Wednesday, January 21, 2009

Kasih tercipta dari susuan ibu



AIR susu ibu merupakan minuman berkhasiat untuk bayi terutama susu awal ibu iaitu susu yang mula-mula sekali keluar selepas seseorang wanita melahirkan anak.


Khasiat susu awal ibu dikaitkan dengan kandungan kolestrum yang berwarna kekuningan. Ia membekalkan antibodi daya tahan penyakit yang kuat kepada bayi.


Bayi yang minum susu ibu juga dipercayai mempunyai personaliti dan memiliki emosi yang stabil. Amalan menyusukan bayi turut berfaedah kepada ibu dalam membentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.


Kewajipan ibu menyusukan anak terkandung dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 233:


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan (bapa pula) memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..."


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Arab dahulukala untuk menghantar anak mereka menyusu dengan seorang wanita di kawasan kampung.


Dua orang wanita yang diberi penghormatan untuk menyusukan Nabi Muhammad s.a.w ialah Suwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab dan Halimatus Saadiah daripada suku Bani Saad.


Selain menguatkan sistem imun badan, kanak-kanak yang menyusu susu ibu ini turut belajar bahasa Arab dan adab yang murni kerana luar bandar biasanya bebas daripada pengaruh kota.


Dengan menyusukan Rasulullah, nama Halimatus Saadiah dikenang sehingga kini. Inilah kemuliaan yang diperolehnya.


Halimatus Saadiah bukanlah seorang yang kaya tetapi dia tetap sudi menyusukan baginda walaupun telah mengetahui Rasulullah ialah anak yatim piatu dan mungin tiada siapa yang akan membayar kerja susuannya.


Tetapi dengan hati yang ikhlas, Halimatus Saadiah menerima tugas menyusukan Nabi Muhammad.


Penghormatan yang diperoleh oleh Halimatus Saadiah ialah namanya dikenang sepanjang zaman kerana jasanya ke atas seorang rasul yang tidak pernah melihat wajah bapanya sejak lahir ke dunia.


Amalan menyusu anak amat digalakkan dalam Islam. Kedudukan ibu yang menyusukan anak digambarkan dalam sabda Rasulullah yang bermaksud:


Diriwayatkan daripada Hajjaj al-Aslami bahawa dia bertanya:


"Wahai Rasulullah, apakah yang boleh menghilangkan ingatan hatiku daripada mengenang jasa orang yang telah menyusuiku?"


Lantas Rasulullah menjawab dengan katanya:


"Hendaklah kamu menghadiahkan kepadanya seorang hamba atau jariah yang masih kecil."


Seorang ibu yang menyusu anak dalam pangkuannya akan membuahkan ikatan kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.


Bagi memperoleh khasiat dan keberkatan yang berpanjangan, ibu perlulah menjaga pemakanan. Pastikan setiap suapan makanan adalah halal, bersih dan baik.


Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 172:


"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepadaNya."


sumber: kosmo online


Halimatus Saadiah-In Team


Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya


Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta


Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan


Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda


Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah


Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman


p/s: click kat imeem player to play this song



2 comments:

  1. Aik... tengah buat kempen "SUSU IBU" ke Cik Wani? hahaha...

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:03 PM

    haha boleh tahanla.. hohoho

    ReplyDelete