Thursday, January 29, 2009

Adab bersahabat dalam Islam


Riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi saw bersabda: "Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang yang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat menyalakan api. Orang yang membawa kasturi, samada ia memberikannya kepada kamu, atau kamu membelinya, atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau mendapat bau yang busuk"

Adab bersahabat dalam islam:

  • melebihkan sahabatnya
  • menolong sahabatnya
  • menyembunyikan rahsia sahabatnya
- if kawan kita menceritakan sesuatu kepada rahsia kepada kita, hendaklah kita simpan elok-elok. jangan kita cerita kat sume orang even sorg pun akan rahsia itu sebab itu adalah amanah kawan kita kat kita.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tiga petanda orang munafik: Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia memungkirinya, apabila diberi amanah ia mengkhianatinya"
  • menutup aib sahabatnya
- macam biasa, kita semua manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan dan masing-masing ada kelemahan diri. sebagai sahabat yang baik, selama mana kita kenal kawan kita tu, kita tau kelemahan dia, hendaklah kita simpan kat diri sendiri, jangan bgtau semua orang mengenai kelemahan dirinya. Kalau kita nampak dia buat silap, tegurlah cuba perbaiki, itu yang sebaiknya

Hadis riwayat Muslim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tidaklah seorang hamba yang menutup keaiban hamba yang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari khiamat"
  • apabila mendengar orang lain mencela sahabatnya maka jangan sampaikan kepada sahabat itu
- nape sebenarnya kita tak leh bgtau kawan kita if kita dengar something buruk pasal die? sebab terus terang ckp, takde faedah pun.. ble kawan kita tau, dia akan marah, and timbullah pergaduhan di situ. Seelok-eloknya ble ade orang yang mencela kawan kita, kita perbetulkanlah orang itu.. jangan pulak kita pun tumpang sekaki kutuk kawan kita sudahlah.. hehe

Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad:

Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi saw bersabda: "Siapa yang melihat suatu keaiban lalu menutupnya, ia mendapat ganjaran seperti menghidupkan anak perempuan yang ditanam hidup-hidup"
  • apabila org berkata buruk mengenai sahabatnya, jangan termakan dengan perkataan itu
-herm yang ni selalu sangat terjadi zaman skang ni. Kita kawan ngan orang ni, tiba-tiba bila dtg pihak ketiga kutuk kawan kita cmni-cmni, kita pun tanpa berfikiran panjang terus je percaya dengan kata-kata orang ketiga itu. Jadi kat sini saya nak ckp, janganla cepat sangat percaya kat kata-kata orang lain... kadang-kadang syaitan ni yang mengapi-apikan kita.. sengaja syaitan itu hendak memutuskan ukhwah yang terbina
  • apabila mendengar orang memuji sabahatnya, hendaklah disampaikan kepada sahabatnya akan berita itu (if lebih bagus sekiranya disampaikan)
- yang ni rasenye semua pun faham kan? if berita baik itu bagus untuk disampaikan, maknanya if kawan kita dengar die akan bertambah melakukan perbuatan yang baik, baiklah kita sampaikan. Tapi if kita sampaikan n ble die dengar, die menjadi bongkak, lebih baik kita senyap je dari bgtau..

Hadis riwayat Ibn Majah

Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufian r.a., Nabi saw bersabda: "Berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh 'menyembelih'"
  • kalau sekiranya bertanya khabar hendaklah bersungguh-sungguh bertanya khabar
-ha yang ni.. maknenye kita slalu tanya khabar kawan kita time kita susah dan senang. Zaman skang ni, time senang takde pulak kita nak tanye kawan kita tu sihat ke tak.. tp ble susah, dan2 teringat kawan-kawan.. mula la nak bertanya khabar sume2.. lepas tu trus mintak tolong.. niat dh tak ikhlas..
  • jangan bertekak dengan sahabat kita itu
-if ada masalah, selesaikanlah dengan perbincangan yang elok-elok. Kalau boleh mengalah je la tak payahla nak menang, if due2 pun nak menang sampai ble2 pun tak selesai. Pernah diceritakan Rasulullah saw dengan Saidatina Aisyah r.a., ketika baginda nak keluar rumah, baginda berpesan kepada Aisyah supaya jangan tunggu, tidur terus. Tapi saidatina Aisyah r.a, berkeras untuk tunggu. Lama-lama Aisyah pun tertidur. Ketika Rasulullah saw pulang, baginda memberi salam sampai 3-4 kali masih tak berjawab, baginda pun tidur di luar. Aisyah yang kemudiannya tiba-tiba terjaga di tengah malam, pelik ble tgk Rasulullah saw tak balik-balik lagi, terus buka pintu dan terkejut melihat baginda tidur di luar.

Aisyah meminta maaf banyak kali, " Maaf ya Rasullullah, hamba tak dengar"

Rasulullah saw menjawab," Tidak bukan salahmu, aku yang pulang lewat"

  • hendaklah memanggil nama yang elok-elok
- hehe yang ni semua pun tahu kan? kalau dh nama kawan kita tu hazwani, panggil la dia seelok-eloknya nama penuh. semua nama tu kan ada maksud.. contohnya 'hazwani' bermaksud 'pemberianku', 'wani' bermaksud 'mutiara'. Haha jangan plak suka-suka kita je panggil die lembu,kambing, kera telinga capang, cicak kobeng berkepala dongga.. haha sume tu maksud yang ntah hape2.. if kita panggil dia nama yang elok-elok tu cm doa, kan bagus kita mendoakan sahabat kita. Ustazah saya pernah ckp kat saya, if kita panggil kawan kita tu dengan nama yang tak disukainya, kita mendapat dosa, mungkin secara zahirnya dia gelak2 je ble dengar, tapi dalam hati die tak suke sape tau? jadi pasni panggil la kawan-kawan kita dengan nama yang elok-elok ok? [maaf kepada yang terasa hahaha]
  • kalau melihat kebajikan sahabat kita itu hendaklah dia bersyukur
-bersyukur sebab dikurniakan sahabat yang baik budi pekertinya.. kan sejuk hati dapat kawan cmtu.. mudah-mudahan Allah buka hatinya untuk melipat kali gandakan amalan. Jangan plak ble kawan kita berbuat baik, kita rase dengki n benci plak ble tengok..
  • hendaklah ditegah orang lain dari mencela sahabat kita itu
- yang ni lebih kurang cm point kat atas, if kite dengar orang kutuk kawan kita, mintak dia berhenti dari terus mengumpat. Sebab kadang-kadang tu apa yang dicakapkan bukan betul pun, ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. Kita yang tumpang dengar ni pun tumpang sekaki mendapat dosa..

Hadis riwayat Muslim:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., Nabi saw bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengecam (menyebar fitnah)"
  • beri nasihat kepada kawan kita if dia melakukan kesilapan dengan cara yang lemah-lembut
-yang ni dh memang menjadi tanggungjawab seorang sahabat untuk menegur sahabat yang lain if buat silap. Jangan kita diam dan biar je dia terus buat silap. Tapi nak tegur pun kene la dengan cara berhemah, jangan terus marah-marah, maki-maki.. memang la die takkan dengar pun haha.. eloklah kita guna pendekatan yang lemah lembut.. sesungguhnya Allah suka kepada sikap lemah lembut itu

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Daripada Aisyah r.a., Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara"
  • memaafkan kesalahan sahabatnya
-if ada wat salah, sama-sama kita bermaaafan.. tak guna simpan dalam hati.. ambil yang jernih, buang yang keruh
  • mendoakan taulannya dalam solatnya pada ketika hidupnya dan pada ketika matinya
Nabi Muhammad saw bersabda:

"Apabila bersahabat rapat kerana Allah, nanti akan diletakkan di bawah tiang Arash di Padang Mahsyar"
  • hendaklah berbuat kebajikan kepada sahabat kita dan keluarganya ketika telah mati
- yang ni ketika sahabat masih hidup n mati pun, hendaklah kite membuat kebajikan kepadanya dan juga ahli keluarganya.

Hadis riwayat Muslim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seseorang Muslim Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong seorang hamba selagimana ia berusaha untuk menolong saudaranya"
  • jangan memberati seseorang taulan itu akan sesuatu hajatnya supaya senang hari taulannya dari kesusahannya
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa seorang muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan di hari khiamat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah akan menutup keburukannya di hari kiamat"

Nabi Muhammad saw bersabda:

"Bencikan kepada dunia ini, Allah sayang kepadamu. Bencikan barang-barang yang ada pada tangan sahabatmu dan saudaramu, mereka akan sayang kepadamu"

-hadis ni bermaksud, if kawan kita ada barang, kita janganla asyik mintak barang tu dari dia sampai bagi dia rimas... hehe
  • if kawan kita senang, kita pun tumpang senang
-yang ni, if kawan hepi kita pun hepi, if die sedih, kita pun sedih.. jangan plak ble die sedih kita hepi.. or secara zahirnya kita kita sedih ble die sedih, tapi dalam hati ble die sedih kita hepi.. haha dua2 pun jangan ok?.. ape ntah peribahasa melayu.. cubit peha kiri, peha kanan pun terasa.. hehe
  • jumpa kawan beri salam
Hadia riwayat al-Tirmizi:

Daripada Abdullah bin Salam r.a., Nabi saw bersabda: "wahai manusia! Ucapkanlah salam, berilah makanan, dan tunaikanlah solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu memasuki syurga dengan selamat"

-orang yang bawak kereta beri salam kepada orang yang berbasikal, orang yang berbasikal beri salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kaki beri salam kepada orang yang berhenti
  • if dalam satu tempat, kawan baru datang, berilah dia tempat duduk, if dh takde tempat duduk, hendaklah kita bangun dari situ dan berikan dia tempat duduk kita
  • apabila sahabat datang, hendaklah bangun menyambutnya. Apabila dia nak balik, hendaklah kita bangun menghantarnya ke muka pintu atau yang selayaknya
-yang ni, if orang dtg umah kita, tak kiralah sahabat or tetamu lain, hendaklah kita layan dia sebaik-baiknya. Jangan sampai dia rasa tak selesa kat umah kita
  • apabila kawan sedang berkata-kata jangan potong
-yang last skali ni, teguran untuk sume orang termasuk saya sendiri haha.. kalau orang ckp, janganla potong, biar dia ckp sampai abis dulu, then baru la kita mencelah.. kadang2 tu kawan tengah ckp, kite mencelah sampai dia pun dh lupa die nak ckp apa.. hehe..

Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat"

Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi:

Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi saw bersabda: "Sabahat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya"

Jalinan-UNIC

Indahnya suasana kita dihari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana

Erat Silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Kita jalinkan
Kasih sayang






2 comments:

  1. sedih~
    gambar kite x de dalam nie =(

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:38 PM

    aik yeke? haha tak perasan meh!haha hang g mane time org tangkap gambar? jap kite bubuh lg gambar

    ReplyDelete