut ulama tafsir al-quran, ayat ini seolah-olah menerangkan bahawa setiap kesilapan yang kita lakukan pasti akan menerima balasan dari Allah, sebagaimana yang menimpa nabi Adam a.s yang selama baginda duduk di dalam syurga yang senang-lenang, kerana keingkarannya kepada perintah Allah yang melarang dari mendekati pokok terlarang, baginda di usir dari syurga Allah sebagaimana firman Allah swt


"Dan ingatlah ketika mana kami berkata kepadamu: Duduklah wahai kamu dan isteri kamu di dalam syurga, makanlah apa yang kamu mahu makan, cuma jangan hampiri pokok ini"


Oleh kerana terpengaruh dengan hasutan syaitan, maka hawa dan nabi adam a.s, telah memakan buah khuldi itu, lalu diusir keluar dari syurga Allah


"Berambus kamu semua dari syurga"

Selepas baginda di halau dari syurga ke muka bumi, nabi adam a.s telah insaf, lalu Allah swt mengajar baginda bagaimana untuk bertaubat. Akhirnya pada 10muharam, taubat nabi adam a.s telah diterima Allah


Firman Allah swt:


"Harini apabila mereka telah lupa apa yang telah dinasihatkan kepada mereka, lantas mereka melalukan apa yang terlarang, meninggalkan yang halal, kami akan buka kepada mereka segenap pintu rezeki, biar mereka mewah sehinggalah mereka bongkak, sombong dengan kekayaan mereka, kami akan ambil kemewahan itu dengan tiba-tiba"

macam yang kita semua tahu, macam-macam bencana alam telah menimpa dunia masa kini, telah banyak harta yang hilang, keluarga yang kehilangan ahli keluarga. namun disebalik kejadian yang menimpa ini, hendaklah kita semua tahu bahawa tidaklah sesuatu itu terjadi tanpa izin Allah, tanpa hikmah disebaliknya, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


"Dan sesungguhnya kami akan uji dengan suatu ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa, berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"

ulama' tafsir menerangkan bahawa orang-orang yang sabar ini ialah golongan yang apabila ditimpa bencana mereka masih bertenang, menyebut innalillah wa inna lillahi rojiun serta berdoa ke hadrat Allah semoga diberi ketenangan untuk menempuh dugaan tersebut.

Firman Allah swt:


"Berlakulah kerosakan, bencana di daratan, lautan kerana itu berlaku atas kesilapan manusia sebagai balasan atas kesilapan yang mereka lakukan"


so sebenarnye setiap bencana yang diturunkan oleh Allah itu berlaku kerana wujudkan kesilapan yang telah kita lakukan, sebagai contoh yang berlaku kepada kaum Aad, mereka telah diberi nikmat kemewahan hasil tanaman tetapi mereka kufur dan menolak ajaran nabi hud a.s, lalu mereka dibinasakan dengan angin puting beliung yang dahsyat


firman Allah dalam surah al-haaqqah ayat 6-7:

وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ
سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَى كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ

"
Adapun kaum Ad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk)."

kaum nabi nuh yang telah dibinasakan dengan banjir yang dahsyat sebagaimana dalam surah al-qamar ayat 9-16


"
Sebelum mereka, telah mendustakan (pula) kaum Nuh maka mereka mendustakan hamba Kami (Nuh) dan mengatakan: "Dia seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman. Maka dia mengadu kepada Tuhannya: bahwasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu tolonglah (aku). Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah.Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan.Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku, yang berlayar dengan pemeliharaan Kami sebagai balasan bagi orang-orang yang diingkari (Nuh). Dan sesungguhnya telah Kami jadikan kapal itu sebagai pelajaran, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran? Maka alangkah dahsuyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku."

ulama' menafsirkan bahawa segala bencana yang berlaku di muka bumi datangnya dari maksiat yang berleluasa, sebagai contoh banjir yang berlaku adalah kerana berlakunya zina, rogol yang berleluasa. So, banjir ini diturunkan untuk menbersihkan muka bumi ini yang telah dinodai. Kemarau yang berpanjangan adalah berpunca dari golongan yang tidak mahu membayar zakat.

Sabda Nabi Muhammad saw:

"Tidak ada satu kaum yang menghalang harta mereka dari mengeluarkan zakat, maka perbuatan menghalang dari mengeluarkan zakat itu samalah seperti menghalang hujan turun dari langit. Allah tidak akan menurunkan hujan sehinggalah kamu semua mengeluarkan zakat"

Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang terjadi itu tanpa sebabnya. Firman Allah swt:

"Allah tidak pernah menzalimi manusia melainkan manusia itu menzalimi dirinya"

semoga kita semua selamat dari bencana Allah hendaknya, marilah sama-sama menjauhi larangan Allah, mentaati perintah Allah supaya kita semua hidup dalam suasana yang bertepatan dengan syariat Islam. Muhasabahlah diri, agar kita segera bertaubat apabila telah melakukan kesilapan, supaya kita mengambil iktibar dari kesilapan lalu, dari nasib yang menimpa kaum-kaum terdahulu. Saya teringat pepatah dalam buku teks sejarah yang berbunyi:

"People who forgot about the past are condemned to repeat it"

Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban:

Daripada Abu Bakrah r.a., Nabi saw bersabda: "Doa orang yang ditimpa bala ialah: ' Ya Allah! Aku mengharapkan rahmat Engkau, janganlah Engkau membiar aku menentukan diriku sendiri walau sekelip mata. Perelokkanlah keadaanku seluruhnya, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau"


banjir




kemarau

Friday, January 23, 2009

Lintah



INFO: Lintah


  • Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.
  • Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.
  • Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.
  • Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.
  • Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
  • Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.
  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.
  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
  • Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya

Ciri-ciri

  • Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan
  • Badan nya terdiri dari 34 segmen badan
  • Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior
  • Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
  • Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumah nya untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
  • Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
  • Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah, lalu jatuh dan mula mencari pasangan
  • Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika, selalu nya 3 jam
  • semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
  • Hirudin akan menghalang darah dari membeku
  • Dari sini lah Lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea
  • Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun tanpa mendapat kan darah lagi
  • Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
  • Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
  • Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk

Kegunaan lintah dalam bidang perubatan:


Lebih 2000 tahun, lintah diperlukan dalam bidang perubatan sebagai pencair darah. Ia digunakan di Eropah pada tahun 1830 dan 1850, tetapi akibat kekurangan bekalan ia tidak lagi digunakan.

Hari ini ia kembali digunakan dalam perubatan antaranya dalam pembedahan plastic. Lintah diklasifikasikan seperti produk darah yang lain dan hanya boleh digunakan satu lintah pada satu persakit.

Cecair yang dihasilkan oleh lintyah yang dikenali sebagai Hirudin amat berguna dalam bidang perubatan ini. Contoh ia mampu mencairkan darah dan juga dalam penghsilan ubat untuk bengkak pada telinga.

Ekstrak Hirudin – mengurangkan pembentukan pembekuan darah dan melancarkan darah, mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot dan sengal2 badan.


  • Ekstrak Pheromone – merupakan hormone yang mengeluarkan bau yang menarik perhatian pasangan. Berguna dalam masalah hubungan seksual.
  • Ekstrak Histamin – histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.
  • Ekstrak Nitric Oxide – mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.

Kaedah menjauhkan diri dari lintah


  • Menyapukan sabun pada kulit dan dibiarkan kering
  • Menyapukan minyak
  • Limau nipis dan lemon



sumber:agrolist

Wednesday, January 21, 2009

Kasih tercipta dari susuan ibu



AIR susu ibu merupakan minuman berkhasiat untuk bayi terutama susu awal ibu iaitu susu yang mula-mula sekali keluar selepas seseorang wanita melahirkan anak.


Khasiat susu awal ibu dikaitkan dengan kandungan kolestrum yang berwarna kekuningan. Ia membekalkan antibodi daya tahan penyakit yang kuat kepada bayi.


Bayi yang minum susu ibu juga dipercayai mempunyai personaliti dan memiliki emosi yang stabil. Amalan menyusukan bayi turut berfaedah kepada ibu dalam membentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.


Kewajipan ibu menyusukan anak terkandung dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 233:


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan (bapa pula) memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..."


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Arab dahulukala untuk menghantar anak mereka menyusu dengan seorang wanita di kawasan kampung.


Dua orang wanita yang diberi penghormatan untuk menyusukan Nabi Muhammad s.a.w ialah Suwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab dan Halimatus Saadiah daripada suku Bani Saad.


Selain menguatkan sistem imun badan, kanak-kanak yang menyusu susu ibu ini turut belajar bahasa Arab dan adab yang murni kerana luar bandar biasanya bebas daripada pengaruh kota.


Dengan menyusukan Rasulullah, nama Halimatus Saadiah dikenang sehingga kini. Inilah kemuliaan yang diperolehnya.


Halimatus Saadiah bukanlah seorang yang kaya tetapi dia tetap sudi menyusukan baginda walaupun telah mengetahui Rasulullah ialah anak yatim piatu dan mungin tiada siapa yang akan membayar kerja susuannya.


Tetapi dengan hati yang ikhlas, Halimatus Saadiah menerima tugas menyusukan Nabi Muhammad.


Penghormatan yang diperoleh oleh Halimatus Saadiah ialah namanya dikenang sepanjang zaman kerana jasanya ke atas seorang rasul yang tidak pernah melihat wajah bapanya sejak lahir ke dunia.


Amalan menyusu anak amat digalakkan dalam Islam. Kedudukan ibu yang menyusukan anak digambarkan dalam sabda Rasulullah yang bermaksud:


Diriwayatkan daripada Hajjaj al-Aslami bahawa dia bertanya:


"Wahai Rasulullah, apakah yang boleh menghilangkan ingatan hatiku daripada mengenang jasa orang yang telah menyusuiku?"


Lantas Rasulullah menjawab dengan katanya:


"Hendaklah kamu menghadiahkan kepadanya seorang hamba atau jariah yang masih kecil."


Seorang ibu yang menyusu anak dalam pangkuannya akan membuahkan ikatan kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.


Bagi memperoleh khasiat dan keberkatan yang berpanjangan, ibu perlulah menjaga pemakanan. Pastikan setiap suapan makanan adalah halal, bersih dan baik.


Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 172:


"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepadaNya."


sumber: kosmo online


Halimatus Saadiah-In Team


Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya


Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta


Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan


Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda


Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah


Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman


p/s: click kat imeem player to play this song



Beriman vs kufur



Riwayat Muslim:

Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda:

"Apabila keluar roh satu orang yang mukmin ada 2 malaikat sambut rohnya. Roh itu dibawa naik ke hadrat Allah swt. Roh orang yang beriman itu apabila dibawa menghadap Allah swt, wanginya seumpama kasturi. Sewaktu roh itu dibawa menghadap Allah, penduduk langit berkata 'Ini roh orang yang baik-baik datang dari bumi mudah-mudahan Allah limpahkan segala rahmat kasih sayang kepadamu dan kepada jasad yang kamu duduk sebelum ini' maka kemudian di bawa ke hadrat Allah swt"

Apabila roh ini di bawa menghadap Allah, Allah kemudiannya berfirman:

"Bawa roh ini dan letakkan di tempat baik sehingga tiba hari khiamat"

Golongan orang-orang yang beriman ini adalah golongan yang apabila mendengar ayat quran bergetar hatinya, apabila mendengar hadis mereka terasa nak mengikut hadis itu, apabila mempunyai masa lapang mereka penuhi dengan zikrullah, mengaji al-quran, golongan yang sentiasa mentaati perintah Allah, menjauhi laranganNya

Akan tetapi, sekiranya manusia itu tergolong dalam golongan yang menidakkan halal haram, hanya mengejar kemewahan dunia, tidak percaya kepada hadis dan quran, masa lapang mereka dipenuhi dengan segala dosa dan maksiat, balasan yang menimpa golongan-golongan ini ketika di hari khiamat sangatlah dahsyat, bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-An'Am ayat 93:

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu boleh nampak ketika orang-orang yang zalim ini ketika dia di dalam sakaratulmaut"

- orang yang zalim dalam ayat ini refer kepada golongan yang apabila Allah memberi peluang kepadanya dengan nikmat harta, pancaindera yang sempurna, masa lapang yang banyak, dia mengabaikan nikmat itu dengan memilih jalan yang salah.

"Ketika nyawa hendak diambil, datang malaikat menepuk belakang orang itu dengan kuat sehingga terpacul keluar roh itu dari jasadnya, lalu berkata 'Hari ini engkau akan dapat balasan setimpal dengan kejahatan yang engkau lakukan'"

Riwayat Muslim:

Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad saw bersabda:

"Apabila terbit sahaja roh di badannya, ketika dibawa menghadap Allah swt, busuk baunya. Allah melaknat roh itu. Penduduk langit berkata 'Ini roh orang yang keji datang dari bumi'"

Ketika dibawa menghadap Allah, Allah berfirman:

"Letakkan roh ini dipenjara sehingga tiba hari khiamat"

So kawan-kawan, mari kita muhasabah diri, sebanyak mana nikmat kurniaan Allah kepada kite, selama mana kita hidup di muka bumi ini, sudahkah cukup amalan kite? Macam yang kite sume tau, dalam dunia cume ada dua golongan je.. golongan yang beriman dan golongan yang kafir.. ataupun golongan yang memilih syurga Allah ataupun neraka.

Tepuk dada tanya iman.. Yang mana satu pilihan hati? lipat gandakan usaha, gunakan masa lapang dengan sebaiknya, kalau ade buat dosa segeralah bertaubat.. bersama-sama kita memperbaiki diri, melipatgandakan usaha mudah-mudahan kita semua berada di dalam golongan yang layak untuk masuk ke syurga Allah swt insyaAllah

Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim:

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, ia adalah Mukmin"

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda:

"Allah berfirman: Aku sediakan untuk hambaKu yang soleh suatu yang tidak pernah dipandang dengan mata, tidak pernah didengar dengan telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia"







Wednesday, January 14, 2009

Keinsafan



Assalamualaikum.. dh lame rasenye tak buat post baru.. herm busy actually.. handle pasal rumah, pasal nak exam lagi.. it's a tiring month! hehe tapi alhamdulillah sumenye berjalan dengan lancar. InsyaAllah saya dan kawan-kawan (2 org) akan pindah ke rumah baru jumaat ni. Esok exam, doakan saya ye

Herm seminggu due minggu ni memang banyak benda yang jadi, tapi yang paling besar skali yang terjadi kat saya ialah pengajaran yang Allah nak tunjuk kat saya. Saya juz nak kongsi ngan kawan-kawan, semoga masing-masing ambil iktibar (termasuk saya sendiri)

Macam yang semua tahu, duit scholar jpa bagi memang banyak, sampai slalu buat saya lupa diri. Saya slalu makan mahal-mahal, beli macam-macam.. pendek kata ape saya nak semua saya beli.. tak pernah pun tengok harga dia brape, kat kaunter baru la tau die mahal ke murah. Tapi time tu memang tak pernah sedar pun saya sedang boros...

Makan dalam sebulan, memang makan kat tempat kaya-kaya... makan mahal-mahal.. sehari makan rs200above.. tapi saya memang makan sampai abisla, sebab saya makan kuat huhu.. pastu kian hari blanje2... duit kat bank tak pernah saya nak tengok tinggal brape.. saya keluarkan duit ikut suka ati saya je.. beli macam-macam... yang mana satu kepuasan untuk saya (saya tak sedar saya tgh terpengaruh dengan bisikan syaitan time tu)

Tibe-tibe dapat arahan keluar hostel, kitaorg cari rumah.. susah sangat-sangat nak cari rumah yang menepati citarasa... ble dah dapat, ada yang kata jauh... ble dh dapat, ada yang kata mahal.. ble dh dapat, ada yang kata tak selamat... ble dh dapat, ada yang kata tak lawa.. sampai 4 hari cmtu barula kami dapat rumah...

Lepas tu, suddenly i have to go back.. to malaysia.. check duit kat bank, nak keluarkan duit untuk bayar tiket... [33k].. skrin atm tulis:

"Sorry your money is not enough for the transaction!"

Saya terkejut sangat-sangat.. brape banyak yang saya tinggal ni? saya cek balance.. 48k!!!! Rumah kene bayar deposit untuk 10bulan bersamaan 1 lakh [100k]. Disebabkan kongsi 3 org, sorg kene bayar dalam 33k.. So duit yang saya ada cume lepas untuk bayar salah satu..

Time tu saya sangat-sangat tersentak.. seriously.. tak tipu.. sebab duit jpa tak pernah tak cukup untuk saya tibe-tibe kalini... Saya call mak saya, dan die ckp die nak masukkan duit... she will help me.. Saya cakap saya tanak mak tolong, takpela orang boleh stay kat sini... But she refuse.

Dia cakap, "Takpela, mak tolong anak mak.. skang ni mak tolong.. nanti bila dh keje jangan lupe mak"

When she said that saya nangis sangat-sangat.. My mom sangat-sangat sayangkan saya...

Pengajaran yang saya dapat

1- Time saya cari rumah, tambah-tambah cari rumah yang menepati citarasa semua pihak, saya terfikir akan saudara-saudara kita yang miskin, diorg tak leh pun nak cari rumah yang best-best.. cukupla apa yang ada, sampai ada yang tidur di kaki lima sebab takde duit pun nak sewa rumah murah




2-Time saya kesesakan duit cmni, saya terfikir, banyak lagi saudara-saudara kita yang cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... saya ada tengok satu rancangan bersamamu kat tv3.. ada family ni ada ramai, diorg cume makan nasik dengan air n ikan sekor yang dikongsi untuk 10ahli keluarga. Sedangkan saya sehari keluar duit dekat berbelas belas ringgit untuk makan, keluarkan duit banyak-banyak untuk beli baju lawa2.. sedangkan ramai lagi saudara kita yang pakai baju koyak sana sini...



3-Time saya cari rumah jugak, saya terfikir, walaupun susah untuk mencari rumah, tapi saya masih hidup dalam keadaan di mana saya dapat banyak pilihan untuk pilih rumah, tempat untuk berteduh, tempat yang selamat jauh dari pertumpahan darah, sedangkan saudara-saudara kita di palestin banyak rumah-rumah yang dh kene bom.. duduk menyorok tepi bakul pun belum tentu selamat..



4-Last skali, sebenarnye mak sangat sayangkan anak-anak dia. Saya mengaku kadang-kadang berlaku perselisihan faham antara saya dan mak, terus terang benda-benda tu saya tanak pun terjadi tapi dia jadi di luar batasan... Walau apa pun yang saya dh buat, mak tak pernah lupekan saya.. selalu die anta sms ckp... blaja rajin-rajin.. nanti kamu kaya, bukan mak yang senang, mak cuma nak tengok anak-anak mak hidup senang.. Dulu saya slalu salahkan mak saya sebab paksa saya amik medik ni, tapi skang saya nampak apa yang mak saya pilih itu untuk kebaikan saya.. skang ni, i will do anything to repay what u have done to me mom.. :)




Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi:

Daripada Abu Humaid al-Saidi r.a., Nabi saw bersabda: "Perelokkanlah cara kamu dalam menuntut dunia. Sesungguhnya setiap orang adalah dipermudahkan berdasarkan untuk ketentuan yang telah ditetapkan kepadaNya"

Wednesday, January 07, 2009

mensyukuri nikmat Allah swt



Firman Allah swt dalam surah al-takasur (102) ayat 1-8

" Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu) dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan yakin, nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahanan. Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihat dengan ‘ainul-yaqin’ kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu "

Assalamualaikum untuk sahabat-sahabat... herm arini juz nak sembang sket pasal nikmat Allah.. sebenarnye if kita fikir-fikir balik, banyak sangat-sangat nikmat kurniaan Allah kepada kita, antaranya nikmat iman, islam, umur...

ble tidur, bangun2 ble sedar kita masih bernyawa, bernafas... alhamdulillah... bangun-bangun dan sampai arini kita masih lagi di jalan Allah.. alhamdulillah... tak kira time bila-bila pun, tidur, berjalan, sume kite dianugerahi dengan nikmatNya yang tak terhingga.

Benarlah firman Allah swt:

"Sekiranya kamu ingin menghitung satu persatu nikmat dariKu kepadaMu nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya"

Sesungguhnya benarlah Allah itu bersifat ar- rahman [maha pengasih], ar-rahim [maha penyayang] dan al-karim [maha pemurah]. Kadang-kadang bila kita hidup dalam kemewahan, hidup dalam kesenangan, dapat semua yang kita impikan kita sering lalai untuk bersyukur kepada Allah.

Pernah ada antara kita yang berdoa banyak kali untuk sesuatu yang diimpikan tapi walau dh bertahun lamenya pun tak dimakbulkan lagi. Ada yang sampai 30tahun, 10 tahun... paling penting sebenarnye kita tak boleh berputus asa berdoa. Bersangka baiklah dengan Allah sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Misalnya, if kita berdoa untuk mendapatkan sesuatu yang bagi kita sesuatu yang baik, tapi tidak dimakbulkan, kita kena percaya bahawa ada hikmah disebaliknya itu. Mungkin benda yang baik itu bukan baik untuk kita... maknenye maybe benda yang baik itu if kita dapat kita akan berubah jadi seorang yang 'tak baik'... sombong.. lupa daratan..

Allah swt pernah menegur orang-orang yang sengaja mengeraskan hati iaitu degil untuk bersyukur dengan nikmat Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

" Kemudian selepas itu selepas kamu berterus-terusan dalam kemungkaran selepas kamu berterus-terusan dalam kedegilan hati kamu menjadi keras wahai hamba-hambaKu. Maka hati kamu yang keras itu seperti ini menjadi seperti batu malah lebih keras dari batu. Sedangkan batu-batu itupun sekeras-kerasnya ada antara batu-batu ini memancarkan air, mengalir sungai dengan air yang banyak, ada antara batu-batu ini walaupun tidak memancarkan air, ada antaranya yang merekah, terbelah keluar juga air mata air di celah-celah, ada juga batu-batu ini yang gugur, jatuh bergolek dengan sendiri kerana takut kepadaKu"

Antara nikmat kurniaan Allah yang paling senang saya amik contoh kat sini, nikmat pancaindera.
Mata kurniaan Allah dikurniakan untuk melihat keagungan ciptaan Allah, telinga untuk mendengar ayat-ayat memuji Allah, lidah untuk melafazkan kata-kata pujian kepada Allah, melafazkan perkara-perkara yang baik.

Tapi kita sering lalai, segala pancaindera sering disalahgunakan.. mata yang dikurniakan digunakan untuk melihat perkara-perkara mungkar, telinga digunakan untuk mendengar segala umpatan, gosip, mendengar perkara-perkara mungkar, lidah yang sepatutnya digunakan untuk berzikir digunakan untuk melempar fitnah, gosip, caci maki..

Contoh lain, kemewahan yang dikecapi skang ni.. ramai antara kita yang mempunyai wang, mampu untuk membeli makanan yang enak-enak dan mahal.. tapi masih ada antara kita yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. makan nasik putih dengan air kosong.. kita yang duit banyak ni beli makanan mahal-mahal kadang-kadang tu sampai membazir. Makan tak abis, lepas tu buang... pernah tak kita fikir time kita buang makanan tu, ada antara saudara kita yang teringin sangat-sangat nak makan makanan macam tu tapi tak mampu? renung-renungkanlah sahabat-sahabat..

Banyak sangat-sangat kurniaan Allah kepada kita tapi if kite teliti, sangat sedikit antara kita yang sering bersyukur dengan nikmat kurniaanNya, bersesuaian dengan firman Allah swt yang bermaksud:

"Sangat sedikit dikalangan hamba-hambaKu yang bersyukur"

Ada antara kita yang memang sentiasa bersyukur, ada antara kita tahu bersyukur tapi tidak mahu bersyukur, ada antara kita yang memang tak tau bersyukur dan tak tau apa itu syukur. Marilah kita berdoa kepada Allah semoga kita semua berada di dalam golongan yang sentiasa bersyukur.

Kita kene ingat, walaupun hati kita ni takde sape yang tau apa yang kita fikir, tapi kita kene ingat bahawa Allah swt sentiasa mengetahu apa yang ada dalam hati kita, apa yang kita fikirkan, bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud

"Tidaklah Aku lalai dengan apa yang kamu kerjakan"

Kadang-kadang kita ni cuma berdoa, bermunajat apabila di timpa kesusahan. Bila senang, slalu lalai. Kita tahu bahawa Allah memerhati kita setiap saya, tapi cuba renungkan, adakah kita juga 'memerhati' Allah setiap saat? maksud saya di sini, adakah kita setiap masa memikirkan ciptaan Allah, berzikir...

Kita semua tak lari dari buat kesalahan, banyak sangat kesalahan yang dilakukan if difikir-fikir kembali, tapi bila kita berdoa selalu saja Allah memakbulkan kerana Allah suka kepada orang yang meminta-minta kepadaNya (berdoa). Bila kita memohon keampunan, insyaAllah taubat itu diterima. Allah tidak pernah mengecewakan hambaNya malah Allah tidak pernah berhenti mengampunkan hamba-hambaNya melainkan apabila hamba-hambaNya itu sendiri berhenti memohon keampunan dariNya.. subhanallah.. maha suci Allah!

Hadis Qudsi:

"Wahai hamba-hambaKu sesungguhnya rahmat aku, kasih sayang aku itu lebih luas daripada kemurkaanKu"


Dalam sebuah hadis diceritakan bahawa pada suatu tengah hari, ketika cuaca panas terik, Abu Bakar Sidik r.a. keluar dari rumahnya kemudian pergi ke masjid Nabawi dengan keadaan gelisah.


Ketika Umar r.a. mendapat tahu, beliau pun pergi ke masjid itu lalu bertanya kepada Abu Bakar r.a. "Untuk apakah engkau berada di sini dalam keadaaan begitu panas terik?"

Abu Bakar r.a. menjawab, "Terpaksa, kerana saya menderita lapar."

Umar r.a. berkata, "Demi Zat yang nyawaku berada dalam genggaman-Nya, itu pulalah yang menyebabkan saya datang ke sini."

Sementara itu Rasulullah saw. pun datang ke masjid itu kemudian bertanya kepada mereka, "Untuk apakah kalian datang ke sini?"

Mereka menjawab, "Kami terpaksa ya Rasulullah, kerana menderita kelaparan yang tidak tertahan."

Maka Rasulullah saw. juga berkata, " Hal itu pulalah yang menyebabkan saya datang ke sini."

Kemudian ketiga-tiganya berangkat ke rumah Abu Ayub Ansari r.a. yang pada waktu itu tidak ada di rumah, tapi isterinya menyambut dengan begitu gembira.


Rasulullah bertanya, "Kemanakah Abu Ayub?’


Isteri Abu Ayub berkata bahawa suaminya sebentar lagi akan pulang. Tidak berapa lama kemudian Abu Ayub pun tiba, segera beliau memetik setangkai buah kurma lalu menghidangkannya.


Rasulullah saw. bertanya, "Mengapa dibawa setangkai yang buahnya sebagian matang sebagian mentah. Bukankah lebih baik jika dibawa yang matang saja.


Abu Ayub r.a. menjawab, "Saya membawa semuanya, agar dapat memilih, kerana ada yang suka buah kurma matang ada pula yang suka buah kurma mentah."


Mereka pun kemudian memakan kurma itu, sementara Abu Ayub r.a. menyembelih seekor anak kambing kemudian setengah dagingnya digoreng dan setengah lagi digulai kemudian dihidangkan di hadapan tamu yang mulia itu.


Rasulullah saw. mengambil sepotong roti dan sedikit daging kemudian diserahkan kepada Abu Ayub Ansari r.a. sambil bersabda, "Makanan ini hendaknya engkau sampaikan kepada anak kesayanganku Fatimah, karena sudah beberapa hari dia tidak memperoleh makanan."


Beliau segera pergi menyampaikan makanan itu kepada Fatimah r.a. Mereka pun memakan roti dan daging itu.


Kemudian Rasulullah saw. berkata, "Kita telah menikmati roti, daging, buah kurma baik yang masak maupun yang mentah ."


Air mata Rasulullah saw. bercucuran sambil bersabda, " Inilah nikmat-nikmat yang akan ditanya pada hari kiamat."


Mendengar hal itu para sahabat r.a. terkejut dan merasa sedih (karena kenikmatan itu diperoleh setelah menderita kelaparan yang amat sangat, dan akan ditanya pada hari kiamat).


Rasulullah saw. bersabda," Mensyukuri nikmat-nikmat Allah itu telah diwajiban dan caranya adalah, mulailah makan dengan mengucapkan Bismillaah dan apabila selesai menikmatinya, bacalah


"Alhamdulilaahil ladzii huwa assba’ana wa an ngama a’laina wa afdhol"


Segala puji bagi Allah yang telah mengenyangkan kami dan memberi kami kenikmatan yang banyak.


Semoga kita semua mendapat iktibar dari kisah ini, sama-samalah kita berdoa semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur ke atas nikmat Allah swt.



budak ni makan sisa makanan atas jalan, sedangkan kita yang dikurniakan duit yang banyak mampu makan makanan enak-enak dan mewah-mewah


orang miskin tinggal kat rumah yang macamtu, sedangkan kita dikurniakan duit yang banyak mampu tinggal di rumah mewah



orang yang tak berkemampuan ini memerlukan bantuan untuk berjalan, sedangkan kita dikurniakan kaki yang sempurna dan sihat untuk berjalan



kanak-kanak ketika usia ini sepatutnya bersekolah, tapi masih ada yang ketika usia ini menjadi pengemis di jalanan



negara kita aman dan damai, tiada masalah untuk menunaikan solat dalam masjid yang selesa, sedangkan ada saudara kita yang cedera apabila menunaikan solat di dalam negara yang sedang berperang



ada antara kita yang mengalami masalah susah tidur, kadang-kadang dari malam sampai pagi lansung tak leh tidur, tapi ada antara kita yang tiada masalah untuk tidur


Doa mohon nikmat berkekakalan

Hadis riwayat muslim:

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi saw bersabda: " Ya Allah, Aku mohon berlindung dengan Engkau daripada kehilangan nikmat daripada Engkau, perubahan kesejahteraan daripada Engkau, dan kejutan kemurkaan Engkau"


-ameen...

Monday, January 05, 2009

10 muharam


Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

sumber: tazkeerah.tripod

Sunday, January 04, 2009

Palestin



Assalamualaikum sahabat-sahabat.. masuk arini dh 8 hari israel menyerang gaza.. saya terfikir gak nape israel nak serang palestin.. pastu ade terjumpe kat blog ustaz halim.. ni petikan dr blog beliau


Dari pengamatan dan kefahaman saya terhadap putar belit politik antarabangsa, serangan ini bersempena perubahan kepimpinan di Amerika yang akan diambilalih oleh Barack Obama dan Parti Demokrat serta Pilihanraya Umum Israel terutamanya dan lain-lain perkembangan.


Di dalam Israel, keputusan mengorbankan beberapa ratus atau ribu orang Palestin bakal menonjolkan kepahlawanan calon-calon pilihanraya di depan para pengundi Yahudi.


Di Amerika pula, Israel yang menguasai politik Amerika melalui agensi-agensi lobinya seperti AIPAC, media massa, institusi kewangan dll ingin menekankan bahawa siapa dan parti apa sahaja yang memimpin Amerika, majlis keraian berupa hidangan jenazah rakyat Palestin adalah suatu yang mesti, tidak perlu disangkal bahkan mesti disokong dan didokong.


Saya masih ingat, apabila George Bush II menang pilihanraya Presiden 8 tahun lalu, sebaik keputusan terakhir Pilihanraya diumumkan, arahan pertamanya ialah jet pejuang Amerika mengebom beberapa sasaran di Iraq.


Pilunya, serangan jet-jet pejuang di atas mengambil tempat tembakan meriam perayaan hari kebesaran pertukaran kepimpinan, tapi yang disasarkan ialah nyawa umat Islam yang tidak berdosa lagi dijajah kehormatan dan kedaulatannya.



budak kecik ni jadi mangsa sampai hampir berkecai mukanya



one of the family yang kehilangan anak kerana serangan zionis laknatullah



pelik btol if betol tu sebabnye israel nak serang palestin.. memang tak munasabah lansung.. macam-macam dh jadi, ramai yang dh terkorban.. paling menyayat hati, ni petikan yang saya dapat dari al-jazeera.. tajuknye


Deaths as Israel hits Gaza mosque


At least 11 Palestinians, including one child, have been killed after Israeli forces struck a mosque during prayers in the town of Beit Lahiya, north of Jabaliya in the Gaza Strip.


More than 200 people were inside the the Ibrahim al-Maqadna mosque praying when it was struck.


It is not clear yet whether the mosque was hit as part of the Israeli army's shelling, which started on Saturday afternoon.


At least 50 people were wounded, Hamas and medical officials said.


The Israeli military has destroyed several mosques during its week-long offensive in Gaza, saying Hamas uses the houses of worship to store weapons.


Ayman Mohyeldin, Al Jazeera's correspondent in Gaza, said: "As much as Israel wants to be surgical in its strikes at the end of the day it is civilians that are being hit. This is proof that civilians are caught up in these attacks."


Mohyeldin said doctors in the Gaza Strip were being overwhelmed by the number of casualties being brought in as a result of the Israeli offensive and that hospitals were near a state of collapse due to a lack of medicines and blood.




A Palestinian woman with her son who was wounded in Israel's attack on the mosque [Reuters]


bayangkan kawan-kawan, time solat, kat masjid pun israel attack, sedangkan kita kat sini senang je nak solatkan tanpa gangguan. Kawan-kawan juz satu renungan, time saudara islam kite kat palestin ni kene cmni, di mana kita ketika ni? apa sumbangan kite? juz tengok n bersimpati ke? sekurang-kurangnya hulurkan doa dengan ikhlas kepadaNya semoga Allah membantu penduduk palestin dari zionis laknatullah..insyaAllah



Ya Allah
Sesungguhnya kami meletakkanMu
di batang-batang leher musuh kami
Dan kami berlindung dengan Mu
daripada kejahatan-kejahatan mereka


Ya Allah

leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
pecah belahkan dan kacau bilaukanlah persatuan mereka
goncangkanlah pendirian mereka
dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum
Wahai Tuhan yang bersifat murka


Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang menggarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
KALAHKAN MEREKA
KALAHKAN MEREKA
KALAHKAN MEREKA
DAN MENANGKAN KAMI KE ATAS MEREKA


ALLAHHUAKBAR!!!




Riwayat al-Bukhari dan Muslim:


Daripada Abu Musa al-Asy'ari, Nabi saw bersabda: "Siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah tertinggi, maka ia berada di jalan Allah"


Jaminan Allah kepada pejuang-pejuang Islam


Riwayat Muslim:

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda," Orang kafir dan orang-orang yang membunuhnya tidak akan dihimpunkan bersama di dalam neraka selamanya"


Ganjaran kepada mereka yang berniat syahid:

Riwayat Muslim:

Daripada Sahl bin Hunaif r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang bermohon kepada Allah agar ia syahid dengan niat yang benar, nescaya Allah akan menyampaikannya kepada kedudukan para syuhada sekalipun ia mati di tempat tidurnya"