Wednesday, January 21, 2009
Beriman vs kufur
Riwayat Muslim:
Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda:
"Apabila keluar roh satu orang yang mukmin ada 2 malaikat sambut rohnya. Roh itu dibawa naik ke hadrat Allah swt. Roh orang yang beriman itu apabila dibawa menghadap Allah swt, wanginya seumpama kasturi. Sewaktu roh itu dibawa menghadap Allah, penduduk langit berkata 'Ini roh orang yang baik-baik datang dari bumi mudah-mudahan Allah limpahkan segala rahmat kasih sayang kepadamu dan kepada jasad yang kamu duduk sebelum ini' maka kemudian di bawa ke hadrat Allah swt"
Apabila roh ini di bawa menghadap Allah, Allah kemudiannya berfirman:
"Bawa roh ini dan letakkan di tempat baik sehingga tiba hari khiamat"
Golongan orang-orang yang beriman ini adalah golongan yang apabila mendengar ayat quran bergetar hatinya, apabila mendengar hadis mereka terasa nak mengikut hadis itu, apabila mempunyai masa lapang mereka penuhi dengan zikrullah, mengaji al-quran, golongan yang sentiasa mentaati perintah Allah, menjauhi laranganNya
Akan tetapi, sekiranya manusia itu tergolong dalam golongan yang menidakkan halal haram, hanya mengejar kemewahan dunia, tidak percaya kepada hadis dan quran, masa lapang mereka dipenuhi dengan segala dosa dan maksiat, balasan yang menimpa golongan-golongan ini ketika di hari khiamat sangatlah dahsyat, bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-An'Am ayat 93:
"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu boleh nampak ketika orang-orang yang zalim ini ketika dia di dalam sakaratulmaut"
- orang yang zalim dalam ayat ini refer kepada golongan yang apabila Allah memberi peluang kepadanya dengan nikmat harta, pancaindera yang sempurna, masa lapang yang banyak, dia mengabaikan nikmat itu dengan memilih jalan yang salah.
"Ketika nyawa hendak diambil, datang malaikat menepuk belakang orang itu dengan kuat sehingga terpacul keluar roh itu dari jasadnya, lalu berkata 'Hari ini engkau akan dapat balasan setimpal dengan kejahatan yang engkau lakukan'"
Riwayat Muslim:
Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad saw bersabda:
"Apabila terbit sahaja roh di badannya, ketika dibawa menghadap Allah swt, busuk baunya. Allah melaknat roh itu. Penduduk langit berkata 'Ini roh orang yang keji datang dari bumi'"
Ketika dibawa menghadap Allah, Allah berfirman:
"Letakkan roh ini dipenjara sehingga tiba hari khiamat"
So kawan-kawan, mari kita muhasabah diri, sebanyak mana nikmat kurniaan Allah kepada kite, selama mana kita hidup di muka bumi ini, sudahkah cukup amalan kite? Macam yang kite sume tau, dalam dunia cume ada dua golongan je.. golongan yang beriman dan golongan yang kafir.. ataupun golongan yang memilih syurga Allah ataupun neraka.
Tepuk dada tanya iman.. Yang mana satu pilihan hati? lipat gandakan usaha, gunakan masa lapang dengan sebaiknya, kalau ade buat dosa segeralah bertaubat.. bersama-sama kita memperbaiki diri, melipatgandakan usaha mudah-mudahan kita semua berada di dalam golongan yang layak untuk masuk ke syurga Allah swt insyaAllah
Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim:
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, ia adalah Mukmin"
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda:
"Allah berfirman: Aku sediakan untuk hambaKu yang soleh suatu yang tidak pernah dipandang dengan mata, tidak pernah didengar dengan telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment