Friday, January 23, 2009

Lintah



INFO: Lintah


  • Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.
  • Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.
  • Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.
  • Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.
  • Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
  • Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.
  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.
  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
  • Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya

Ciri-ciri

  • Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan
  • Badan nya terdiri dari 34 segmen badan
  • Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior
  • Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
  • Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumah nya untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
  • Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
  • Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah, lalu jatuh dan mula mencari pasangan
  • Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika, selalu nya 3 jam
  • semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
  • Hirudin akan menghalang darah dari membeku
  • Dari sini lah Lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea
  • Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun tanpa mendapat kan darah lagi
  • Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
  • Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
  • Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk

Kegunaan lintah dalam bidang perubatan:


Lebih 2000 tahun, lintah diperlukan dalam bidang perubatan sebagai pencair darah. Ia digunakan di Eropah pada tahun 1830 dan 1850, tetapi akibat kekurangan bekalan ia tidak lagi digunakan.

Hari ini ia kembali digunakan dalam perubatan antaranya dalam pembedahan plastic. Lintah diklasifikasikan seperti produk darah yang lain dan hanya boleh digunakan satu lintah pada satu persakit.

Cecair yang dihasilkan oleh lintyah yang dikenali sebagai Hirudin amat berguna dalam bidang perubatan ini. Contoh ia mampu mencairkan darah dan juga dalam penghsilan ubat untuk bengkak pada telinga.

Ekstrak Hirudin – mengurangkan pembentukan pembekuan darah dan melancarkan darah, mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot dan sengal2 badan.


  • Ekstrak Pheromone – merupakan hormone yang mengeluarkan bau yang menarik perhatian pasangan. Berguna dalam masalah hubungan seksual.
  • Ekstrak Histamin – histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.
  • Ekstrak Nitric Oxide – mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.

Kaedah menjauhkan diri dari lintah


  • Menyapukan sabun pada kulit dan dibiarkan kering
  • Menyapukan minyak
  • Limau nipis dan lemon



sumber:agrolist

9 comments:

  1. fuyoo... wani ade encounter ngan lintah ke baru2 ni?... ade pegi sawah yg on the way to udupi? hahaha... tibe2 je ade pos pasal lintah...

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:55 AM

    wah, menarik ni... haha..

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:08 AM

    ahaha saje je... MSP PROJECT! hohohoho

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:12 AM

    hoho menarik eh? boleh buat MSP projectla haha

    ReplyDelete
  5. ahah,I see,kaedah menjauh lintah are there
    kaedah nk mendekati lintah xde ke?

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:47 PM

    sape nak dekat ngan lintah? ceh.. marshall pirdaus yang mengarut hohoho

    ReplyDelete
  7. sila layari blog industri lintah http://biohirudo.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. layari blog kami untuk maklumat terkini industri lintah http://biohirudo.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Anonymous9:34 AM

    gimana cra nglepasin lintah,jk sedang di gigit lintah.dan sakit g?

    ReplyDelete